Post Terbaharu :

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Baucer Buku RM250

Bismillahirrahmanirrahim,
Berduyun-duyun pelajar tahun pertama & kedua UIA beratur di dewan CAC untuk mengambil baucer buku isnin lepas. Saya menunggu hampir dekat 2jam. Ye lah kan, sem baru banyak nak beli buku teks. Kalau di sekolah dahulu, kita ada skim pinjaman buku teks. Tapi bila dah berada di zaman IPT, buku kena beli sendiri. Kalau harga RM15-RM30 tak jadi masalah. Tapi harga buku yang diperlukan sekitar RM70-RM150 !.

Apa yg diharapkan:

Semoga kerajaan Malaysia ikhlas dalam membantu rakyat, 
BUKAN hanya untuk memancing undi sahaja,

Semoga pelajar bersyukur &
 tahu manfaatkan peluang yg ada, 
BUKAN tahunya mengutuk sahaja....

Saturday, May 26, 2012

Fahami LYNAS

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, pagi tadi saya bersama keluarga berkesempatan menghadiri ceramah mengenai LYNAS-Bicara Pakar Nadir Bumi anjuran KPT yang berlangsung di UTHM.

Sebelum ini saya tidak banyak mengikuti perkembangan mengenai isu LYNAS ini. Apa yang saya tahu lebih kurang 3 bulan lalu, wujudnya Himpunan Hijau dek membantah pembinaan kilang LYNAS yang berada di Kuantan yang boleh membahayakan kesihatan dan keselataman penduduk Malaysia. 

Sebenarnya, terlampau banyak 'fatwa-fatwa' yang mengatakan LYNAS ini amatlah merbahaya. Sepanjang sesi ceramah tersebut, ianya sedikit sebanyak membuka mata dan minda saya melihat sejauh mana keberkesanan LYNAS ini yang selama ini saya berfikrah LYNAS MEMANG BAHAYA! 
Saya suka dengan sikap penceramah,Prof Badrul Hisyam daripada Universiti Malaysia Pahang yang berkongsi ilmu tanpa mengira latar belakang ataupun tidak meletakkan unsur politik dalam ceramahnya.

Jom, di sini saya kongsikan info ringkas yang mudah difahami mengenai LYNAS. Saya harap pembaca fahami dulu dan celik tentang objektif dan impak penubuhan LYNAS ini. Malas lah nak tulis panjang-panjang.
1.Apa itu LYNAS?
Merupakan kilang pengeluaran nadir bumi yang terletak di GebengKuantanPahang. Kilang ini milik syarikat Australia.

2.Kenapa pilih Malaysia sebagai lokasi kilang?
Sebab kedudukan Malaysia yang ada kat Kuantan tu sangat strategik. Mereka (Australians) percaya kat Malaysia ramai rakyat memerlukan pekerjaan.

3.Apa pula dikatakan nadir bumi tu?
Nadir bumi adalah sejenis bahan kimia. Biasanya bahan ini diaplikasikan dalam pembuatan pelbagai barang. Antaranya seperti barang elektronik,kenderaan,bahan gunaan harian dan sebagainya.

4.Penting ke nadir bumi ini?
Penting, kalau x alat seperti televisyen, IPhone, dan handphone anda tidak akan berfungsi :-D

5.Selain LYNAS (Australia), negara mana yang ada sumber nadir bumi ni?
Negara yang banyak sumber kimia ini ialah China. Kat Malaysia hanya dalam 0.03% sahaja.

6.Kenapa isu LYNAS ini dibangkitkan?
Adanya aduan mengatakan projek LYNAS ini menghasilkan bahan kimia yang merbahaya kepada penduduk disekelilingnya. Terutamanya kesan pembiasan radiasi.

