Post Terbaharu :

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, February 16, 2016

Diet Kalori atau Diet Atkins?

Bismillahirrahmanirrahim,
Cerita bab diet ni, setakat ni saya pernah buat 2 jenis diet. Kali pertama saya buat ialah diet kalori iaitu sekitar tahun 2012-2013. Seriously, saya rasa diet inilah yang paling bersesuaian dengan hidup dan disiplin diri. Pernah dengar juga, ada orang kata "Buatlah diet apa-apa pun, tapi kita tak akan dapat lari dari kalori". Macam betul juga sebab kalori nilah unit tenaga yang kita guna. Apa yang kita makan, masuk keluar badan tulah ada kalorinya baik berkumpul atau terbakar.
Gambar masa tahun 2011. Tembamnya...
Saya amalkan diet ni lebih kurang setahun lebih jugalah. Kebiasaan calories intake untuk perempuan biasa dalam 1600cal. Kalau kurang dari calories intake tu, ia akan jadi difisit kalori. Bila dah  banyak defisit kalori ni terkumpul (tak ingat berapa), maka kuranglah berat badan kita. Saya akan limitkan setiap hari cuma boleh amik dalam 500-700cal. Boleh kata saya sangat obses dengan setiap nilai kalori dalam makanan.  Untuk dapatkan kalori yang rendah, saya akan pilih makanan yang kurang kalorinya. Untuk itu, saya tak amik nasi untuk kurangkan jumlah kalori. Saya tak makan nasi lebih kurang satu tahun. Hampir setiap petang, saya akan pergi berjogging. Kesudahannya saya hilang 15kg dalam masa 5 bulan.
Gambar tahun 2013. Masa tengah susut.
Bila dah susut tu, sebenarnya saya tak perasan pun perubahan fizikal diri saya. Cuma rasa beza pada kelajuan larian jogging sahaja. Bila ada ramai orang yang menegur saya nampak kurus, masa tulah baru nak belek2 gambar lama. Di situlah kita akan nampak perubahan diri. Bila saya dah start makan nasi, berat pun tak terkawal selepas itu. Badan sudah mula naik penghujung tahun 2013.

Diet seterusnya ialah diet Atkins. Kalau di Malaysia, diet ni mula popular sejak kewujudan Group Facebook Kelab Diet Atkin Malaysia (KDA). Disebabkan jumlah komunitinya yang ramai dan ramai sudah berjaya dalam diet ini, saya pun terikut-ikut untuk mencuba nasib iaitu pada tahun 2014. Hampir setiap hari saya sentiasa follow info dan resipi-resipi yang mereka buat. Saya mula buat diet ni masa tengah cuti semester di rumah. Diet ni cepat je prosesnya tapi banyak pantang larangnya. Sesiapa yang duduk di rumah dan pandai memasak, disarankan buat diet ini.

Memanglah Diet Atkins tak guna apa-apa produk, tapi harga nak beli makanannya pun tinggi juga. Kalau student, agak leceh sikit. Makanan di cafe pun agak mahal dan kandungannya pun kita tak berapa pasti. Saya sempat amalkan diet ini selama 3 bulan. Bulan pertama saya turun 8kg. Bulan seterusnya, berat mula statik. Disebabkan susah nak dapatkan sumber makanan yang bukan karbohidrat di universiti ni, maka saya stop. Lagipun, diet inilah buatkan saya asyk sikit-sikit rasa nak cheat day.

Ada lagi satu diet saya pernah buat, "Diet Patah Hati". Hahaha, masa ni tengah patah hati selama 4 bulan. Tak selera makan tapi suka berlari dan berjogging melarikan diri setiap petang. Saya kehilangan 10kg dalam masa 2 bulan. Jangan buat diet ini.

Bagi saya, buatlah diet yang bersesuaian dengan diri kita. Tak semestinya diet itu bagus, dan diet yang ini kurang bagus. Tak mengapa kalau kita tak berjaya buat diet xxx dan yyy. Hidup ini kena ada try dan error kan? Baru kita tahu sesuatu. Paling penting, tengok semula niat kita kenapa nak diet? Kenapa nak turunkan berat badan? Nak cantik? Nak cari jodoh? Nak orang suka kat kita? Nak ringan masa solat? Tajdid niat. By the way, diet ini bukanlah merujuk pada orang gemuk je, tapi semua orang. Diet ialah ubah cara hidup.

Kalau tengok dari penjagaan diri saya ni, saya ni sekejap naik sekejap turun. Kena fokus untuk proses maintain ideal weight. Ada petikan dari Saiful Nang, kenapa dah diet dan senam kaw2 pun still tak slim2?  Ingat,  kita berjaya turunkan berat badan kita sekalipun setelah kita berhempas pulas berusaha, kalau bukan atas izin dari Dia. 

p/s: post kali ini adalah untuk memberi motivasi buat diri sendiri dan nak ambil feel untuk menulis blog semula setelah lama tak update.

