Post Terbaharu :

Wednesday, December 21, 2011

Untung Lah...Dapat Kerja Tapi Maruah 'Tergadai'

Bismillahirrahmanirrahim,
Sejujurnya sepanjang cuti semester kali ini,hati dan jiwa saya agak memberontak kerana tidak mahu berada di rumah jika tanpa membuat sesuatu kerja. Di sebalik itu, saya mengkoreksi diri semula. Apakah tujuan saya untuk berkerja? Dengan nama Allah S.W.T, saya mahu berkerja Lillah disamping ingin mengurangkan beban mak ayah dan juga ingin mencari suasana baru dalam hidup ini.
Selepas tamatnya semester 1 2011/2012 yang lalu, kaki saya 'rajin' berjalan meneliti setiap pelosok kedai-kedai yang menawarkan JAWATAN KOSONG. Tambah-tambah lagi, jari-jemari saya ini rajin menaip di atas papan kunci laptop sambil mencari kekosongan jawatan di Google search mahupun di laman Mudah.my. 

Bila pergi ke kedai, sambil bertanya "Encik,ada kerja kosong tak?" dibalasnya "Tak adalah  dik"Sedih...remuk perasaan ini. Bermacam-macam kedai ditanya soalan yang sama, namun jawapannya kekal. Mungkin ramai pelajar lepasan PMR dan SPM dah rebut peluang kerja sementara ini.

Baru-baru ni, ada sebuah supermarket dibuka berdekatan dengan rumah saya. Perkataan JAWATAN KOSONG jelas-jelas tertera di atas bunting yang dipasangnya.Lebih-lebih lagi gaji yang ditawarkan  agak 'lumayan'. Namun, hati saya seolah-olah tidak tergerak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut disebabkan 2 PERKARA. Apakah 2 PERKARA itu?   

*******************
Sebulan pun berlalu, saya bersama adik-beradik saya mengunjungi supermarket berkenaan, ternyata memang 2 PERKARA itu wujud!  

Yang pertama, AURAT. Sudah tentunya banyak kedai-kedai supermarket di Malaysia ini mewajibkan pekerjanya memakai baju uniform sebagai lambang identiti dan 'setia' pada kedai tersebut.
Paling menyedihkan di sini, BAJU UNIFORM 'STANDARD' : T-SHIRT LENGAN PENDEK YANG MEWAJIBKAN TUDUNG MASUK KE DALAM BAJU dan BAJU MASUK KE DALAM SELUAR (sambil menunjukkan sesuatu). Malah diherdiknya bagi wanita yang menyarung lengan untuk menutupi kulit. Apakah motif perlu meletakkan standardize sebegini? Mungkinkah dengan cara sedemikian dapat menarik 10 ribu pengunjung?
Yang kedua, IKHTILAT. Pekerja perempuan mencuit-cuit pekerja lelaki sambil ketawa terbahak-bahak dan berdekah-dekahnya. Lagi-lagi pekerja perempuan yang suka berkelompok. Seolah-olah perkataan dan penghayatan 'Batas Pergaulan' tidak wujud dalam kamus hidup mereka. Yes! Di sini bukan UIAM yang mertabiyyahkan pelajar dengan Biah Solehah.  Mengapa mesti begitu ya?

Ketuk-Ketuk Hati:
Saya faham, kehidupan dan  latar sosial setiap manusia itu pelbagai. Mungkin tatacara mereka ada sesetengahnya membuatkan kita rasa 'asing' dan 'jengkel' di kelopak mata. Semuanya terletak pada diri kita.Seharusnya kita cakna dalam menangani dan bersemuka dengan kemelut ini. Memang benar kita sibuk mengejar gaji dan pangkat di samping mencari Mardhatillah yang menjadi teras utama. Janganlah sampai orang kata :
'Untung lah...Dapat kerja gaji lumayan....tapi maruah tergadai'.

KITA BERKERJA UNTUK BERIBADAH.

Teringat kata-kata seorang sahabat,Nurul Nafisah Kamis,
" Kita kena biasakan diri berjumpa dengan orang ramai yang pelbagai sifat supaya mudah untuk kita menjalani proses adaptasi semasa zaman perkerjaan nanti".

Meskipun saya masih tidak bekerja pada ketika ini, tetapi saya masih menghasilkan pendapatan di rumah. Bagaimana caranya? Ikuti kisah seterusnya di sini.




