Bismillahirrahmanirrahim,
Awal pagi semalam,saya ada menerima email daripada Nuffnang mengenai 'Pertandingan Fotografi Tak Nak Merokok' yang perlu dipostkan ke dalam blog. Terkinja-kinja saya dibuatnya,apa tajuk dan pengisian yang nak ditulis lebih-lebih lagi dia macam suruh tulis dalam bahasa Inggeris. But, it's small matter.
Mutakhir ini,pihak Kementerian Kesihatan menganjurkan Pertandingan Fotografi / Photo Contest sempena Kempen 'TAK NAK MEROKOK'. Tujuannya? Tak lain tak bukan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang 'penyakit' merokok. Almaklumlah,kadang kala kalau kita buat kempen secara isentif besar-besaran pun, belum tentu masyarakat sedar.Kempen itu seakan-akan boneka di mata mereka yang hanya dijadikan alat permainan semata-mata. Justeru, kementerian mengambil inisiatif menggunakan bahan-bahan ilustrasi bergambar untuk mencelikkan lagi mata mereka.
" Sekeping Gambar Mampu Memberi Sejuta Makna"
Apa yang menarik di sini,siapa yang terpilih dalam penyertaan akan diberi hadiah 'Duit Free'. Siapa tak nak duit free, betul tak? Banyak hadiah yang menarik antaranya:
• Grand Price cash-RM 1,000.00
• 2nd Price cash-RM 700.00
• 3rd Price cash-RM 500.00
• 4th Price cash-RM 300
• 5th Price cash-RM 150
• Consolation Price – Voucher Worth RM50.00
• 2nd Price cash-RM 700.00
• 3rd Price cash-RM 500.00
• 4th Price cash-RM 300
• 5th Price cash-RM 150
• Consolation Price – Voucher Worth RM50.00
Menarik bukan? Walaupun kita sibuk mengejar hadiah seperti di atas, apa yang diutamakan adalah mengikhlaskan diri kita untuk membantu masyarakat sekali gus menyedarkan mereka tentang padahnya merokok ini.
Jika anda berminat untuk menyertainya,anda boleh melayari laman web rasmi kempen ini di sini dan laman web nuffnang mengenai iklan ini di sini .
"Saya Nak Menang Pertandingan Ini!"
Di sini, saya pamerkan foto-foto yang sempat saya rakamkan dan apa yang saya harapkan di sini,semoga foto saya ini boleh menyetap hati dan jiwa mereka yang merokok. Seperti yang kita tahu, merokok boleh membunuh diri kita dan orang sekeliling / Smoking kill us and our surrounding. So,let us says 'TAK NAK' towards smoking.
TAJUK FOTO: Masihkah Ada Sinar Buat Si Perokok
TAJUK FOTO: Masihkah Ada Sinar Buat Si Perokok
Setelah sekian lama aku merokok, ada sesetangah orang mencemuhku kerana mulutku berbau,bibir kehitaman,dan asap berkepul-kepul....menyebabkan mereka tidak selesa denganku.
Suatu
hari, aku terdiam kerana benar-benar ingin berhenti merokok,namun
sayang.....sukar untukku menghentikan ketagihanku ini setelah sekian
lama berlubuk ini.
Aku disahkan mengidap sakit jantung. Bila aku merenung ke langit, lalu terdetik
"Masihkah Ada Sinar Buatku?"
TAJUK FOTO: Abah,Berhentilah Merokok...
Rintihan 3 orang anak,"Abah,janganlah merokok lagi,kami sayangkan abah".
0 Perkongsian:
Post a Comment