Wednesday, August 26, 2015

Tips ICT&Komputer

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini baru saya terfikir nak jadikan blog Lily Insani ini sebahagian dari perkongsian ilmu tentang tips-tips ICT dan pengkomputeran. Ini sejajar dengan status saya sebagai pelajar IT. Tapi perkongsian ini lebih pada apa yang saya alami sahaja. Selainnya boleh dicari di laman web lain. Apa gunanya ada ilmu kalau tidak dikongsikan kan? InshaAllah akan menyusul nanti.

Monday, July 13, 2015

Nak Ikut Kata Hati Atau Perasaan?

Bismillahirrahmanirrahim,

Baru-baru ini, kecoh insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat. Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang hal ini. Entah kebenaran berpihak pada siapa. Macam-macam kronologi cerita keluar. Dalam hal ini, boleh jadi si pembeli rasa tertipu dan ingin ambil hak dia. Lantas, dengan rasa tak puas hati, dia attack semula si penjual. Boleh jadi yang sebaliknya berlaku.

Pernah suatu hari, saya terlalu marah dengan seseorang lalu menyebabkan saya bertindak di luar jangkaan. Apa yang saya buat? Tak perlulah saya ceritakan, sebab saya rasa malu bila terkenangkannya. Ya, kita mungkin mahu menegakkan kebenaran. Tapi harus diingat, matlamat tak menghalalkan cara. Semurni mana pun niat kita kalau caranya salah, ianya tak baik. Lihat sahaja insiden tersebut, kesudahannya rusuhan dan pergaduhan berlaku.

Bila rasa marah atau tak puas hati ni, ianya banyak melibatkan kita punya nafsu dan syahwat. Selama ini saya ingat nafsu dan syahwat ni cuma terhad pada kemahuan dan keinginan seksual sahaja. Rupanya ianya banyak terpalit dengan emosi dan perasaan. Kita selalu je dengar ungkapan,

“Ikut kata hati mati, ikut perasaan badan binasa”

Contoh, macam kita nak buat pilihan, kadang-kadang kita tak tahu samada nak pilih yang itu atau yang ini. Kita berada di dalam dilemma. Semestinya kita mudah dengar kata hati dan perasaan. Hati suruh pilih yang itu, manakala perasaan rasa seronok nak yang ini.  

Sebenarnya kita nak ikut kata hati atau perasaan? Setahu saya, hati inilah raja dalam diri kita. Ia sensor terhebat yang Allah cipta yang bertindak mengawal diri. Tapi kadang-kadang ikut kata hati ni pun macam tak boleh pakai jugak sebab banyak dipengaruhi oleh nafsu dan syahwat. Kalau ikut perasaan pula, macam-macam perasaan pula timbul. Tambah lagi kalau ada si syaitan yang menghairahkan susasana.

Dalam Islam, banyak suruh umatnya jaga hati. Hati ini fitrahnya bersifat sedih dan timbal balik, kita yang kena bijak kawal ia. Ada doa yang selalu kita baca iaitu mohon ketetapan hati.

Hasil perkongsian daripada seorang sahabat, sebenarnya kita boleh dengar kata hati, tetapi harus letak akal rasional dalam membuat pilihan dan tindakan. Yup, itulah yang membezakan kita dengan haiwan. Dalam mengejar keinginan kita, kita lupa yang kita ada akal untuk berfikir.

Contoh macam insiden ini, mungkin dengan berfikir, kita boleh fikir,

“Apa yang akan berlaku kalau aku buat macam itu?
Apa aku akan rugi atau bahaya?”

Contoh lain, haritu saya ada beli controller XBOX dek kerana teruja dengan design dia. Kesudahannya, ia terbiar di dalam almari macam tu sahaja. Sepertinya membazir. Jika saya fikir sebelum beli dahulu, mungkin saya akan kata,

“Apa aku akan guna atau tidak?
Apa semua game compatible dengan controller ni?
Apa duit aku cukup untuk beli keperluan yang lain?”

Berfikir sebelum bertindak. Kita akan letak rasional dalam suatu situasi, dan kita akan tahu ‘cause and effect’ jika ia berlaku. Bukan buat ‘try and error’. Kalau ikut hati dan perasaan sahaja, memang perasaan negatif banyak dominasi nanti. Kalau masih rasa buntu juga, kita boleh buat solat istikharah. InshaAllah dengan solat ini, gerak hati itu Allah yang pandu.

Wallahualam.

Wednesday, January 21, 2015

Terlalu Menjadi Pengguna

Bismillahirrahmanirrahim,
Kadang-kadang, bila berjalan-jalan di shopping mall sambil melihat kedai, terutamanya kedai pakaian, saya terdetik "Agaknya bilalah baju-baju ni diorang nak habis jual?".