Alhamdulillah, Dapat Speedlite Walau Hanya Kerja Di Rumah!

Bismillahirrahmanirrahim,
Walaupun cuti semester kali ini saya hanya terperap duduk di rumah, namun saya bersyukur masih lagi dikurniakan akal dan badan yang sihat.Tidak perlu lah saya terus memikirkan kerja yang diandaikan sebagai hujan (klik kisah di sini)Ayah selalu berpesan, 

"Tak mengapa tak dapat bekerja cuti ini, luangkan banyak masa dengan keluarga di rumah"

Sepanjang cuti inilah saya banyak menghabiskan masa di rumah dengan menambah ilmu asas kehidupan seperti memasak dan menjahit dan juga aktiviti wajib saya iaitu MENGITAR SEMULA BAHAN TERBUANG. Ikuti kisah kitar semula sebelum ini (klik sini).
Proses Menimbang Berat Bahan
Antara Barang Yang Ditimbang.
Yang menyedihkan, nilai harga bagi 1 kg kertas jatuh dari 35sen kepada 25 sen manakala 1kg plastik dari 40 sen kepada 35 sen . Kali ini, bahan-bahan kitar semula yang dapat saya kumpulkan mencecah lebih seratus kg. Syukur Alhamdulillah. Teringat lagi kata-kata ayah, "Kita bukan nak cari untung, tapi kita nak kurangkan pepejal di rumah,duit ni sebagai pendapatan sampingan sahaja,yang penting kita hendaklah sentiasa bersyukur".

Dengan hasil pendapatan ini, dapatlah saya menyediakan serba sedikit untuk persiapan di semester 3 nanti.  Sekurang-kurangnya saya dapat mengurangkan beban tanggungan keluarga terhadap saya. Tanpa diduga, ayah memberikan upah (kerana mengemas rumah dengan bersih) kepada saya walaupun tidak dipinta.

Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah!
Betapa riangnya saya pada hari Sabtu yang lalu, saya berpeluang upgrade kamera DSLR dengan menambah aksesori lens hood dan speedlite yang dibeli secara online di laman Mudah.my. Cukuplah saya sekadar beli produk yang murah dahulu. InshaAllah jika ada kesempatan dan kemurahan rezeki, bolehlah saya beli gajet seperti Encik Khairul Azmi.
Kalau diikutkan dari sudut ekonomi peribadi,duit poket saya tidak mencukupi untuk membeli kehendak tersebut.  Tetapi,dengan mengitar semula bahan-bahan terbuang, kita dapat menjana sedikit pendapatan.

Ketuk-Ketuk Hati: Sudahkah anda bersedia merubah keadaan? Bumiku Lestari,Hidupku Damai Abadi. Sayangi Alam Sekitar

Tuesday, December 20, 2011

Baiknya Tuhan Kita

Ketuk-Ketuk Hati:
Baiknya Allah buat kita, tapi kita masih lagi merungut dan kurang bersyukur buatNya.

Friday, December 16, 2011

Masihkah Ada Sinar Buat Si Perokok? l Do A Smoker Have Shining Life?

Bismillahirrahmanirrahim,
Awal pagi semalam,saya ada menerima email daripada Nuffnang mengenai 'Pertandingan Fotografi Tak Nak Merokok' yang perlu dipostkan ke dalam blog. Terkinja-kinja saya dibuatnya,apa tajuk dan pengisian yang nak ditulis lebih-lebih lagi dia macam suruh tulis dalam bahasa Inggeris. But, it's small matter.
Mutakhir ini,pihak Kementerian Kesihatan menganjurkan Pertandingan  Fotografi / Photo Contest sempena Kempen 'TAK NAK MEROKOK'. Tujuannya? Tak lain tak bukan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang 'penyakit' merokok. Almaklumlah,kadang kala kalau kita buat kempen secara isentif besar-besaran pun, belum tentu masyarakat sedar.Kempen itu seakan-akan boneka di mata mereka yang hanya dijadikan alat permainan semata-mata. Justeru, kementerian mengambil inisiatif menggunakan bahan-bahan ilustrasi bergambar untuk mencelikkan lagi mata mereka. 
" Sekeping Gambar Mampu Memberi Sejuta Makna" 
 Apa yang menarik di sini,siapa yang terpilih dalam penyertaan  akan diberi hadiah 'Duit Free'. Siapa tak nak duit free, betul tak? Banyak hadiah yang menarik antaranya:
• Grand Price cash-RM 1,000.00
• 2nd Price cash-RM 700.00
• 3rd Price cash-RM 500.00
• 4th Price cash-RM 300
• 5th Price cash-RM 150
• Consolation Price – Voucher Worth RM50.00

