Post Terbaharu :

Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Friday, November 11, 2016

Patahnya Sebelah Sayap

Bismillahirrahmanirrahim,

"Apabila patahnya sebelah sayap, 
siapa kata tidak boleh terbang? 
Kalau ada kekuatan diri, kegigihan azam dan semangat, 
pasti kita mampu menggapai awan semula.



Mungkin terbangnya tak sempura, 
tp ia tetap nampak cantik di udara. 
Kerana selain Allah, tiada siapa nampak kekurangan kita".

-10 Nov 2016 -
 


Tuesday, July 19, 2016

Kerja

Bismillahirrahmanirrahim,

Ada orang minat sains, medik, pertanian, IT, agama, bahasa, dan sebagainya.
Ada yg berpeluang belajar mendalami hingga peringkat tertinggi.

Ada yg habis belajar, terus diserap kerja.
Ada yg kna berdikari mencari kerja.

Bole jadi dapat kerja yg kena dgn minat & bidangnya.
Bole jadi sebaliknya.

Tengok FB, IG orang lain, bestnya dah dapat kerja.
Kau kena ingat, media sosial x paparkan realiti sebenar.
Kau kena kerja ikut kemampuan kau.

Manusia dicipta untuk pelbagai kerja,
kerana ilmu itu ada dalam pelbagai rupa.
Jangan hanya percaya pada jenama.
Itu yg buatkan kau berhenti mengenal dunia.

Wednesday, July 6, 2016

Kenangan Puasa 2016

Bismillahirrahmanirrahim,
Memandangkan hari ni hari last puasa, aku terkenang lah jugak kenangan berpuasa untuk tahun ni. Takde apa yang menarik. Cuma pengalaman tu ada lain sikit. Selama ni tak pernah berpuasa ramadan dekat UIA Gombak. Ini dikatakan first time.

Hmmm, rasa macam hambar pengalaman berpuasa tahun ini. Tak tahulah kenapa. Kalau diizinkan dapat berpuasa tahun depan, dengan harapan bila aku tengok coretan hambar ni membuatkan aku bersemangat sikit untuk baiki keadaan.

2 minggu pertama, aku berpuasa bersendirian. Budak2 UIA masa ni tengah cuti sem. Memang terseksa sebab tak tau nak cari juadah berbuka kat mana. Lagi2 aku tak biasa berpuasa kt main camp ni. Hari pertama puasa, aku cuma berbuka makan maggi je.

Kadang2, boring tak tau nak makan apa, aku masak spagetti & macaroni kt dalam bilik. 
Nak berbuka kt masjid rasa malas sikit sebab jarak antara mahallah dengan masjid agak jauh. Aku ni xde transport, cuma berjalan kaki sahaja.

Bila hujung minggu, aku rajin sikit nak keluar. Biasa aku pergi bazar ramadan wangsa maju. Beli kuih vadai & tepung pelita. Harga kt sini semua ok.
Selepas 2 minggu, baru lah short sem dibuka. Masa ni meriah sikit sebab budak2 yang amik short sem dah mula belajar. Cafe pun dah mula bukak. Nasib baik ada kawan aku yang amik short sem sebagai peneman. Takdelah sunyi sangat. Setiap kali sahur dan berbuka, aku selalu makan bersama dia.
Lauk pauk kt cafe Maryam

Masa cuti Nuzul Quran, Shifa ajak pergi shopping kt Jalan TAR. Katanya nak cari tudung dan baju kurta untuk bakal suami dia. Untunglah dah mula shopping untuk orang tersayang. Aku yang single lagi ni cuma belikan baju anak buah je. Aku yang tak terbeli apa2 kt situ. Cuma sibuk tolong carikan kurta yang dia nak. Semoga kau berbahagia sahabat...
Kenangan berbuka dengan Shifa kt Masjid SHAS. Bila makan kt masjid ni bukanlah setiap hari kita boleh makan sedap2. Aku belajar bersyukur dengan apa yang disediakan di sini. 
Kalau aku malas nak makan di masjid, lepas balik kerja aku 'seludup' makanan ni awal2 bawak balik bilik. huhuhu
Kehambaran ini takdelah memanjang. Bila dah balik cuti, aku rasa seronok bersama keluarga. Walaupun mak tengah sakit, tp itu bukan penghalang. Kami adik beradik2 tolong menolong & masak2 kat rumah ni. Tak sangka, berjaya jugak buat lauk ketupat ni.
Hasil gabungan tangan adik beradik :-)

Aku perasan, tahun ni aku dah tak boleh hidup kesunyian. Agaknya kenapa ye? Biasalah, usia dah berganjak macamni. Puasa kali ni aku banyak pulak doa pasal kesihatan mak, haluan hidup lepas ni & mintak jodoh (malu). Mudah2an doa bulan suci ni makbul. Semoga Allah terima amalan kita.

-Sekadar coretan-


















Friday, June 17, 2016

Pengalaman Bekerja di Bazar Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim,
Tahun ini, berpuasa keseorangan di UIA sebab praktikal sem ni berakhir lepas Raya. Biasanya masa bulan puasa, aku akan spend masa bekerja di bazar Ramadan.
Kenangan bekerja di Bazar Ramadan dgn kakak yg sulung. Muka lain, perangai pun  lain. Tapi hati sama2 lembut. Macam2 benda kami belajar. :-P 

Sedikit perkongsian pengalaman di sini:

1. Biasanya, cuti panjang UIA bermula dr bulan Jun-Sept. Jadi cuti 3bulan tu  rasa mcm xbuat apa sgt. So decide nk cari kerja part time at least sebulan.  Tak nak lama2 sgt sebab xnak terikat. Jadi terfikir nak kerja di bazar Ramadan, mesti nak pakai orang.