Bagiku, kalau kita masih ada barang yang masih boleh dipakai lagi, gunakanlah se-optimum mungkin. Bila sudah tak boleh digunakan lagi, barulah beli yang baharu.  Jangan terlalu membazir. Kita ni memang pantang kalau nampak benda yang baharu dan indah. 

Paling tidak pun, barang-barang lama jual atau sedekahkan kepada mereka yang memerlukan. :-)

Thursday, August 7, 2014

Amalan 3K

Bismillahirrahmanirrahim,
Kalau diikutkan hati, memang ada macam-macam benda yang saya nak beli buat masa sekarang. Lagi-lagi dah ada duit raya ni, ada macam-macam yang saya senaraikan dalam wishlist. Bila difikirkan semula, saya ni banyak nafsu ke? Banyak betul nak beli. 

Bila ada sesuatu benda yang kita nak beli, ada 3K yang perlu kita titik beratkan mengikut prioriti iaitu:
1. Keperluan
2. Kemahuan
3. Kemampuan

Sebagai contoh:
Keperluan

Kemahuan
Kemampuan

Utamakan KEPERLUAN>KEMAMPUAN>KEMAHUAN
Kalau dah nama pun perempuan, maka berduyun-duyunlah benda nak beli. Tak dinafikan ada segelintir lelaki pun nak ber-shopping sakan. Jadi, dengan amalan 3K ni boleh kita jadikan sebagai panduan untuk kita fikir sebelum membeli. Ikut hati mati. Ikut nafsu binasa.

Bagi saya, sebenarnya kita boleh je ikut kemahuan asalkan memang kita betul-betul mampu. Selain itu juga, kemahuan itu kita boleh capai tapi cuma memerlukan masa. Contohnya, kita nak sangat iPhone5. Kita buat kerja sambilan selama lima bulan untuk kumpul duit. Kemudian, barulah kita beli iPhone tu. Semuanya perlukan masa. Tapi feeling nya akan jadi lain sedikit berbanding waktu kita betul-betul idamkan masa awal-awal.



Firman Allah S.W.T. maksudnya : 
"....,makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan."
(Surah Al-A'raf ayat 31)


Saturday, March 15, 2014

Badutkah Aku?

Bismillahirrahmanirrahim,
Hari khamis yang lepas, saya dan sahabat, Adilah ditugaskan untuk buat sesi perbentangan(presentation) tentang isu semasa berkaitan 'security'. Ini bagi melengkapi assignment bagi subjek Information Security.

Adilah mencadangkan pada saya untuk membentangkan topik berkaitan 'Cycberstalking'. Bunyinya memang menarik. Tambah, itu kali pertama saya mendengarnya. Lagi-lagi ada terma 'stalking' ni. Huhu.

Cuma, kami tak buat persediaan yang banyak. Petang decide tajuk, esoknya sudah kena present. Saya memang takde masalah untuk buat presentation. Malah saya suka. 

Semasa sesi pembentangan...

Cyberstalking ini sebenarnya lebih teruk daripada stalking yang biasa-biasa kita buat di laman sosial tu. Sebab motifnya lebih kepada ancaman pada seseorang. Saya banyak buat analogi tentang 'cinta'  dan obsesif dalam pembentangan ini. Satu kelas termasuk pensyarah tak sudah-sudah asyik gelakkan gelagat saya bercakap di hadapan kelas sepanjang sesi itu.

Selepas sesi pembentangan...

Kawan-kawan menyapa,
"...Lily...lawaklah tadi..."

"...Lily...terbaiklah tadi..."
"...Lily...best giler lily present tadi, 
kalau tak satu kelas senyap je..."
"...Lily...memang ada ciri sebagai pelawaklah..."


Saya pun pelik. Saya ni lawak sangatkah? Atau saya ini memang 'badut'?
Padahal bukan sebagus manapun presentation saya tadi. Tapi memang, kebanyakkan sesi presentation sebelum2 ini, memang orang lain akan tergelakkan saya. 

Cuma apa yang saya pastikan, setiap kali kita buat presentation, usah jadi typical seperti kebanyakan orang lain buat.
Apa yang perlu buat semasa sesi pembentangan? 
Di sini saya kongsikan tips daripada senior trainer saya:

1. Semasa permulaan, perkenalkan diri dan ahli yang lain. Nyatakan part apa yang anda akan bentangkan dan part apa ahli yang lain bentangkan. Jangan hanya perkenalkan nama sahaja. Contoh, "Assalamualaikum w.b.t...bla..bla...kami akan bentangkan topik berkaitan bla..bla""Sebelum itu, saya Lily, dalam topik ini saya akan kongsikan tentang...bla..bla.., seterusnya Adilah akan mengulas tentang bla..bla.."

