Post Terbaharu :

Showing posts with label kict. Show all posts
Showing posts with label kict. Show all posts

Thursday, February 18, 2016

Student Foreigner Biadap

Bismillahirrahmanirrahim,
Beginilah rutin petangku, membantu pensyarah mengadakan kelas praktikal dan sesi makmal untuk pelajar. Sem kali ini, jumlah student hampir 100 orang. Aku bersyukur, sesi semalam semua pelajar berperangai sangat baik dan mudah mendengar kata. Lain pula sesi hari ini.

Masa nak mulakan sesi pembelajaran, aku duduk di meja instructor. Tiba-tiba, aku didatangi seorang pelajar antarabangsa (berkulit gelap) dan dia bertanyakan sesuatu,

"Madam, do you have a tissue? I want a tissue".

Dalam hati aku, dah berapa kali pesan kt diorang ni. Panggil aku "sister" ler....tp tak kisahlah, xpenting pun. Aku membalas,

"Sorry brother, I dont have".

Lalu dia buat muka sambil berkumat kamit berkata sesuatu. Pelik juga dia ni, tiba-tiba minta kt aku. Padahal ramai sister-sister lain di situ yang mungkin boleh ditanya sedangkan aku dah nak mulakan sesi pembelajaran.

Waktu kelas dimulakan, dia menyampuk. Dia panggil aku untuk ajar sesuatu. Aku burn masa yang banyak sebab nak settlekan hal dia. Rupa-rupanya dia minta aku ajarkan cara download software sambil dia menunjukkan laptop Alienware dia yang gempak dan semestinya berharga beriban itu.

Aku ajarkan sebentar tapi dia minta benda lain pula. Aku membalas,

"Brother, Im sorry. We dont have time waiting you to download and install the software at your laptop. It consume a lot of time. Can you just use Lab PC first?"

Dia balas, "No...." 

Pastu bla2 aku tak ingat. Dia sibuk pertahankan suruh aku tunggu dia download dulu.

Bayangkan nak download software 2-4GB dan install software ambil masa berjam-jam juga tu. Kesian kt student yang lain. Lagipun, aku nak lepaskan kelas harini awal sikit memandangkan petang ni ada pasar malam. Walapun aku terpesona tengok laptop dia yang semestinya sedap untuk gaming tu.

Kemudian dia buat muka kecewa. Aku sangka dia nak guna PC lab. Rupanya tak. Sepanjang aku mengajar kelas hari ini, dia buat muka dan menjeling aku sambil mengata sesuatu yang aku tak faham. Mengumpat ke? Dia tak berbuat apa-apa sepanjang kelas. Cuma berpeluk tubuh tengok aku dengan muka tak puas hati. Sedang monitor PC ada depan hidung dia je. Lebih baikdia balik je dari buang masa kt situ.

Aku pun mula tak selesa....aku ada dengar juga dia kata sesuatu yang x baik. Ada juga student dari Timur Tengah yang lain, tp so far mereka semua menjaga attitude. Maka sesi harini terpaksa dilewatkan. Selamat tinggal Pasar Malam....

Selama ini aku panggil International student, kurang panggil foreigner. Tp kes mcmni dah sbb perangai so foreigner...

=====================================
Itulah antara salah satu cabaran nak jadi bakal seorang pendidik. Nak berhadapan dengan attitude student yang pelbagai ragamnya. Di akhir sem, akan ada sesi penilaian. Entah mungkin student letak rating rendah atau tinggi. Aku sedar, bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Kadang situasi macamni nak uji kita sejauh mana kita ikhlas dalam menyampaikan sesuatu.

Sabo la ye Lily oiii...huhu...Pengalaman itu mahal. Ada laptop Alienware pun xperlu sombong.


Thursday, February 12, 2015

Belajarlah Explore Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim,

"Kak Lily, boleh tak ajarkan saya semua pasal Photoshop?"
"Kak Lily, boleh tak tolong buatkan maklumat macamni dalam Word?"
"Lily tolong burn kan CD ni. Tak retilah...."
"Lily....tolonglah.....bolehlah....."
"Lily tolong buatkan semua ni" - paling kurang ajar

Bla...bla...bla...

Pagi-pagi lagi saya sudah bengang. Ada seorang junior minta tolong tunjuk ajar berkaitan IT. Tak kurang pula tu, ada seseorang SMS minta saya ajarkan dan explain pada dia tentang photoshop. Saya ni dahlah banyak kredit hour untuk sem ini, 21.5 jam. Sudah pastinya agak sibuk sedikit dan banyak kekangan masa. Sudahlah ada yang tidak beretika pula tu, main sergah sahaja. 