2. Kalau nk kerja part time di bazar, boleh refer kt laman web majalah.com,  mudah.my atau FB. Biasanya kt situ ramai peniaga iklankan kerja kosong. Kalau  kerja jual air, sehari dapat dalam RM30 + elaun makan. Kalau mcm jual makanan, biasa boleh dpt dlm RM40-50. RM50 ni biasa kalau kena tolong masak. Waktu kerja biasanya mula pukul 3ptg sampai 8mlm (5jam).

3. Setakat ni, dah 3 kali kerja di Bazar Ramadan Putrajaya. Kali pertama pd tahun 2012, kerja jual air bersendirian. Tahun seterusnya pun sama bersama  kakak. Then tahun 2015, tolong jual kuih dan kek bersendirian. Masa jual air tu, asalnya kerja dgn 4orang lelaki yg lain, tp hari pertama diorang claim tak larat, tu yg tinggal aku gagah bersendirian.

4. Sebelum itu, kalau nk kerja kt bazar ramadan ni, kena buat suntikan typhoid, elak kena kuman. Kt klinik kerajaan cas dalam RM12 kalau swasta RM50-60. Sebab kita nak serve makanan kt orang. Suntikan ni tahan dalam 3 tahun.  Kita juga kena hadir kursus penyajian makanan. Kena tahu asas2 & penjagaan kesihatan. Dulu pernah kena saman RM100 oleh KKM sbb xbuat 2 benda ni. Masa tu pun boss x inform benda ni. Kalau diorang ada check lg, biasa aku melarikan diri, huhu.

5. Tp seriously, kerja kt bazar ni memang penat. Lg2 kita kena menghadap terik matahari waktu petang2 tu. Mental & fizikal kena betul2 kuat. Mental fikir lapar, tak larat. Kaki pula akan terketar2 tak duduk bila ada pembeli yang ramai. Lg satu, kena fikir nk beramal masa bulan Ramadan. Kalau dah penat sgt, kadang nk berzikir atau solat terawih pun xlarat. Kalau dapat boss yang xberapa baik, kau akan rasa sakit hati & rasa nk mencarut. Pahala puasa pun akan berkurang. Sbb tu kekuatan
luaran dan dalaman kena kuat.

6. Kt sini, aku belajar buat kerja dgn laju, sebab pembeli agak ramai. Masa tu kami jual dalam 15 jenis air. Macam mak2 kita, kalau kt dapur tu buat kerja laju je. Laju je dia memotong, memasak & mengemas dapur semula. Kita yg muda ni, kadang terkial/terkedek nak buat kerja walaupun tenaga lg byk banding dengan mak2. 

7. Kt sini juga, dapat lah jugak tengok masyarakat yg pelbagai. Ada yang peramah, ada yang sombong, ada yg kerja hebat2 , ada yg kerja biasa2, ada yg jenis demand & ada yang jenis menggatal je kerjanya. Itu lah masyarakat, macam2 rupa. Bila face diorang ni, serba sedikit kita belajar cara nk persuate orang. Yang penting, situasi ni akan serlahkan budi bahasa kita. Mujur kami hati lembut & berbudi bahasa :-P

8. Bila kita masuk part meniaga ni, sebenarnya kita bukan berkomuniskasi dgn manusia shj, tp dengan Tuhan. Kita akan face pasal rezeki-rezeki yang masuk dan sumber berkat. Patutlah kadang aku perasan ada iklan yang nak pekerja solat 5 waktu. 

9. Tapi apa yg sedihnya suasana kt sni, masih ramai lagi tak berpuasa. Bila kami bukak gerai awal, diorng beli air awal. Then nampaklah diorang seludup minum kt satu sedut secara sembunyi2. Sedihlah, kita beli juadah dengan orang yg xpuasa, xikut perintahNya. Nak husnuzon tu boleh jd, tp kalau dah selalu seludup minum, apa masalahnya?

10. Part paling sedih jugak, masa berbuka. Terbayang dapat buka sama2 dengan keluarga sendiri. Kalau kerja kt bazar ni, kita berbuka sorang2 kt gerai. Yang bestnya, kadang gerai2 lain akan bagi & tukar2 juadah. Selalu dapat ikan bakar dr gerai sebelah. Plg best pernah dapat nasi kerabu & nasi Arab. 

11. Dr apa yang aku belajar dr kerja mcmni, pentingnya suatu hari nanti belajar sungguh & kerja bagus2 sikit. Betapa penatnya nak cari sumber rezeki dan nk pstikan urusan dunia & akhirat tu seimbang. Dan kt sini jugak aku belajar menghargai orang, terutama keluarga. 

Bila aku balik Raya, itu je kesempatan nk berbuka dgn diorang. Dh penat bergenang air mata berbuka bersendirian (maksudnya, spend masa dgn family) Aku cerita pengalaman2 ni kt mak ayah, hati rasa haru je tengok diorng ketawa & gelakkan pengalamanku  berkerja di situ. Tu yg selalu mak kata tu, "Rajin & berdikari sungguh anak mak ni bekerja..." 

Siapapun diri kita, buat lah hati diorang gembira & rasa kewujudan kita.









Monday, May 30, 2016

Couple

Bismillahirrahmanirrahim,
Baru ni, saya adelah kongsi cerita dengan kakak pasal ada beberapa orang lelaki yang pernah approach saya, yang mana diorang ni nampak macam menunjukkan minat pada saya. Kemudian kakak tanya, macamana penerimaan dan cara layananan pada mereka?