2. Banyakkan interaksi dengan audiens. Kita boleh bertanyakan soalan pada mereka. Contohnya pada awal, "Pernah tak anda semua dengar tentang Cyberstalking ini?"

3. Banyakkan buat perumpamaan. Lagi-lagi kalau buat cerita mengenai 'cinta' atau 'kahwin'. Memang semua orang suke punya lah. Banyakkan bercerita. Tapi biarlah watak dalam cerita itu melibatkan presenter dan audiens. Contohnya, presenter jadi Cyberstalker, si audien menjadi mangsa cyberstalking.

4. Balance-kan bahasa badan. Saya kerap pergi ke bahagian tengah, dan banyak gerakkan gerakan jari. Umpama seperti seseorang yang tengah memukau orang. Jangan berdiri statik. Mata kena tengok semua orang, bukan pada lecturer sahaja.

5. Buatlah lawak...(bergantung pada jenis audiens/majlis).

6. Pastikan juga, slide yang kita gunakan mengikut 'hukum' presentation di mana warna latar slide haruslah sama dengan warna layar yang digunakan. Contoh, papan layar kebiasaanya berwarna putih, jadi dalam slide power point warna background nya kenalah berwarna cerah atau sama dengannya. 
Gambar sekadar hiasan, Saya berharap suatu hari nanti, tercapailah impian nak jadi seorang tutor /lecturer mahupun profesional yang ada nilai agamanya, suatu hari nanti. InshaAllah.

Apa yang saya kongsikan cumalah apa yang saya selalu amalkan. Banyak lagi perkongsian yang bermakna yang dikongsikan oleh mereka yang hebat-hebat. Semoga ianya mendatangkan makna buat anda semua. :-)

Saturday, January 18, 2014

Cara Panjangkan Masa

Bismillahirrahmanirrahim,
Lagi 2 minggu sahaja, cuti inter-semester bakal berakhir. Rasa sepertinya tidak puas dengan masa cuti-cuti yang ada kan?
Jadi macamana cara nak panjangkan masa ni?

Bagi saya, ada 3 cara:
1. Selalu buat perhitungan masa.
2. Mendahulukan, me-maksimum dan optimize-kan masa dengan semua kerja yang ada dan kerja yang berfaedah.
3. Solat di awal waktu.

Saya rasa no 3 tu lebih berkesan. Secara automatiknya kita akan rasa masa itu terlalu panjang. Sebab kita tidak akan rasa terikat dengan cemburunya sang masa. :-D

1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.
~Surah Al Asr,103: 1-4~


SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN.





Tuesday, September 3, 2013

Ayam Goreng Berempah

Bismillahirrahmanirrahim,
Sebenarnya saya semakin xde idea nak tulis apa dalam blog ini. Banyak output keluar berbanding input dalaman diri ini. Tapi inshaAllah lah naik sem baru nanti, ada juga benda terisi.

Alhamdulillah, semalam saya try masak ayam goreng berempah. Dengar macam complicated nak rempah-rempah bagai. Rupa-rupanya xdelah serumit yang disangka. Ini pun dapat resepi daripada kawan rapat. Kalau tengok dalam internet, kebanyakan resepinya berlainan dan complicated. Eloklah perempuan belajar memasak kan.

Saya sememangnya bukanlah seorang yang gemar memasak. Makan je tahunya. Sejak masuk asrama semasa sekolah menengah dulu, lagilah masa kita terhad di rumah. Lepas SPM, cuti beberapa bulan itulah saya rajin-rajinkan diri untuk memasak. Tapi x selama mana, saya pun terus melanjutkan pelajaran di UIA PJ. Mana ada masa sangatkan nak masak-masak ni? Sekarang ini pun saya lebih suka spend masa depan laptop, main video game. Tapi semakin lama, saya fikir ianya semakin lagha.

Memandangkan umur semakin menginjak dewasa [ dewasa ke??], nak xnak kita lah rajin-rajin memasak. Ye lah...perkara ini boleh dikatakan satu kemahiran yang penting. Lagi-lagi nanti nak jadi bini&emak orang. 

So far alhamdulillah, cuti semester 5 bulan ini, macam-macam resepi yang pelajari. InshaAllah, dari semasa ke semasa, banyak benda lagi saya akan belajar. Biarlah permulaan itu sedikit, asalkan istiqamah.

=============================================================

Inilah cara mudah untuk masak ayam goreng berempah:

Bahan-bahan diperlukan:
ayam
serai
halia
garam
serbuk cili
serbuk kari
daun kari

Dah itu je pun...