Menarik bukan? Walaupun kita sibuk mengejar hadiah seperti di atas, apa yang diutamakan adalah mengikhlaskan diri kita untuk membantu masyarakat sekali gus menyedarkan mereka tentang padahnya merokok ini.

Jika anda berminat untuk menyertainya,anda boleh melayari laman web rasmi kempen ini di sini dan laman web nuffnang mengenai iklan ini di sini .
"Saya Nak Menang Pertandingan Ini!"
Di sini, saya pamerkan foto-foto yang sempat saya rakamkan dan apa yang saya harapkan di sini,semoga foto saya ini boleh menyetap hati dan jiwa mereka yang merokok. Seperti yang kita tahu, merokok boleh membunuh diri kita dan orang sekeliling / Smoking kill us and our surrounding.  So,let us says 'TAK NAK' towards smoking.


TAJUK FOTO: Masihkah Ada Sinar Buat Si Perokok


Setelah sekian lama aku merokok, ada sesetangah orang mencemuhku kerana mulutku berbau,bibir kehitaman,dan asap berkepul-kepul....menyebabkan mereka tidak selesa denganku. 
Suatu hari, aku terdiam kerana benar-benar ingin berhenti merokok,namun sayang.....sukar untukku menghentikan ketagihanku ini setelah sekian lama berlubuk ini.
Aku disahkan mengidap sakit jantung. Bila aku merenung ke langit, lalu terdetik 
"Masihkah Ada Sinar Buatku?"

TAJUK FOTO: Abah,Berhentilah Merokok...
Rintihan 3 orang anak,"Abah,janganlah merokok lagi,kami sayangkan abah".


Sunday, December 11, 2011

Lagu 'Cinta Muka Buku' [Edisi Islamik]


Bismilllahirrahmanirrahim,

Di sini ingin saya kongsikan post dari facebook mengenai lagu popular Najwa Latif iaitu Cinta Muka Buku tapi yang versi Islamik ye.

Daripada kita asyik melayan lagu cintan cintun tu,apa kata kita mengingatkan diri kita melalui lagu ini. Anda bolelah menyanyi,bagi wanita,cukuplah menyanyi dalam hati sahaja.


Lagu 'Cinta Muka Buku' [Edisi Islamik]



Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku ♪♫
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...000.. .FITNAH dunia atasku ♪

... Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot FITNAH ke atasku..♫

Banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..♪

Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini CINTA penuh NAFSU

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya CINTA NAFSU, cinta di muka buku..♪

Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja

banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..♪

Oo Engkaulah CINTA YANG SATU..
CINTA KEPADA TUHANKU..............

Gambar Gerhana Bulan 11 Disember

Bismillahirrahmanirrahim,


SubhanaAllah...SubhanaAllah...SubhanaAllah...

Itulah bait-bait kalimah yang terpacul dari mulut semasa diterangi gerhana bulan pada malam 11 Disember semalam.
Ini adalah beberapa gambar yang sempat cerap semalam melalui lensa buruk saya. Hayatilah seni ciptaan Ilahi ini.


Saturday, December 10, 2011

Hari-Hari Kita 'Bersumpah' (Versi 1)

Bismillahirrahmanirrahim,

Sumpah? Jangan bermain-main dengan perbuatan tersebut. Biasanya sumpah ini digunakan untuk menyatakan kebenaran mahupun untuk menyumpah sesuatu atau dengan kata lainnya seolah-olah menyihir.

Sayang seribu kali sayang ditelan pahit dibuang sayang,di era zaman ini, Al-Quran lah yang selalunya dijadikan bahan sumpah meyumpah untuk membuktikan hak seseorang.Trend manusia sekarang ini hanya mencari Al-Quran bila ditimpa satu tohmahan fitnah belaka.Seolah-olah kitab suci itu bukan lagi untuk dibaca,dihayati dan diamalkan.