Saya kata, saya layan mereka seperti kawan tapi nampak sikap dan isi yang saya kongsi tu ‘concern’. Kakak kata saya ni bagus sikit, sebab tak mudah jatuh cinta dan tak perlu terikat dengan komitmen walaupun dah ada lelaki datang depan mata. Dia mula lah cerita kisah-kisah perempuan yang mudah diajak couple oleh lelaki.

“Jom couple, nak x?” (direct)
“Weh, X ajak kau couple” (orang tengah)
“Sudikah awak couple dengan saya” (skema)

Kalau kita dengar istilah couple ni apa kita rasa? Ada orang ianya sesuatu yang sweet. Kalau budak-budak agama anggap benda ni haram. Ada orang bila ada yang ajak couple ni, dia seronok dan tertunggu2.  Bila sebut couple ni, mesti kt kepala terbayang pasangan kekasih.


Saya mula kenal istilah couple ni masa Tingkatan 1. Masa tu kawan-kawan sebaya sudah mula terjebak dengan couple. Saya ingatkan couple tu kumpulan manusia, yang mana 1 Couple bersamaan 12 orang. Sucinya pemikiran masa tu.

Rujuk semula kamus, Couple ialah pasangan. Atuk nenek, mak ayah dan suami isteri, tunang juga ialah couple. Istilah ini di ‘well-known’ kan oleh kebanyakan orang muda. Yang mana, definisinya sudah di ‘extend’. Ada orang kaitkan couple ni sebagai cinta. Ye betul. Tapi cinta x semestinya kena bercouple kan?

Definisi couple dah betul, tapi yang menentukan halal haramnya macamana kita buat couple tu. Contoh kalau ada orang lelaki datang dan nyatakan hasrat untuk berkahwin, kemudian bertunang, ia dipanggil couple. Takkan nak panggil musuh kan? Itu pun dikira couple ‘yang dibolehkan’ selagi menjaga batas syariat.

Bila check statistic blog usang saya ni, rating view tertinggi ialah ‘SMS orang bercouple’. Hari-hari ada sahaja orang cari info tentang ‘couple’. Padahal dlm post tu xde isi apa pun. Haha

Dalam kamus hidup saya, syukur Alhamdulillah saya tak pernah terjebak dan couple dengan sesiapa pun. Couple bukanlah syarat hidup. Bagi saya, kalau saya bercouple dengan syarat menjaga batas (kononnya), sedikit demi sedikit saya mula belajar melebihi batas. Contoh, berSMS benda tak perlu. Mula memanggil dengan panggilan “Abang-Sayang”. Bercouple juga buatkan saya melebihkan pasangan yang belum ada ikatan dari keluarga sendiri. Di sini kita akan mula rasa guilty. Kadang kalau couple Islamik ni, diorang memang claim tak berbuat zina, tapi kena ingat pecahan zina ni ada beberapa jenis. Tak yah lah bercouple, benda ni memang nak dekat ke arah zina kan?

Tamparan paling hebat ialah masa zaman sekolah dan asrama. Di asrama, orang tak bercouple ni kira mcm low-class. Sebab kononnya macam takde ‘sweet experience’ & tak laku. At least masa tu diorang anggap kena cari adik/abang angkat, kemudian approach diorang jadi couple sendiri. What the? Bagi saya, muda-muda kalau dah terikat dengan komitmen macamni, kita dah banyak buang masa & duit. Belum tentu mereka jodoh kita.

Masa tu saya adalah mula rasa risau. Rasa macam nak kejar-kejar cari ‘the best men’. Tapi Cuma masa tu saya kurang pandai, lebih risaukan pelajaran dari mencari ‘fake pasangan hidup’. Jadi masa banyak digunakan untuk benda-bnda bermanfaat. Apatah lagi masa tu saya dilantik menjadi pengawas dan pengerusi Persatuan Agama Islam. Haruslah cegah benda-benda x elok ni. Mujur juga kawan-kawan sekeliling saya semuanya baik-baik dan suci pemikirannya.

Bila dah berganjak dewasa, tipu lah kita boleh lari dari istilah couple. Tengok kebanyakan kawan-kawan ramai dah ada calon pasangan  hidup dan sedang hangat bercouple. Apatah lagi mereka yang dah kahwin. Keinginan untuk berpasangan itu ada, mungkin dah mula rasa perlukan seseorang as life partner. Tapi nak ada rasa cinta tu tak semestinya couple kan?

Hope saya boleh ‘couple’ selepas nikah. Hehehe.
Dulu pernah target, nak kahwin umur 24 tahun. Tapi sekarang dah 24 dah.
Masih tak nampak siapakah calon itu. Kemudian target paling-paling umur 27 tahun.
Mungkin akan adanya yang terbaik menanti.
Yang penting, PUT TRUST ON HIM.





Sunday, May 22, 2016

Kehadiran Mereka

Bismillahirrahmanirrahim,
Aku percaya zaman belajar ni ada zaman turun naik nya. Ada masa kita belajar cara bangun dr jatuh. Kadang yg buat kita terus bertahan sebab adanya orang2 kt sekeliling kita, 
contoh mcm keluarga dan sahabat2. Itu yg buat kehidupan lebih bermakna.

Wednesday, May 11, 2016

Pantau & Kebebasan


Bismillahirrahmanirrahim,

Captain America: Lily, buat kerja ni sekarang!
Lily: Tak mau. Saya bukan Team Cap. Saya Team Iron Man.




Bila hidup kita dipantau oleh seseorang, boleh jadi fikiran kita akan terganggu.
Dalam masa yang sama boleh mendisiplinkan diri kita.

Contoh baru-baru ni, aku ada buat practical exam dgn student2ku, aku tengok gerak kerja mereka satu per satu. Aku perasan, bila aku pantau diorang, reaksi diorang berubah. Dari seorang yang khusyuk buat kerja, terus jadi mcm tak keruan. Mungkin tidak selesa bila kerja mereka dilihat oleh orang lain.

