Bismillahirrahmanirrahim,
Saya masih lagi terkenang satu kisah ketika di bulan puasa sewaktu zaman Asasi di UIA PJ, kira-kira empat tahun lalu iaitu pada tahun 2010. Ketika itu, saya masih lagi baru semester pertama semasa di alam kampus. Pada tahun tersebut, kami berpuasa ketika belajar.
Bila teringat kisah ini, saya tersenyum. Rindu dengan sahabat-sahabat Asasi dan ada satu nilai yang bermakna buat saya. Ianya satu kejadian...Entah,kisah ni lucu atau tidak.
Dedikasi bersama roomate Asasi: Mus,Ija dan Nada.
Alkisahnya...
============================================
Seperti biasa, sebelum masuk subuh, saya dan roomate yang lain akan bersahur bersama. Paling tidak makan kurma dan minum air. Biasanya selepas sahur kami tak tidur. Kami akan tidur selepas solat subuh.
Kadang-kadang, saya solat subuh di musolla sebab nak elakkan nampak katil. Waktu tu, saya memang jarang tidur selepas subuh. Biasanya selepas subuh saya akan terus belajar di waktu pagi. Rajinnya masa tu...Sekarang? Hampeh.
Cuma ada satu hari tu...malam sebelum kejadian itu berlaku...
Roomate saya yang kecil molek Si Nada, dia berbuka puasa bersama kawan-kawan coursemate di luar. Dia menelefon kami se-roomate samada nak kirim dia makanan atau tak. Kami kirim dia belikan KFC Snack Plate. Kami mengidam dan bolehlah dijadikan sebagai sahur. Almaklumlah, zaman asasi bukan selalu boleh pergi outing. Itupun cuma boleh keluar sewaktu hujung minggu dan pasar malam setiap hari selasa petang.
Si Nada balik ke bilik agak lewat. Kami tertunggu-tunggu dia pulang. Malam itu saya tidur agak awal. Tak silap pada pukul 10.30 malam. Entah kenapa tidur awal malam itu. Penat agaknya. Alhamdulillah..nyenyak tidur malam tu.
=========================================
Kemudiannya, saya terjaga dari tidur untuk bersahur. Setiap hari, biasanya si Nada akan kejutkan kami untuk bangun sahur. Si Mus dan Nada boleh dikatakan setiap kali waktu sahur akan banyak bercakap. Ini bagus untuk kami supaya sentiasa segar.
Pagi itu, saya terjaga sendiri. Saya terdengar si Nada dan Mus sedang berbual-bual rancak di meja belajar sambil makan KFC. Oh! Sudah waktu sahur rupanya. Lampu bilik pun sudah dibuka. Saya terus ke tandas untuk segarkan diri dan menyempatkan diri untuk bersahur. Mereka makan di meja sementara saya makan di halaman ruang tengah bilik. Si Ija rasanya masih lagi tidur masa tu.
Sahur makan KFC! Sudah tentu rasa mewah. Saya terus baca doa panjang-panjang. Agak bersungguh-sungguh saya baca doa masa tu. Yang saya tahu, doa kita berkat masa nak sahur dan berbuka. Lagi-lagi nak makan KFC. Huuhuhuhu.
Sakan betul saya bersahur pagi itu. Selepas habis makan, saya terus berwuduk. Bersiap-siap untuk solat subuh. Sementara menunggu waktu subuh tiba, saya duduk sebentar di meja belajar. Ingatkan nak baca Quran dulu sekejap.
Saya terlihat jam di atas meja. Eh? Rosak ke jam ni? Jarum jam menunjukkan 1.30pagi. Kemudian saya bertanya kepada mereka.
"Mus, Nada. Sebenarnya sekarang ni tengah pukul berapa?"
Balas si Nada, "Laa...Ly, tengah pukul 1.30 lah"
"Hah????????????????" Terkejut beruk dibuatnya masa tu.
Mus menyapa, "Itulah...kitaorang pelik betul tengok Lily lama giler baca doa nak makan"
Hahahaha. Kami tertawa. Seriusly, saya bermati-matian ingat masa tu memang waktu sahur dalam sekitar pukul 5 pagi. Tambah lagi si Mus dan Nada belum tidur, mereka rancak berbual seperti kebiasaan waktu sahur.
Kisah ini memang membuatkan saya tersenyum setiap kali datangnya bulan Ramadan. Kisah ini jugalah mengingatkan saya supaya sentiasa menjaga masa, memperbanyakkan doa dan menjaga kualiti puasa tersebut. Sebabnya apa yang saya rasakan hari ini. Musim puasa semakin rasa tercabar. Selepas sahur,kerap rasa mengantuk lalu tertidur membuncitkan perut. Bila berbuka dan bersahur, lebih melayan nafsu makan daripada mencari berkat doa.
Bulan puasa, bulan memperbaiki diri.
Salam Ramadan ke 17.
:-D
Dedikasi buat: Ija,Mus & Nada <3