7.Betul ke Projek LYNAS ini memang bahaya?
Impaknya tidak besar. Kerana LYNAS bukan NUCLEAR POWER PLANT BUT TYPICAL CHEMICAL PLANTIroninya, bahan nadir bumi ini digambarkan sebagai 4kg paket tepung. Kemudian anda hirup menggunakan hidup dan ianya akan menyebabkan kanser untuk 20-30 tahun akan datang. Adakah kita sanggup menghirup tepung?  -kajian saintifik

8.Betul ke Projek LYNAS ini menghasilkan radiasi yang tinggi?
Pengguna Iphone/Smartphone yang lebih berpotensi mendapat kesan radiasi tinggi.
Berdasarkan RIA, kajian keselamatan dan kesihatan telahpun dijalankan di LYNAS ini. Tiada laporan lagi mengatakan manusia mati disebabkan radiasi.

9.Apa faedahnya LYNAS terhadap Malaysia? 
Menyemak je? Tidak. 
Ianya memberi peluang pekerjaan tetap kepada rakyat iaitu hanya sebanyak 350 kekosongan. Dalam masa yang sama, ia dijadikan pusat penyelidikan disamping membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam industri kimia dan menumbuhkan lagi ekonomi Malaysia.

10.Siapa yang boleh isi jawatan dalam LYNAS ini? Gaji sebulan berapa?
Mereka yang layak dengan syarat-syaratnya. Gaji dalam RM4000 ke atas.

11.Adakah projek LYNAS ini diteruskan?
Ya.

Segala fakta dan maklumat di atas merupakan catatan ringkas saya dalam ceramah tersebut. Sekiranya terdapatnya kekurangan/kecacatan fakta,mohon dapat diperbetulkan. Post ini ditujukan buat sahabat-sabahat UIA yang bakal menjejak kaki ke kampus UIA Kuantan dan juga penduduk di sana. Saya harap ianya serba sedikit dapat membuka minda anda. Saya bukanlah pelajar jurusan Kimia. Jika anda kurang yakin dengan info saya ini, anda boleh rujuk maklumat sains yang lebih tepat dan terperinci. :-)

Ketuk-Ketuk Hati:
Janganlah dikaitkan sepenuhnya isu LYNAS dengan politik dan kelemahan undang-undang Malaysia. Berfikrahlah secara kehadapan dan tidak meletakkan satu sudut sahaja. Jika ianya dikatakan agenda satu pihak untuk menang, ubahlah pandangan. Yang benar tetap benar. LYNAS bukanlah agen politik.






Wednesday, May 23, 2012

Debat PTPTN

Bismillahirrahmanirrahim,
Pastinya jutaan mahasiswa-mahasiswa seluruh Malaysia semalam menyaksikan perdebatan hebat antara Ketua Pemuda UMNO,YB Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli mengenai isu pemansuhan PTPTN dan hala tuju pendidikan tinggi baik bersiaran di ASTRO Awani mahupun dicorong radio dan juga dilaman sesawang Youtube.
Di akhir perdebatan tersebut,tiadanya adengan penonton yang 'angkat kerusi' , ini bermakna rakyat sudah matang dan bertamadun dalam menilai dan menerima sesuatu itu. Yeke?
Tepat pada jam 10 malam tadi, muka saya sudah pun terpampang di hadapan televisyen sambil membawa nota dan pen untuk disalin segala isi yang dapat dikongsikan bersama.

Jika dilihat dalam debat ini,kedua-dua pedebat dilabelkan sebagai 'Akauntan', kebanyakan hujah yang dikeutarakan bersangkut paut pada ekonomi negara. Seperti maklum, negara berhadapan dengan hutang yang banyak oleh pelajar yang masih belum melunaskan hutang ptptn . . .
Namun, apa yang lebih mengelirukan adalah, kedua-dua pedebat ini,masing-masing mengeluarkan angka yang berbeza. Di pihak Rafizi, keluarnya nombor 0 manakala dipihak Khairy pula bernombor 1. Yang mana satu yang sebetulnya? Bukankah ianya mengelirukan rakyat?