Nak melayan seorang sahaja sudah makan banyak masa. Kasihanlah pada diri saya, tak kan nak suruh explain satu per satu. Apa yang saya sarankan pada dia 'just Google'. Tapi saya takdelah suruh dia google macamtu sahaja, saya sediakan 'keyword' atau website yang boleh diguna pakai.

Ada pula tu, ada yang suruh saya betul kan hardware komputer. Ditohmahnya "Tak kanlah belajar IT tak reti nak format laptop & betulkan skrin ni" 

Bila saya jelaskan kebanyakan kami pelajar IT di UIA ni belajar lebih tentang sistem perisian (software), bukan lebih kepada peralatan (hardware). Kalau macam bab-bab seperti format laptop tu, kena belajar sendiri atau masuk kursus teknikal. Budak bukan kos IT pun reti bab-bab seperti ini.
Kuliyyah ICT UIAM Gombak
Inilah senario yang selalu berlaku pada kebanyakan 'non-IT' terhadap 'IT person'. Saya bukanlah mahu berbangga dengan kos IT, saya juga dibesarkan bukan semasa arena IT sedang pesat. Saya belajar dari zero secara total. Kadang-kadang berguru, kadang sendiri sahaja. Saya lebih suka explore sendiri dahulu. Jika benar-benar tidak faham, barulah saya akan rujuk pada yang lebih pakar. Usahlah semuanya mahu dimakan suap. 

Pagi tadi ada kelas IT&Islam. Saya ajukan soalan kepada pensyarah, 
"Sir, before this I heard that if we want to seek knowledge 
we need to have a book and a teacher to learn. 
Is it okay if we just explore by ourselves 
like Goggling or just refer to Youtube to learn?"

Jawapan yang dibalas oleh pensyarah mengatakan ianya boleh cuma perlu dapatkan kesahihan oleh orang yang berilmu. Jangan mengharap Ulamak Google atau Lebai Youtube sahaja. 

Terfikir juga, sombong sangat ke saya ini? Cubalah saya jadi seperti mereka, pastinya terpompang-pompang kabur tentang IT.

Orang kata kos ICT ni kos bodoh-bodoh je. Boleh belajar sendiri? Semua ada dalam Google. Bodoh ye?   Kami sudah pernah menderita. Jujur, saya juga tak pandai mana dalam bab-bab IT. Bukan lokek ilmu, tapi apa yang saya ingin tekankan, cubalah dahulu walaupun dapatnya sedikit ATAU kata mudah, 'Belajar explore sendiri'. Paling tidak buat research sedikit.

Sekurang-kurangnya begini, "Assalamulaikum kak Lily, akak tengah sibuk ke? minta maaf kacau. Nak tanya sikit, kalau saya klik ni ada efek apa-apa tak sebab saya ada baca kat bla bla..." 

Bukan,"Kak, tolong ajar semua ni" =_= 

Botak kepala akak.

Thursday, January 1, 2015

HCI Day

Bismillahirrahmanirrahim,
Sekarang memang  tengah minggu perang penilaian poster di beberapa Kuliyyah. Biasanya Kuliyyah Engineering dan Kuliyyah ICT yang ada sesi ini sebab mereka ada subjek Final Year Project (FYP).

Saya teringat lagi semasa di awal bulan Disember iaitu pada 8 Disember lalu, saya baharu sahaja melepasi sesi pembentangan dan penilaian Poster Projek HCI di KICT HCI Day. Dalam sesi ini, memang seakan-akan FYP dan ini merupakan kali pertama saya buat sesi pembentangan poster. Kebiasaannya, bila ada projek kita cuma perlu bentangkan di dalam kelas.

HCI atau nama sebenarnya Human Computer Interaction merupakan subjek yang saya ambil dalam sem ini. Pada awalnya saya memang agak kurang faham dengan subjek ini. Tapi lama-kelamaan faham la juga. HCI ini lebih kurang subjek multimedia tapi perlu dikaitkan dengan elemen psikologi dan sosiologi. Agak 'strict' berbanding multimedia. Dalam apa-apa reka bentuk perlu menepati citarasa dan tindak balas manusia. 

==========================================

Projek yang kami bentangkan adalah mengenai 'Baby Walker'. Tema projek kali ini memang fokus untuk golongan kanak-kanak. Kawan saya yang mencadangkan untuk buat walker ni. Saya sebenarnya tak berapa nak setuju sebabnya perlu memikirkan samada ia relevan atau tidak untuk dibentangkan dan ada atau tidak pembaharuan yang boleh dibuat pada walker ini. Sedangkan ada pilihan lain yang boleh kami buat iaitu buat game dan aplikasi yang mana lebih mudah untuk disediakan.