Cara-cara memasak:
1. Kisar serai (5/6 batang) dan halia.
2. Selepas itu, gaulkan ayam dengan serbuk kari dan serbuk cili.
3. Campurkan bahan yang dikisar dengan ayam yang sudah digaul dan campurkan sedikit garam.
4. Perapkan ayam yang digaul itu selama 30minit.
5. Goreng ayam tersebut dan campurkan daun kari.

Siap...

Mak kata rasanya macam makan nasi kandar. Alhamdulillah...yang penting kita buat keluarga kita suka :-)




Saturday, July 20, 2013

Tips Awet Muda

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari kesebelas kita berpuasa. Ini bermakna sudah 11 hari saya berkerja di bazaar Ramadan di Putrajaya ni. 

Sepanjang berkerja  di sini, saya hairan sungguh melihat wajah rakan sekerja ni. Mukanya cukup muda sedangkan umurnya sudah pun 'lanjut'. Antara tips yang dia kongsikan utk awet muda ialah:


1. sentiasa senyum
2. kurangkan minum minuman berais
3. sebelum tidur, maafkan segala kesalahan orang lain, lagi2 bulan puasa ni.


Salam Ramadan :-D

Friday, May 24, 2013

3 Bungkusan

Bismillahirrahmanirrahim,
Tajuk entri kali ini bukan membawa maksud seperti filem 7 Petala Cinta atau lagu 3 Kata. Ianya sekadar coretan apa yang saya alami minggu ini.

Alhamdulillah...
minggu ni saya terima 3 bungkusan barang. Ada yang daripada oversea dan ada juga dari dalam negara. Saya tak expect pun dapat bungkusan yang boleh dikatakan banyak. Lagi2 barang dari oversea, masa penghantarannya cukup lah lama. Tapi memang begitulah adat pos2 barang ini. Kita banyak menghitung hari dan masa. 

                                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Yang ini hadiah sport mp3 yang saya dapat melalui contest 'Like, Share & Win' dekat Page FB. Barang ini dari China. Dekat 3 bulan jugak lah nak dapat barang ni. Benar orang kata, 'Penantian Itu Satu Penyeksaan'. Risau juga lah takut barang tu rosak sepanjang penghantarannya ke Malaysia. Tapi tak pelah, lagipun ini barang Free. 
Pihak pos China memang dah maklumkan, urusan pengeposan di sana memang kurang memuaskan. Jadi penerima bungkusan perlu bersabar...
Saya guna alamat Mahallah. Saje nak test cara untuk tuntut barang pos masa kat universiti. Tapi masalahnya, kadang-kadang tu pihak Mahallah Office lambat nak update barang pos yang sampai kat Mahallah. Contohnya, barang sampai hari Jumaat. Hari Selasa minggu depan baru mereka hebahkan. Hmm...mungkin mereka ada perkara lain nak selesaikan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Yang ini pula bungkusan dari Malaysia je. Saya beli topeng Anonymous dengan student UM. Dapat hari Rabu lepas. Saya guna alamat tempat kerja ayah. Tak tentu pasal staf2 pejabat ayah tanya ayah beli topeng Ultraman ke? Huhu.
Ikuti review topeng ini di sini.
                                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Memandangkan study week ini membuatkan saya stress dan tension, jadi saya pulanglah ke rumah.Sampai je kat rumah, tengok ada bungkusan kat atas meja tertera nama saya. Alhamdulillah barang yang saya tempah dari oversea pun dah sampai kat rumah. Barang ini saya tempah 2 bulan yang lepas.

#Coretan

Monday, May 20, 2013

Tips Nak Exam

Bismillahirrahmanirrahim,
Di sini saya catatkan serba sedikit perkongsian tentang perkara yang perlu diteliti ketika dekat2 exam daripada senior UIA, iaitu Kak Wan Amirah. Lagi-lagi sekarang ni musim study week. Eloklah untuk di 'mind setting' dan diamalkan.


-----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt. 
perkara yang kita perlu jaga saat2 nak exam ini ialah
(yg ana dapat dari seorang ilmuan)

1)Jaga Hubungan dengan Allah
~solat biar awal waktu dan
~berjemaah

2)Jaga Hubungan dengan Ibu dan Ayah
~kalau sebelum ni call ibu dan ayah seminggu sekali,
untuk saat macam ni,tukar, cuba call ibu dan ayah hari-hari.

Call cakap "rindu kat mama/umi/ibu/ayah/abah" pun dah cukup.
Biar kita dapat reda mereka dan semestinya objektif paling besar
ialah dapat reda Allah yang satu.

3)Jaga Pemakanan.
~Makan makanan yang berkhasiat.