Adakalanya kita perlu sedikit kebebasan untuk berbuat sesuatu mengikut caturan sendiri tanpa pengawasan orang lain. Ini supaya kita selesa dan enjoy nak buat kerja tu. Tapi kebebasan tu xboleh selamanya berlaku.  Kalau tak, kita akan terus hanyut dalam zon selesa.

Adakalanya juga, kita perlu sedikit tekanan utk membuahkan sesuatu yg lain.

Thursday, March 24, 2016

Nasi Bajet

Bismillahirrahmanirrahim,
Sekarang tengah minggu cuti midbreak. Semua pelajar pulang ke kampung melainkan pelajar antarabangsa dan pelajar praktikal yang masih stay di mahallah. 

Seriously, sunyi dan seram suasana di sini. Apatah lagi dalam masa yang singkat ini, banyak pula berlakunya kes kecurian dan kerseraman. 

Sebenarnya saya pun tak tahu nak update apa. Disebabkan bosan, saya beli Nasi Bajet. Nasi bajet ni harga dia RM3. Ada akak tu buat order untuk pelajar UIA. Nasi ni lebih kurang macam Nasi Kukus. Cuma beza dia ayam dia dimasak secara kunyit dan kuah dia dicampur dengan gulai. Sedap.

Saya terkeliru sikit beza antara Nasi BAJET dengan Nasi Bujang. Bunyinya macam ada kena mengena. Bujang == Bajet. Masa pergi Langkawi haritu, Nasi Bujang dijual dengan harga Nasi Married, RM6. 

Nasi Bajet, RM3. Sodapp

Tuesday, February 16, 2016

Diet Kalori atau Diet Atkins?

Bismillahirrahmanirrahim,
Cerita bab diet ni, setakat ni saya pernah buat 2 jenis diet. Kali pertama saya buat ialah diet kalori iaitu sekitar tahun 2012-2013. Seriously, saya rasa diet inilah yang paling bersesuaian dengan hidup dan disiplin diri. Pernah dengar juga, ada orang kata "Buatlah diet apa-apa pun, tapi kita tak akan dapat lari dari kalori". Macam betul juga sebab kalori nilah unit tenaga yang kita guna. Apa yang kita makan, masuk keluar badan tulah ada kalorinya baik berkumpul atau terbakar.
Gambar masa tahun 2011. Tembamnya...
Saya amalkan diet ni lebih kurang setahun lebih jugalah. Kebiasaan calories intake untuk perempuan biasa dalam 1600cal. Kalau kurang dari calories intake tu, ia akan jadi difisit kalori. Bila dah  banyak defisit kalori ni terkumpul (tak ingat berapa), maka kuranglah berat badan kita. Saya akan limitkan setiap hari cuma boleh amik dalam 500-700cal. Boleh kata saya sangat obses dengan setiap nilai kalori dalam makanan.  Untuk dapatkan kalori yang rendah, saya akan pilih makanan yang kurang kalorinya. Untuk itu, saya tak amik nasi untuk kurangkan jumlah kalori. Saya tak makan nasi lebih kurang satu tahun. Hampir setiap petang, saya akan pergi berjogging. Kesudahannya saya hilang 15kg dalam masa 5 bulan.
Gambar tahun 2013. Masa tengah susut.
Bila dah susut tu, sebenarnya saya tak perasan pun perubahan fizikal diri saya. Cuma rasa beza pada kelajuan larian jogging sahaja. Bila ada ramai orang yang menegur saya nampak kurus, masa tulah baru nak belek2 gambar lama. Di situlah kita akan nampak perubahan diri. Bila saya dah start makan nasi, berat pun tak terkawal selepas itu. Badan sudah mula naik penghujung tahun 2013.

Diet seterusnya ialah diet Atkins. Kalau di Malaysia, diet ni mula popular sejak kewujudan Group Facebook Kelab Diet Atkin Malaysia (KDA). Disebabkan jumlah komunitinya yang ramai dan ramai sudah berjaya dalam diet ini, saya pun terikut-ikut untuk mencuba nasib iaitu pada tahun 2014. Hampir setiap hari saya sentiasa follow info dan resipi-resipi yang mereka buat. Saya mula buat diet ni masa tengah cuti semester di rumah. Diet ni cepat je prosesnya tapi banyak pantang larangnya. Sesiapa yang duduk di rumah dan pandai memasak, disarankan buat diet ini.

Memanglah Diet Atkins tak guna apa-apa produk, tapi harga nak beli makanannya pun tinggi juga. Kalau student, agak leceh sikit. Makanan di cafe pun agak mahal dan kandungannya pun kita tak berapa pasti. Saya sempat amalkan diet ini selama 3 bulan. Bulan pertama saya turun 8kg. Bulan seterusnya, berat mula statik. Disebabkan susah nak dapatkan sumber makanan yang bukan karbohidrat di universiti ni, maka saya stop. Lagipun, diet inilah buatkan saya asyk sikit-sikit rasa nak cheat day.

Ada lagi satu diet saya pernah buat, "Diet Patah Hati". Hahaha, masa ni tengah patah hati selama 4 bulan. Tak selera makan tapi suka berlari dan berjogging melarikan diri setiap petang. Saya kehilangan 10kg dalam masa 2 bulan. Jangan buat diet ini.