Antara ungkapan yang saya dapat kongsikan di sini:
Rafizi -
*"Nk seribu daya,xnak seribu dalih"
*"kalau ragu2 dgn kemampuan nk hapuskan PTPTN ini, tunjukkan bagaimana nk berhadapan dgn hutang2 pelajar ni"

Khairy -
*"jgn buat perbandingan antara Apple dengan Rambutan"
*"Jika dikatakan KEADILAN, hapuskan semua pinjaman PTPTN,MARA dan sbgainya"
*pelajar haruslah buat pelaburan 20% untuk pelajaran demi mendapatkan masa hadapan yang cerah"

Ketuk-Ketuk Hati:
Bukan mahu menjadi pro mana-mana parti, bagi saya buatlah langkah yang pragmatik,realistik dan konkrit tentang masa hadapan pelajar ini dan bagi saya pendidikan percuma tidak relevan dgn MENTALITI pelajar sekarang, cukuplah setakat ni hapuskan cukai ptptn tu dulu

Benarkah DEBAT PTPTN tu semata-mata nak menunjukkan kematangan seseorang sebagai calon kerusi menjelang PRU 13 nanti?
~Berdebatlah untuk mencari KEBENARAN bukannya KEMENANGAN, orait?~

Tuesday, February 7, 2012

Semoga Kerajaan Malaysia IKHLAS

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah,semalam saya berkesempatan menggunakan voucher 1Malaysia bersama dengan adik dan kakak. Bermacam-macam jenis buku dan alat tulis kami beli setelah terpendam beberapa bulan yang lalu.

Selepas kerajaan Malaysia memaklumkan kepada rakyat pada tahun lalu, bahawa pelajar sekolah akan mendapat RM100,manakala pelajar IPT bakal memperolehi voucher buku bernilai RM200. Ramai dalam kalangan pelajar IPT tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan tersebut. Pada mulanya saya terfikir, mengapa pelajar sekolah dapat wang tunai manakala pelajar IPT hanya dapat voucher yang terhad untuk membeli buku sahaja? Apakah rasionalnya?  
Setelah saya mengkaji dan merujuk sumber-sumber akan dasar utama usaha kerajaan ini, saya dapati pemberian tersebut adalah untuk mengurangkan tanggungan ibu bapa terhadap keperluan di sekolah dan IPT. 

Mutakhir ini, timbulnya isu yg kurang enak dimakan :'pelajar IPT beli novel seks guna voucher 1Malaysia' , 'pelajar jual voucher','pelajar IPT: "Membazir je,kami tak tahu nak beli apa dengan voucher tu" dan lain-lain.

Maka disebabkan itu,kerajaan mengambil tindakan tegas dengan menyaman pelajar yang menyalahgunakan voucher pemberian mereka itu (kes pelajar jual voucher). Manakan tidak kita dah memberi, penerima kena lah guna sebaik-baiknya. Jika tidak, hancurlah hati kita.

Pokok persoalan di sini adalah....mengapa pelajar tersebut berbuat sedemikian rupa? Mungkinkah mereka mempunyai masalah kewangan? Mungkinkah dengan menukar voucher tersebut kepada kepingan duit dapat membantu hidup keluarga mereka yang berposibiliti susah? Adakah wajar tindakan kerajaan menyaman mereka? 
Saya bukanlah pro kerajaan mahupun pro pembangkang.Dari kaca mata saya, sewajarnya kerajaan menyelidik dahulu latar belakang pelajar terbabit seterusnya mengambil langkah yang rasional dalam membantu permasalahan mereka. Bagi saya, semuanya terletak di tangan pelajar itu sendiri. Jika dia mahu menggunakan voucher tersebut ke jalan kebaikan, dia akan guna sebaiknya. Jika dia mahu ke arah keburukan, dia akan guna ke arah yang menyimpang. 