***boleh teruskan praktis benda ni pada waktu2 bukan nak exam jugak.

nway, nak tambah sikit dari pesanan2 di atas, ialah

4) Jangan skip baca Al quran.

cuba tengok gambar kat bawah ni, dan muhasabah, tebal ke al quran?
berbanding buku2 teks kita yang lain?

kalau kita boleh katamkan buku teks kita untuk setiap satu sem, nape kita x boleh nak katamkan alquran kita setiap satu sem jugak... (atau kalau lagi bagus sebulan sekali..)

ana ingat lagi pesanan dari Dr Farhan Hadi dlm novel CInta High Class,
beliau ada pesan, bahawa,

kalau baca al quran ni waktu akan lebih berkualiti.
apa yang kita baca akan mudah ingat dan faham.
kerana hikmah dari bacaan alquran itu sendiri. kita akan dapat keberkatan waktu.

**tapi, jgn sekadar baca alquran kerana nk dapat keberkatan waktu, sbb,
byk lagi manfaaat lain yg boleh d dapati dgn baca al quran.

dan kata-kata dari Sir Salah,
lagi banyak kita baca quran, hati kita akan makin bersinar.
lagi banyak kita follow sunnah, lagi kita sayang pada junjungan kita, Nabi Muhammad saw.

rasanya itu saja,

sekadar perkongsian, dan pesanan untuk diri ana sendiri,
yang sinonim dengan sifat pelupa, kerana ana juga seorang insan biasa.

Dan Kami akan memudahkan kepadamu jalan kemudahan (mencapai kebahagiaan dunia & akhirat),
oleh sebab itu berikanlah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat,
orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran,
dan orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya,
(yaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka),
selanjutnya dia d sana tidak mati dan tidak (pula) hidup.

(Al-A'la 8~13)

sekian. terima kasih.



-----------------------------------------------------------------------------------------

Gambar ni tiada kena mengena pun :-P. 
Cuma saya rasa agak bosan waktu study week ini. 
Adakah saya masih bebal untuk mengisi perkara berfaedah? 
Semoga tips2 yang dikongsikan oleh senior di atas ini dapat 
saya amalkan dan manfaatkan sebaik mungkin.

Monday, April 8, 2013

2 Dalam 1

Bismillahirrahmanirrahim,
Saya ditugaskan untuk buat poster Mahabbah In Langkawi untuk ICTSS. Tapi yang menjadi masalahnya saya masih tak dapat2 idea nak reka bentuk poster ini dek terkenang paper exam Accounting hari itu (klik sini). Malam tu saya betul2 rasa frust.Sakit kepala dibuatnya.

Tiba-tiba saya tergerak pasang lagu alunan zikir oleh Ustaz Zulkarnain yang bersuara mendayu tu. Tenang je rasanya. Dan 'tiba-tiba' itulah! Dengan MISTERINYA Allah bagi saya ilham dan idea nak reka poster tu. Agaknya berkat alunan zikir tu.Alhamdulillah!! Syukurnya....

Bukan senang tau nak design2 poster ni. Yang simple pun dah payah apatah lagi nak buat yang comlicated. Kita kena fikirkan banyak kreterianya, nak memuaskan hati semua orang dan paling penting sejauh mana ianya boleh tarik perhatian umum untuk disampaikan mesej dalam poster tersebut.

Bismillah...Tadaaa! Inilah hasilnya....Buat simple2 je pun.
Malam tu juga, junior saya, Fatimah Az Zahra yang merupakan partner jurugambar saya datang bilik minta tolong saya guide dia buat poster untuk assignment. Adooiii. Mau tak peningnya. Saya betul2 dah kering idea,inikan orang lain minta tolong buatkan. 2 poster dibuat dalam masa 1 hari.

Memandangkan Fatimah ini memang master bab2 seni fotografi, jadi serba banyak dia banyak beri idea dan konsep poster yang nak direka itu. Saya cuma tolong2 dia transfer idea dia tu dalam photoshop.
DAN....INILAH HASIL KOLABRASI MANIPULASI KAMI....BERKKONSEPKAN VINTAGE.



Syukur Ya Allah, Engkau beri kelebihan ini kepada kami walaupun masih diperingkat permulaan. InshaAllah kami akan manfaatkannya sebaik mungkin dan mempertingkatnya lagi khususnya untuk MENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN AGAMA DAN BANGSA SENDIRI :-) .

Sunday, March 24, 2013

Meng'islam'kan Sang Avatar

Bismillahirrahmanirrahim,
Sebelum ini saya teringin nak cipta Avatar sendiri. Avatar ni kiranya macam anda nak buat profil picture dalam bentuk animasi. Tapi memandangkan kebanyakan website yang menawarkan kita avatar secara percuma dibangunkan oleh syarikat barat, saya terpaksalah 'modify' sikit avatar yang sedia ada.
Harap2 selepas ini, ada syarikat yang menawarkan avatar berbentuk islamik sikit. Baru lah masyarakat dunia pandang islam ini bukan lah agama yang ketinggalan arus zaman, tapi sebuah agama yang universal dan fleksibel gitu. 