Bagi saya, buatlah diet yang bersesuaian dengan diri kita. Tak semestinya diet itu bagus, dan diet yang ini kurang bagus. Tak mengapa kalau kita tak berjaya buat diet xxx dan yyy. Hidup ini kena ada try dan error kan? Baru kita tahu sesuatu. Paling penting, tengok semula niat kita kenapa nak diet? Kenapa nak turunkan berat badan? Nak cantik? Nak cari jodoh? Nak orang suka kat kita? Nak ringan masa solat? Tajdid niat. By the way, diet ini bukanlah merujuk pada orang gemuk je, tapi semua orang. Diet ialah ubah cara hidup.

Kalau tengok dari penjagaan diri saya ni, saya ni sekejap naik sekejap turun. Kena fokus untuk proses maintain ideal weight. Ada petikan dari Saiful Nang, kenapa dah diet dan senam kaw2 pun still tak slim2?  Ingat,  kita berjaya turunkan berat badan kita sekalipun setelah kita berhempas pulas berusaha, kalau bukan atas izin dari Dia. 

p/s: post kali ini adalah untuk memberi motivasi buat diri sendiri dan nak ambil feel untuk menulis blog semula setelah lama tak update.

Thursday, December 31, 2015

Azam Tahun 2016

Bismillahirrahmanirrahim,
Agak lama tak update blog ini. Almaklumlah terlalu sibuk dengan komitmen sebagai pelajar tahun akhir. Banyak jugak perkongsian dan coretan yang nak dikongsi. Tapi kebanyakan semua jadi draft macamtu sahaja. Yang ada intipati ilmu pun selalu jadi draft. Kalau tak cukup research, tak eloklah nak share.

InshaAllah esok dah nak masuk tahun 2016. Ramai sudah mulakan pasang niat untuk berazam. Ada yang nak kuruskan badan, ada yang nak kukuhkan ekonomi, ada yang nak itu ini. Itu terpulang pada diri masing-masing. Azam ni kiranya macam kita nak set goal. 

Bagi saya, bila berazam ni, tak semestinya nak kena tunggu masuk tahun baharu. Kena start terus. Cuma tahun tu boleh jadi sebagai benchmark. Maybe ada feel skit. Azam tahun baharu ni rasa macam tak set sangat. Cukuplah nak fokus pada cita-cita dan kerjaya.

Tak dilupakan juga. Di kala kita sibuk mengejar azam tahun baharu, jangan lupa berazam untuk akhirat juga. Itulah ultimate goal kita sebenarnya. Balance dunia akhirat. Untuk azam tahun ni juga, saya sedaya upaya nak capai yang di atas ini.

Tengok angka 2016 juga, saya terfikir juga tentang umur. 24 tahun. Fuuh...rasa angka yang agak mencabar. Dah nak masuk alam kerjaya dan dewasa, Memang tak dinafikan, ada terfikir tentang jodoh. Ye lah, kebanyakan kawan-kawan ramai yang dah kahwin. Kita ni tercari-cari lagi. Cuma kena kuatkan pegangan dalam diri, "Put trust on Him, His plan is the best".

InshaAllah, Allah dah rancang yang terbaik buat kita. Jangan risau (walaupun risau).
Siapa kita 10 tahun lagi?
2016.
Tahun tak mengubah manusia.

Manusia berubah atas kehendak diri sendiri.

Saturday, November 14, 2015

Evolusi & Transformasi Aku

Bismillahirrahmanirrahim,
Tadi saje korek-korek gambar lama. Bila tengok gambar lama ni, mahu detik rasa rindu di zaman kanak-kanak, dan menyampah dgn kejahilan. Orang kata tengok gambar lama ni, boleh buat kita insaf. Ye lah, zaman dulu innocent je, sekarang?


Berat badan bertambah paling ketara masa zaman SPM(2009), sebab masa tu stress nak exam dan patah kaki. Dan juga masa zaman Asasi (2012) dan masa tahun ketiga degree (2014), naik 10kg dalam masa satu sem!

Saya pernah susut masa zaman PMR (2007) dan masa tahun pertama(2013) di UIA Gombak. Masa ini, saya diet kaw-kaw. Berbelas-belas kilo juga lah turun. Nanti saya kongsikan tips. 

Sekarang saya masih dalam fasa menurunkan berat badan. Cuma kali ini agak payah sikit. Dia slow turun. Sekejap kembang sekejap kempis. Doakan...

Bersahabat Dengan Doraemon

Bismillahirahmanirrahim,

Lebih kurang 15 tahun dahulu, di waktu 7.30malam. Tv siaran NTV7 dibuka. Menanti rancangan yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan kanak-kanak pada masa itu. Rancangan apa? Doraemon.

Ang...ang...ang...
Dora ea ma mun....

Dahulu, saya teringin nak ada kawan macam doraemon. Yang sentiasa akan menolong kita dikala kita kerseorangan atau dalam kesusahan. Menanti gajet-gajetnya yang canggih itu. Walaupun dia tahu, Nobita itu pemalas dan suka merosakkan barang-barangnya, tapi itulah...dia masih setia. Setiap hari, saya selalu mengidam dan berharap gajet-gajet doraemon ini menjadi kenyataan.

Tapi...saya terlupa sesuatu. gajet-gajet yang kononnya dari zaman 2100an yang dimiliki doraemon itu semuanya ialah 'barang-barang reject' yang disimpan dalam poket doraemon. Jadi, nak ke kita guna barang-barang dah rosak ni?

Ending cerita doraemon ini tergantung, tapi ada orang reka, selepas Doraemon meninggalkan Nobita, Nobita lama kelamaan jadi rajin dan lebih berdikari sehingga dia menjadi orang yang berjaya.

Walaupun cerita khalayan, tapi kadang itu bagus juga. Banyak pengisian yang membuatkan kita untuk lebih berdikari dan menghargai nilai persahabatan. Kita lebih tahu sejarah hidup kita, dan kita sendiri yang perlu mengemudi.
 