Ada juga pelajar IPT bersuara bahawa mereka tidak tahu nak berbelanja dengan voucher buku itu. Bagi saya, banyak lagi keperluan ilmiah seperti novel islamik,buku motivasi,majalah,buku kemahiran diri dan banyak lagi. Orang cemerlang adalah mereka yang pandai manfaatkan apa yang ada.

Ketuk-Ketuk Hati:
Kenapa kerajaan Malaysia pemurah bagi wang tunai dan voucher kepada pelajar? Adakah disebabkan pilihanraya yang bakal membuka tirai semata-mata? 
Semoga kerajaan Malaysia ikhlas dalam membantu keperluan rakyat. 

Senyum santai:
Walaupun ada pelajar yang memahat dendam pada kerajaan,tapi ada yang saya perhatikan mereka masih juga menggunakan pemberian kerajaan itu. Ketepikan soal parti politik, pelajar seharusnya manfaatkan pemberian tersebut.










Saturday, January 21, 2012

Kes Anwar Ibrahim-Saiful Bukhari Sepatutnya Begini...

Bismillahirrahmanirrahim,

901,mungkin itulah nombor paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) apabila dibebaskan dari tuduhan meliwat ke atas bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan (SBA). Sehingga kini, sebenarnya kes ini masih belum terlerai terutamanya buat SBA yang ingin menuntut bela terhadap dirinya. Mana kan tidak, maruah diri hendaklah di'suci'kan.
Banyak pihak mengatakan kes ini merupakan salah satu konspirasi untuk menjatuhkan mana-mana parti politik. Entah betul atau tidak. Masing-masing 'tolak' situ sini. Ketepikan sebentar dunia politik. Pandanglah dari sudut yang berlainan. Kes ini melibatkan DSAI yang merupakan seorang ISLAM. Begitu juga SBA yang merupakan seorang ISLAM. 

Pada pendapat saya,sewajarnya kes liwat yang terdakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari ini tidak perlulah digempar-gempurkan secara meluas kerana ianya melibatkan imej ISLAM itu tersendiri.Apatah lagi ianya melibatkan maruah diri bagi kedua pihak. Atau kata mudahnya, "Malulah saya". Sudah tercalar, bagaimana mahu diganti? 

Cukuplah kes ini dibawa ke mahkhamah syariah, tidak melibatkan mana-mana pihak luar campur tangan dan selesaikan sahaja dengan tenteram di situ.Yang membimbangkan,kes ini telah pun mendapat liputan meluas,baik dalam mahupun di luar negara. Risau-risau,pelbagai perspektif negatif agama lain terhadap Islam yang ditafsirkan 'BOBROK' di mata mereka.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, Nabi SAW bersabda: 
“Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia 
kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”. 
(HR; Muslim)

Friday, August 12, 2011

Servey: Jawapan Bila Di Ajak Join BERSIH 2.0

Bismillahnirrahmanirrahim,

Masih ingat gerakan BERSIH 2.0 sebulan yang lalu?
Bukan niat untuk berperihal politik kali ini,sekadar meniliti respon-respon daripada kalangan pelajar-pelajar CFS IIUM. Maklumlah, kebanyakkan pelajar sekarang cepat sahaja terpengaruh sentimen-sentimen politik. Ianya baik untuk kita tahu tampuk pemerintahan negara ini, tapi perlulah bertindak guna AKAL. Mari, kita lihat jawapan classmate saya ini.

Dikisahkan satu perbualan di kelas English suatu ketika,
Budak A:
"Wei, jom lah ikut aku join BERSIH 2.0 sabtu ni (9 julai)". Dengan nada berkobar-kobar.
Budak S: 
"Aku bukan xnak pergi, cuma aku masih ada mak bapak. Aku kesiankan kat diorang. Nanti kalau jadi apa-apa kat aku.Diorang yang risau sebab aku lah satu-satunya harapan diorang."