Saya setujukan sahaja cadangan ini memandangkan saya tak berapa arif tentang dunia kanak-kanak. Jadi, kami hantar 'kertas proposal' dahulu. 

Baby walker hari ini kurang sekuriti dan pembelajaran asas kehidupan. Jadi kami menambah aspek keselamatan dengan menyediakn remote control dan sensor untuk mengawal walker ini. Selain itu juga, kami membuat penambahbaikkan pada dashboard walker ini dengan menyediakn butang bunyi-bunyi binatang dan zikir. Secara rasional, kami tidak buat game atau aplikasi sebab tak kanlah budak-budak kecik kita nak dedahkan dengan teknologi terutama yang ada radiasi tinggi!

Kami menamakan projek kami sebagai 'D-Walker' (Dynamic Walker).

Selang beberapa hari, lecturer dah 'approve' kami punya proposal. Madam cuma komen 'Ok, proceed'. Sedangkan tengok komen orang lain, 'Well done', 'Excellent! Proceed'. Luluh semangat saya ketika itu. Saya agak risau sebab tak tahu nak buat prototaip yang menjurus pada fizikal. Kiranya, dalam banyak-banyak grup, cuma grup kami yang buat benda fizikal. Grup lain kebanyakan buat game.

==========================================

Ada beberapa fasa dalam penghasilan projek HCI ini, mula-mula kena buat proposal, kemudian PACT analysis, Pictive-LowFi Prototype dan akhir sekali Prototype & Project Poster yang dibentangkan semasa HCI Day.
Pictive Day.
Pictive ni kiranya buat low prototype menggunakan barang-barang
seperti kertas kotak,pen dan sebagainya
Lakaran yang saya buat untuk dihasilkan.
Barang-barang untuk menghasilkan prototaip penuh.
Suasana menyiapkan projek, kami buat di bilik UG KICT.
Hasil menyiapkan prototaip. Buat dari pukul 11pagi hingga 5 petang.
Proses menyiapkan poster menggunakan template yang sudah ditetapkan. Saiz A3.
Penghasilan 'Walk Thru System' menggunakan Flash. Sistem ini sebagai penujuk interaksi bagaimana projek kami itu berfungsi. Kalau jadi student engine, mesti kena buat litar terus dan sistem penuh.
HCI Day. Agak rumit juga semasa sesi penilaian. Macam-macam soalan diajukan oleh penilai.
Ada juga soalan maut. Nasiblah masa tu saya ingat semua ayat madam dalam kelas. 
Waktu petang itu, ada pengumuman pemenang projek. .

Syukur Alhamdulillah..Projek kami, 'D-Walker' ini mendapat tempat PERTAMA dalam kelas section 1 dan juga dinobatkan sebagai pemenang KESELURUHAN dalam Pertandingan Projek HCI Day, KICT. 

Tak tahu pun projek ini dipertandingkan. Apa yg diketahui cuma ianya sebagai carry mark utk final exam. 

Walaupun rasa getir, saat2 melihat projek grup lain membuat pelbagai aplikasi yang menarik dan hebat, sedangkan grup kami cuma buat replika. HCI bukan semudah disangka. Suatu reka bentuk perlu integrasikan 'physical design', 'cognitive design' & 'spiritual design', dan pelbagai aspek lain.

Terima kasih buat rakan2 grup, Fadh,Cla dan Sarah atas sumbangan dan jasa diberikan. Masing2 walaupun sibuk, ada yang jadi SRC(MPP UIA), ada yang jadi Programme Manager, ada yang banyak kelas dan ada yg sibuk nk habiskan game, masing2 sudah beri komitmen yg terbaik buat projek ini.

Haaza fadhli min rabbi
 


'D-Walker'















Friday, November 28, 2014

Pra FYP1 (Final Year Project 1)

Bismillahirrahmanirrahim,
Minggu ini merupakan minggu prereg subjek untuk semester hadapan. Sudah tiba masanya saya mengambil subjek Final Year Project (FYP). Rasa gentar dan takut  itu ada. Tinggal ini sahaja project yang kena buat dan ini juga sebagai produk yang kita hasilkan setelah berhempas pulas belajar degree di sini. 

Kadang-kadang tu cemburu juga tengok pelajar kos lain, takde FYP. Kalau ada pun setakat thesis dokumen. Praktikal pun cuma 2-3 bulan. Tapi kami ni kena sampai 6 bulan. Itulah cabaran ambil bidang sains teknologi ni. Ada kualitinya di situ.

Kalau jadi pelajar IT, akan ada dua FYP iaitu FYP1 dan FYP2. Kalau jadi pelajar CS pula, cuma perlu ambil satu FYP. FYP kami tu bukanlah bermakna kami perlu menghasilkan dua projek, ianya cuma dibahagikan kepada dua bahagian, teori/proposal dan prototaip.