     "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali 
mereka sendiri yang merubahnya " 
( Ar-ra'd:11 ). 



Tuesday, October 27, 2015

Haluan Selepas Ini?

Bismillahirrahmanirrahim,
Fikiranku agak kusut. Pening memikirkan masa depan dan hala tuju selepas ini.
Ditambah lagi dengan macam-macam assignment, projek, FYP  dan midterm exam.
Sem depan dah mula nak intern. Tempat untuk praktikal pun tak cari lagi. 

Entah. Rasa takde mood.
Mula rasa tak minat dengan kerja dalam industri.
Aku takut.
Kalau program KPLI masih wujud lagi, mungkin dah tahu apa nak dicapai.
Tapi itu pun berdasarkan rezeki nak dapat.
Tapi nak jadi cikgu zaman sekarang, baik aku lupakan.
Mungkin lepas grad, aku sambung Master.
Bukan kerana nak kejar nama atau pangkat akademik.
Tapi ini laluan dan haluan untuk aku mengejar cita-citaku menjadi pendidik/ahli akademik.
Kita hanya mampu merancang. 
Manusia merancang dengan cita.
Allah merancang dengan cinta.

Saturday, October 17, 2015

Teori Hidup bersama Keluarga Vs Pasangan

Bismillahirrahmanirrahim,
"Kau belajar mane?"

"UIA"

"Tak macam budak UIA pun"

"Dah tu, kau nak suruh aku cerita pasal kahwin 24jam memanjang?"


Haha, biasalah kalau belajar di UIA, tak sah tak cerita bab kahwin. Lagi-lagi bila umur dalam fasa 20 an, memang kahwin salah satu bab paling serius dalam khidupan.

Masa cuti inter sem 3 bulan haritu, tak terhitung ramainya kawan-kawan sesama kuliyyah dan kawan-kawan sekolah berkahwin. Sedangkan diri ini jua ternanti-nanti siapakah bakal menghiasi hidup yang mendatang. Tak kurang juga rasa ingin berpasangan(secara halal) itu hadir. 

============================================================
Ayah pernah kata, takpe kalau masih tak jumpa bakal suami atau tak kahwin lagi. Inilah masa nak luangkan masa dan berbakti pada keluarga. Bila fikir balik,  

Katakanlah, 

Purata kita hidup = 60 tahun +.
Umur nak berkahwin =  20 tahun +

Tempoh luangkan masa bersama keluarga sejak kecil = 20 tahun 
Tempoh luangkan masa bersama pasangan  = 60 - 20 = 40 tahun

Konklusinya, kita bakal luangkan masa yang banyak bersama pasangan (40 tahun +-). Sebenarnya, tempoh kita bersama keluarga adalah singkat (20 tahun). Waktu kecik-kecik pun tak terasa, sebab memori kanak-kanak adalah kecil. Bila kita dah besar, kita mula nak menghargai dan matang. Mungkin memori bersama keluarga itu cuma tinggal 10 tahun sahaja.

Jadi, usahlah sedih jika belum bertemu jodoh. Ya, kita akan sunyi. Tapi bila kita bersama keluarga, terisi jua kesunyian itu. Inilah masa kita nak berbakti pada mak ayah dan adik beradik yang lain.



Semoga bertemu jodoh dan pasangan hidup yang soleh.

Tuesday, September 1, 2015

Dari Seorang Babyphobia kepada Babylover

Bismillahirrahmanirrahim,
Biasanya, perempuan sinonim dengan baby. Ye lah perempuan ni hatinya lembut. Kalau nampak benda comel mesti diorang suka.

Lain pula dengan saya. Saya seorang yang sangat anti dengan bayi atau budak kecil sejak dulu lagi. Kalau kawan-kawan cerita pasal baby, memang saya tak akan amik port. Bukanlah sebab hati saya ni keras atau apa. Semuanya sebab satu peristiwa.

Masa umur saya sekitar Darjah 1 macamtu, adik bongsu saya baru lahir. Masa tu saya ambil kesempatan untuk pegang dan gendong bayi. Entah macamana, saya tak kuat pegang lalu terhempaskan bayi tu ke lantai. Bayi pun menangis. Saya fikir kepala bayi tu dah terburai. Panik sangat masa tu. Saya terus larikan diri dan biarkan bayi tu menangis di lantai. 

Sejak dari tu, saya terus tak suka pada baby. Satu masa tu saya fikir juga, macamana kalau suatu hari nanti saya nak ada anak sendiri?

Sehinggalah saya dapat anak buah baru-baru ini, rasa seronok juga main-main dengan baby ni. Baunya harum bak syurga. Telatahnya buat kita tertawa. Kulitnya yang mulus. Paling best, bila kita tengok dia, terbanding diri kita yang banyak dosa ni. Tapi yang susahnya jadi si ibu lah. Sudah penat mengandungkan 9 bulan, di tambah pula beban nak membesarkan anak. Setiap malam kena berjaga menyusukan baby.

Apa-apapun, syukur Alhamdulillah....perasaan fobia pada baby ni dah berkurang. Mudah  sebenarnya nak mencintai sesama mahluk ni.

Saturday, August 29, 2015

Misi Membeli Laptop (Bahagian 2)

Bismillahirrahmanirrahim,
Post ini merupakan sambungan dari post sebelum ini Misi Membeli Laptop. Sepatutnya dah lama saya update, tapi saya tinggalkan post ini sebagai draft dulu dek masa tu sibuk buat persiapan raya masa tu.