Manalah tahu, kalau ramai create avatar islamik ini boleh menarik minat mereka yang tak bertudung, akhirnya bertudung...mereka yang suka post gambar 'duck face' tu, akhirnya just letak gambar cartoon avatar islamik. 

-SALAM CUTI MID BREAK UIAM-


Friday, March 15, 2013

Dulu & Sekarang

Bismillahirrahmanirrahim,
Sebenarnya sem ni, saya agak pelik dengan sapaan dan teguran daripada berpuluh2 kawan. Ramai cakap saya sudah kurus. Huhu pelik memang pelik. Saya rasa diri ini sama sahaja dengan sebelum2 ini. Saya sendiri tak terfikir macamtu malah semakin rimas bila hampir setiap hari ada orang tegur macamtu. Terfikir mereka ini perli diriku ke? Husnu zon.... 
Padahal di sini hampir setiap malam saya makan 'choki-choki'. 

Kalau diikutkan, memang saya dah kehilangan berat sebanyak 13kg sejak berada di UIA Gombak ini. Macamana boleh sampai macamtu? InshaAllah nanti saya kongsikan pengalaman dan tips berguna pada entri 'Diari 13Kg' akan datang ini.

Gambar di bawah ini adalah gambar ketika saya berada di UIA PJ. Yang lagi satu gambar di UIA Gombak baru-baru ini. 


Mungkin di zaman CFS, mungkin diriku diuji dengan nikmat kesenangan,
Mungkin ketika itu kita jadi insan yang kurang besyukur.
Bila sudah nampak 'kesannya', kita herdik lagi nikmat yang Allah bagi.



Wednesday, January 30, 2013

Ana.Saya.Kite & Aku

Bismillahirrahmanirrahim,
Ana/ Saya/ Kite/ Aku

Semua perkataan di atas mempunyai makna yang sama. Bagi saya, penggunaan perkataan tersebut berbeza mengikut kesesuaian situasi yang kita alami. 

Ana
Perkataan ini selalunya digunakan oleh para muslimin & muslimah terutamanya dalam penulisan blog, ruangan komen ataupun perbualan bersama sahabat-sahabat. Istilah ini datangnya daripada perkataan Arab. Sahabat saya sendiri kata kalau guna perkataan ini nampak lebih sopan dan 'alim' gitu. Yang selalu kita dengar 'Ana-Ente' & 'Ana-Enti' (Saya-Awak). 

Masa blog saya ditubuhkan sekitar tahun 2009 yang lalu, saya menggunakan istilah 'Ana' dalam blog ini. Masa tu rasa macam baik sangat :-P .  Tapi saya fikir, lebih molek saya menggunakan istilah 'saya' supaya lebih dekat dengan pembaca. Kalau menggunakan 'Ana', nanti ada yang cop saya 'Ustazah' yang segan untuk didekati.  Jadi, saya renew semula blog ini.


Saya
Orang kata guna istilah ini pula macam 'skema' & nerd. Saya tak peduli pun apa orang nak kata. Yang penting apa yang yang kita nak sampaikan tu sampai kepada pembaca. Terma ini  menunjukkan kita ni hormat kepada orang lain.


Kite (Kita)
Bagi saya la kan, 'kite' ni selalunya digunakan oleh orang yang 'baik' atau 'manja'. Masa zaman sekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 2, saya membahaskan diri saya sebagai 'kite' semasa berbual dengan kawan-kawan. Bukan nak kata saya ini seorang yang baik. Iyelah kan, zaman kecik-kecik kan zaman innoncent.  Selepas tingkatan 2, saya membahaskan diri menggunakan nama hinggalah sekarang.


Nama
"Hajar, Hajar tengah buat apa tu?
Boleh tak Lily nak tolong sekali..."

Saya lebih selesa membahaskan diri menggunakan nama. Saya fikir menggunakan nama ni menjadikan kita lebih mesra dengan seseorang. Namun, istilah ini bukanlah semua situasi sesuai untuk digunakan. Nanti orang kata macam 'gedik' pulak. Ianya lebih sesuai digunakan sesama keluarga dan sahabat rapat.


Aku
Seriously, saya tidak pernah membahaskan diri saya sebagai 'aku' walaupun dengan kawan2. Tak tahu lah kenapa. Saya hanya menggunakan istilah ini hanya antara saya dengan Tuhan sahaja. Kalau waktu berdoa tu, istilah ini secara automatiknya menjadikan saya rasa diri ini hina sangat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, terpulang pada diri kita nak bahaskan diri macamana tetapi perlulah ikut kesesuaian keadaan. Tak kanlah dengan orang tua kita nak guna 'Aku-Kau' ? Yang penting prinsip 'Hablu Mi annas' (Berbaik Sesama Manusia) itu diamalkan dalam kehidupan seharian. Nak tahu jiwa kita ni macamana? Lihatlah cara kita perkatakan. Sesungguhnya,
                        " Bahasa itu lambang jiwa kita "

Friday, January 25, 2013

Tumblr: Nak ke Tak Nak?