Tetapi,tahukah kita semua bahawa sesungguhnya setiap hari kita 'bersumpah'.
Apakah 'sumpah' itu,ini jawapannya:

 ุฅِู†َّ ุตَู„ุงَุชِูŠ  ูˆَู†ُุณُูƒِูŠْ  ูˆَู…َุญْูŠَุงูŠَ  ูˆَู…َู…َุงุชِูŠ  ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ุนَุงู„َู…ِูŠْู†
"Sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku 
hanya untuk Allah semesta alam"

Ketuk-Ketuk Hati:
Pernahkah mulut anda tergerak membaca kalimah di atas? 
Ya, sudah tentunya pada bacaan doa ifititah ketika solat kecuali jika anda keuzuran bagi wanita ataupun tidak membaca perbuatan sunat itu ketika solat. Itulah 'sumpah' yang dimaksudkan,kita meletakkan 'janji' dan pengakuan kita untuk menzahirkan diri kepada Maha Pencipta,Allah AzzaWajalla.

Ingat-Ingatlah janji Allah menciptakan diri kita:
“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, 
Aku tidak mengendaki rizki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rizki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat”
 (Adz Dzariat:56-58)

Wednesday, December 7, 2011

Antara Hilang RM1 dan RM10

Bismillahirrahmanirrahim,
Tentunya sejarah hidup anda pernah kehilangan atau keciciran duit kan? 
Cuba fikirkan,jika suatu hari nanti anda  kehilangan duit bernilai RM1, tentunya ada yang mengatakan,
"Ah,tak mengapa,RM1  je pun",

 mungkin juga,
 "Ussh,nasib baik RM1 je".

Bagaimana pulak reaksi anda jika kehilangan duit bernilai RM10 ? Tentunya tidak senang duduk bukan? Bagaikan lipas yang kudung.Mengapa anda tidak mengatakan seperti dialog di atas?
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" 
(Q.S. Ar-Rahman 55:1-13)
Ketuk-Ketuk Hati: Orang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang sedikit,tidak akan bersyukur dengan nikmat yang banyak,tetapi adakalanya kita 'sangat bersyukur' pabila menerima nikmat yang banyak hinggakan terlupa nikmat yang sedikit yang pernah Allah beri malah menuduh Allah   Ar Razzaq itu 'kedekut' kerana tidak menurunkan rezeki buatnya semasa itu padahal hari-hari kita menerima nikmat pemberianNya.

Tuesday, December 6, 2011

Nak Jadi Superhero Sebenar Yang Hebat !

Bismillahirrahmanirrahim,
Anda mahu menjadi 'superhero' yang terhebat? Fikirkanlah watak superhero yang anda idamkan.Antara 'superhero-superhero' di dunia ini,yang mana satu paling hebat yang menjadi pilihan?
Kelawar yang hebat = batMAN
Labah2 yang hebat = spiderMAN




Cicak yang hebat = cicakMAN

Lelaki yang hebat = superMAN

Perempuan yang hebat = superwoMAN
kertas yang hebat = saMAN
(Kertas surat saman pun boleh mencairkan hati orang yang degil melanggar peraturan)

MANUSIA yang benar2 HEBAT = beriMAN

Anda mahu menjadi 'superhero' yang terhebat? Fikirkanlah 

credit to: Khairul Azmi

Apa Khabar 10 Muharram?

Bismillahirrahmanirrahim,
Azam Tahun Baru " Bukan Nak Cari Salah Orang Tapi Cari Salah Diri Sendiri! " 
~Wardina Safiyyah~

Ketuk-Ketuk Hati:
"Sudah 10 hari di tahun baru 1433h. 
Apa hijrah kita setakat hari ini? "
~Jangan hanya 'janji tinggal janji~



Monday, December 5, 2011

Post Sesuatu di FB,BLOG,TWITTER dan Sebagainya

Bismillahirrahmanirrahim,
Setiap orang ada kecenderungan terhadap bidang tertentu untuk dia post dalam blog, atau profile FB dia. Maka, kita seharusnya bersifat terbuka terhadap kepelbagaian dalam hal ini. 


Jangan senang2 comment "tak perlu post benda remeh macam ni" atau "masih ada banyak benda lain yang boleh post". Jagalah perasaan orang lain seperti mana kita mahu perasaan kita dijaga! ^_____^
~Raja Ahmad Kamil~