Alhamdulillah, misi untuk membeli laptop berjaya. Sebelum beli tu, saya minta restu  dan sokongan daripada semua ahli keluarga. Ye lah, first time nak beli benda mahal. Orang kata berkat sikit kalau dapat restu mak ayah. Kalau tak, tak pasal-pasal jadi macam kes dulu saya ditipu masa beli gajet tanpa pengetahuan diorang.

Mana dapat duit?
Duit tu saya cari dan kumpul sendiri. Ada duit lebih sikit masa semester haritu, saya simpan. Kemudian, saya kerja part time sebagai pembantu gerai di bazaar, buat design dan jual mainan dan gajet kamera. Alhamdulillah, duit cukup dalam masa kurang dari sebulan. 

Laptop second hand ni saya beli melalui group Facebook. Masa tu ada budak offer nak jual laptop. Tengok harga kena. Yang penting spec dia. Kemudian kami COD di NU Sentral. Bab beli barang elektronik ni, saya tak galakkan beli secara Pos, COD lebih baik sebab sekarang banyak kes penipuan. 

Sebelum tu ada seorang brother ni yang katanya ejen jual laptop di Low Yat. Ikut plan nak jumpa dia di Low Yat, dan masa tu tengah ada krisis teruk di sana. Syukur, saya tak ke sana. Tak pasal-pasal nanti join gangster merusuh di sana. Mungkin berkat dapat restu mak ayah.

Alhamdulillah, misi untuk membeli laptop dipermudahkan dalam masa kurang dari sebulan. Sebelum hari raya dah dapat laptop. Kononnya boleh buat kerja FYP cepat, tapi....dari haritu asyik layan gaming. Apa-apapun, saya puas. Sebab tak bebankan mak ayah untuk beli kehendak diri. Laptop lama saya dah bagi adik. Hidup kita dengan orang lain berbeza, mungkin mereka boleh minta apa sahaja dengan parents. Masa ini saya nampak, kita dah mula kena belajar 'berdikari'. 

Suatu masa nanti, plan nak buat Rig Gaming PC pulak la ye.
Atas rating spec laptop. Bawah rating spec laptop lama.





Tuesday, August 25, 2015

Semester Itu...

Semester itu...
Sudah berlalu...
Berlalu dimamah masa...

Tapi
Masih lagi terngiang-ngiang di lubuk kepalaku...
Kenapa?
Entah aku tak tahu kenapa.

Bagiku, ia semester 'bahagia'ku.
Semester yang aku paling sayang.

Aku terlalu bahagia dengan pembuka tahun 2015.
Cantik...
Masuk semester dengan perasaan yang bahagia.
Walaupun ada sahaja badai, 

Aaarhhh... aku tak peduli.
Adanya orang dan benda  sekeliling yang membuatku bahagia.

Masih lagi memoria yang jadi benchmark sesuatu masa itu.
Aku terkenangkan,

Lagu...
Assalamualaikum, Senyum, Dasyat, Kembalikan Semula dan Titanium.

Keluarga.
Gaming mouse pemberian mak.
Game The Walking Dead,
Game Command and Conquer Generals.
Kasut Power.
Kelas Cyber Law.
Kelas Animation.
FYP 1.
Masak-masak dalam bilik.
Gelanggang Badminton.
Silat Cekak, Ujian SRP & Wajadiri.
Zaman GST.
PSP.
Usrah Babylon.
Dating Nasi Kerabu.
Amik Lesen memandu.
Festival di Mahallah.
Macam-macam lagi!

Allah....sayu aku terkenangkan semua ini.
Bagi aku, 
Kenangan remeh ini sangat bermakna.
Pengawalannya aku rasa teramat bahagia.

Namun, 
aku diuji di pengakhiran sem itu.
Suatu ujian yang aku fikir tak mampu aku tanggung.
Nikmat itu ditarik semula.

Aku tersilap,
Suatu kesilapan yang tak disengajakan berlaku.
Aku terbuat salah pada orang lain.
Ditambah nikmat-nikmat lain pula hilang dan rosak tiba-tiba.
Semua ini bukan atas kehendakku.

Berbulan-bulan sekian lamanya aku 'menderita'.
Aku terus menerus rasa sayu.
Aku terus menerus menangis di tengah kesunyian.
Malah Aku terus menerus menangis dikala kesibukan.

Masa ini,
aku mula memandang sekeliling.
100% aku melihat semua bnda dengan perasaan yang sayu.

Aku berdoa..berdoa...berdoa...
Kenapa ujian ini kena pada aku?
Apakah aku kurang bersyukur selama ini?

Aku masih lagi tercari-cari jawapan dugaan ini...
Apakah hikmah yang ingin diberiNya?

Aku tak tahu rahsia dariNya.
Aku tak tahu bila kemarau ini akan berakhir.
Hanya Dia sahaja yang tahu...

Kenangan akan berlalu pergi.
Yang ada hari esok.
Kita bakal melakar kenangan itu...

Kenapa aku takut hilang kenangan ini?



"jangan betulkan kenangan. kenangan tu dah lepas."





Saturday, August 1, 2015

Tak Ajak

Bismillahirrahmanirrahim,
"TAK AJAK KITE PUN..."
Kadang-kadang tu rasa terkilan juga bila ada sesuatu yang mana family atau kawan-kawan tak ajak kita. Padahal orang lain diajaknya, kita tertinggal. Apatah lagi kalau mereka upload gambar keseronokan itu di laman sosial. Ada pihak yang akan terasa hati. Susah juga nak jaga hati manusia ni.

Mungkin takde rezeki nak bersama. Mungkin aku kena faham konsep rezeki jugak. Mungkin ada rezeki yg lebih murah lps ni.

"Berusrah, tapi ada seseorang yang tertinggal di belakang"

Usrah ke macamtu?