Bismillahirrahmanirrahim,
'Tumblr'
Saya mula mengenali perkataan ini sekitar awal tahun 2012. Nak menyebut perkataan ini pun payah. Saya hanya menyebut "tumb" sahaja. Setelah diajar oleh classmate, baru saya tahu cara nak menyebutnya, "Temblerer".
Kalau anda semua nak tahu (rasanya ramai yang dah tahu ni), tumblr ini merupakan satu platform untuk berblogging secara ringkas. Kita boleh post apa-apa teks,gambar,video,quotes dan audio.

Ramai juga kawan-kawan saya yang dah ada akaun tumblr ni. Saya lihat platform ni agak menarik dan rasa terdetik nak buat untuk diri sendiri. So, "Nak ke Tak Nak?" menjadi persoalan saya sekarang ini. Saya nak jadikan medium tumblr sebagai medan dakwah memandangkan saya suka mengambil gambar dan menghasilkan seni yang diselitkan dengan hikmah. 

Manusia sekarang ni ada sesetengahnya yang dah boring dengan penyampaian dakwah melalui ceramah ataupun buku. Almaklumlah di zaman kecanggihan teknologi inilah kita kena bantu misi dakwah Rasulullah. Sesuai sangatlah sekarang ini lagi-lagi zaman wifi,unifi dan broadband semakin maju dan manusia pun asyik melekat menghadap laptop ataupun tab.

Jadi saya fikir biarlah kita fokus sepenuh-penuhnya terhadap satu perkara dahulu. Cukuplah saya dah ada akaun 2 blog, facebook, twitter, dan flickr buat masa sekarang ini. Takut-takut nanti tak terurus pulak akaun yang lain-lain. Apa gunanya kalau ada banyak platform tapi kita tidak gunakan semaksimum mungkin. :-) Salam Maulidur Rasul.



Sunday, January 13, 2013

'Masa-Masa' Yang Ada Semasa Cuti Semester

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, khamis yang lalu menjadi hari-hari tekahir bertapa di UIA setelah bertarung selama 1 semester di sana. Bila dah pulang ke rumah, saya masih terfikir-fikir lagi, apa aktiviti yang menarik yang dapat saya manfaatkan sepanjang cuti semester ini? Yang hanya di kepala cuma nak main GAME! UIA hanya beri kami cuti selama 3 minggu sahaja berbanding IPT lain yang bercuti 4-5 minggu. Kami redha sahaja memandangkan selama ini memang UIA tak suka beri cuti lama-lama. Takut-takut kami lagha gitu.

Saya tertarik dengan status seorang sahabat di FB yang sempat di quoted,

" pernahkah korang merasakan masa cepat berlalu? contohnya seperti Cuti semester atau semester kuliah? ada kajian mengatakan kanak2 berusia 2-6 tahun merasakan masa usia mereka sangat lama tetapi masa itu semakin singkat apabila meningkat dewasa. ini dikaitkan dgn pengalaman. kanak2 usia 1-6 menimba lebih banyak pengalaman dimana mereka mula belajar berjalan, mengenal warna, mengenal rakan, mengenal bahaya, merasa pelbagai jenis makanan, mengenal huruf dan lain2".

"kita dah meningkat usia semakin kurang pengalaman ditimba, itu membuatkan kita merasakan masa cepat berlalu sebab kita tak banyak berbuat apa2 dan tiada pengalaman baru, cth seperti kerap tidur semasa cuti semester,ia membuatkan korg rasa cuti semester cepat sangat habis. jadi jgn biarkan masa kita terbuang begitu shj, jadi cuba timba pengalaman sebaik mungkin, tingkatkan aktiviti harian dan nikmati setiap detik usia korang".

"btw aku rase... cepatnya 2012 berlalu. sebab apa? fikirkan".
-Asyraf Ikhwan- 


Delima pelajar sekarang mungkin lebih banyak menghabiskan masa-masanya di atas katilMungkin waktu cuti inilah, satu-satunya masa yang boleh membantu keluarga di rumah. Pamerkan kerajinan kita. Pamerkan kesungguhan kita. Baru lah mak ayah yakin kita boleh berumahtangga suatu hari nanti, :-P .

Jadi,kalau tak mahu di akhir cuti nanti kita kata "Ala, cuti dah habis ke? Sekejapnya..." , rancang perjalanan sebelum ke destinasi.


" Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, 
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran 
serta berpesan-pesan dengan sabar".
Surah Al Asr,1-3.