Monday, July 13, 2015

Nak Ikut Kata Hati Atau Perasaan?

Bismillahirrahmanirrahim,

Baru-baru ini, kecoh insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat. Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang hal ini. Entah kebenaran berpihak pada siapa. Macam-macam kronologi cerita keluar. Dalam hal ini, boleh jadi si pembeli rasa tertipu dan ingin ambil hak dia. Lantas, dengan rasa tak puas hati, dia attack semula si penjual. Boleh jadi yang sebaliknya berlaku.

Pernah suatu hari, saya terlalu marah dengan seseorang lalu menyebabkan saya bertindak di luar jangkaan. Apa yang saya buat? Tak perlulah saya ceritakan, sebab saya rasa malu bila terkenangkannya. Ya, kita mungkin mahu menegakkan kebenaran. Tapi harus diingat, matlamat tak menghalalkan cara. Semurni mana pun niat kita kalau caranya salah, ianya tak baik. Lihat sahaja insiden tersebut, kesudahannya rusuhan dan pergaduhan berlaku.

Bila rasa marah atau tak puas hati ni, ianya banyak melibatkan kita punya nafsu dan syahwat. Selama ini saya ingat nafsu dan syahwat ni cuma terhad pada kemahuan dan keinginan seksual sahaja. Rupanya ianya banyak terpalit dengan emosi dan perasaan. Kita selalu je dengar ungkapan,

“Ikut kata hati mati, ikut perasaan badan binasa”

Contoh, macam kita nak buat pilihan, kadang-kadang kita tak tahu samada nak pilih yang itu atau yang ini. Kita berada di dalam dilemma. Semestinya kita mudah dengar kata hati dan perasaan. Hati suruh pilih yang itu, manakala perasaan rasa seronok nak yang ini.  

Sebenarnya kita nak ikut kata hati atau perasaan? Setahu saya, hati inilah raja dalam diri kita. Ia sensor terhebat yang Allah cipta yang bertindak mengawal diri. Tapi kadang-kadang ikut kata hati ni pun macam tak boleh pakai jugak sebab banyak dipengaruhi oleh nafsu dan syahwat. Kalau ikut perasaan pula, macam-macam perasaan pula timbul. Tambah lagi kalau ada si syaitan yang menghairahkan susasana.

Dalam Islam, banyak suruh umatnya jaga hati. Hati ini fitrahnya bersifat sedih dan timbal balik, kita yang kena bijak kawal ia. Ada doa yang selalu kita baca iaitu mohon ketetapan hati.

Hasil perkongsian daripada seorang sahabat, sebenarnya kita boleh dengar kata hati, tetapi harus letak akal rasional dalam membuat pilihan dan tindakan. Yup, itulah yang membezakan kita dengan haiwan. Dalam mengejar keinginan kita, kita lupa yang kita ada akal untuk berfikir.

Contoh macam insiden ini, mungkin dengan berfikir, kita boleh fikir,

“Apa yang akan berlaku kalau aku buat macam itu?
Apa aku akan rugi atau bahaya?”

Contoh lain, haritu saya ada beli controller XBOX dek kerana teruja dengan design dia. Kesudahannya, ia terbiar di dalam almari macam tu sahaja. Sepertinya membazir. Jika saya fikir sebelum beli dahulu, mungkin saya akan kata,

“Apa aku akan guna atau tidak?
Apa semua game compatible dengan controller ni?
Apa duit aku cukup untuk beli keperluan yang lain?”

Berfikir sebelum bertindak. Kita akan letak rasional dalam suatu situasi, dan kita akan tahu ‘cause and effect’ jika ia berlaku. Bukan buat ‘try and error’. Kalau ikut hati dan perasaan sahaja, memang perasaan negatif banyak dominasi nanti. Kalau masih rasa buntu juga, kita boleh buat solat istikharah. InshaAllah dengan solat ini, gerak hati itu Allah yang pandu.

Wallahualam.

Monday, June 15, 2015

Misi Membeli Laptop

Bismillahirrahmanirrahim,
Buat masa sekarang, saya guna laptop business untuk buat kerja harian. Spec memang kureng. Laptop sekarang ni dibeli pada tahun 2010. Kira hampir 5 tahun lah juga usianya. Jangka hayat laptop paling baik pun 3 tahun. Bila dah melebihi tahun tu dia akan banyak ragam.
Bila jadi budak IT ni, memang banyak buat kerja guna komputer/laptop. Lagi-lagi bila saya banyak buat kerja grafik. Sekarang nak siapkan kerja FYP pun tergendala sebab laptop susah nak support. 

Target nak beli laptop second hand je. Tapi spec mesti better dari yang ada sekarang. Kalau nak beli ni saya fokuskan kat dia punya processor, OS, RAM dengan grafik kad. Kalau boleh nak cari laptop yang sesuai untuk buat kerja grafik dan gaming. 
Ni saje letak sticker NVIDIA dan RADEON.
Bajet laptop power. :-P
Jadi sementara ada cuti 3 bulan ni, saya amik langkah untuk mengumpul duit. Bulan Ramadan ni saya ambil upah kerja sebagai pembantu bazaar. Gajet-gajet kamera DSLR pun saya mula jual. Barang-barang terpakai pun saya jual. Sayang tu memang rasa sayang. Tapi dari menyemak kat rumah, lebih baik jual. 

Saya tak nak lah menyusahkan mak ayah untuk belikan laptop ini. Kalau boleh saya nak cari duit atas usaha sendiri. Bila saya kumpul duit ni, boleh nampak pengorbanan mak ayah selama ini. Mereka lagi banyak cari rezeki untuk banyak benda. Ni saya cuma fokuskan kat barang yang satu.

InshaAllah, biiznillah.