Saya teringat lagi pesanan senior saya, Bro Pdaus semasa zaman tahun pertama. Dia kata 'Start by now, think about your FYP'. Masa itu, saya blurr. Perkataan FYP pun saya tak tahu apekah bendanya itu. Lagipun masa tu saya masih di tahun pertama. So 'chill and relax' sahaja yang saya tahu. Kononnya banyak masa lagi untuk fikirkannya.

Bila sudah masuk tahun ketiga sekarang ini, Nah! Rasakan. Terkinja-kinja mahu mencari idea benda yang nak dibuat!

Berdasarkan survey yang saya buat pun, masih ramai juga yang tak tahu lagi nak buat apa. Kami boleh buat sesuatu berdasarkan apa yang telah kami belajar di kuliyyah ni seperti software, aplikasi, sistem dan sebagainya.

=================================================
Selain perlu memikirkan projek yang nak dibuat, pencarian project partner pun perlu dititik beratkan. Ini juga banyak bagi kesan pada diri kita dan juga projek itu sendiri. 

Berhempas pulas juga saya mencari rakan projek yang sesuai dengan saya. Masing-masing mahu dengan kawan sendiri. Kalau ikutkan, saya lebih selesa buat seorang diri. Pengalaman buat projek berkumpulan sebelum ini, rasanya macam asyik buat kerja sorang-sorang. Nak buat kerja partner ni kadang-kadang bagus. Kadang-kadang pun tidak. Risau juga kalau tak sependapat. 

Ada seorang brother ni ajak saya jadi partner dia. Dia nak buat website katanya. Tapi saya yang nak ambil concentration in multimedia dan security ni, dia suruh saya ambil subjek advanced database. Tak kan lah sebab dia saya kena berkorban buat benda yang saya tak nak.

Saya terpaksa menolaknya. Saya ada tanya beberapa senior,ada yang buat seorang diri. Itu yang membuatkan saya mahu buat seorang diri. Sudah-sudahlah hidup kita asyik bergantung pada orang lain. 

Sebenarnya saya nak buat projek ada kaitan dengan multimedia. Dah itu yang saya yakin mampu buat. Jangan sebab kita berseorangan, kita tidak boleh nak buat dan berpijak pada kaki sendiri.

Malam itu juga, ada seorang brother ni wassap, ajak jadi partner FYP dia. Kebetulan pula kami ada minat yang sama. Tiba-tiba itu jugalah saya dapat idea apa nak buat untuk projek kami nanti. Apa yang saya fikir, mungkin kami boleh saling melengkapi, ada benda yang saya tak tahu, mungkin dia tahu. Bro Pdaus pun pesan, partner pun jangan ramai-ramai. Mesti ada yang kurang kerja nanti.

Semoga perjalanan sepanjang FYP ini nanti dipermudahkan. 








Sunday, October 5, 2014

Oh Web Programming!

Bismillahirrahmanirrahim,
InshaAllah hari ini hari submission assignment untuk subjek Web Programming II. Tapi saya tak buat apa pun lagi. Sebab nak kena study bagi faham dulu.

Hampir 2 sem tak amik subjek Programming. Totally lost dan lupa. Antara subjek programming C++, Java dan Web Programming I, saya lebih prefer C++ dan Web Programming I. 

Bila ambil subjek Web Programming II bagi sem ini, memang saya blurr  je dalam kelas. Lecutrer pun tak tunjuk sangat. Memang sem ini kena blajar inter-dependent. Tak boleh mengharapkan lecutrer sahaja. Bila tanya senior, Abang Kimi. Semakin seram pula bila dia kata subjek ni memang mencabar. Senior-senior lain pun cakap macamtu.



InshaAllah, sementara masih di awal sem ni, boleh lah saya maximize usaha. Semoga saya terus kuat dan boleh menghadapi cabaran ini. 


Sunday, March 9, 2014

GREEN IT


Bismillahirrahmanirrahim,
Bersempena 'KICT GREEN IT CAMPAIGN', madam meminta kami mereka satu poster berkaitan 'Green IT'. Ini juga dijadikan sebagai assignment kedua bagi subjek multimedia. Assignment pertama kami ditugaskan untuk buat 'Selfie Postcard'. Tempoh masa diberikan hanyalah selama seminggu.
Pada mulanya saya fikir ianya senang, apatah lagi benda-benda melibatkan 'go green' ni memang dekat dengan saya dan saya sangat suka.

Tapi bila tengok semula tajuk dia, 'Green IT' bukannya 'Go Green' yang lebih sinonim dengan hidupan dan amal gaya hidup hijau. Saya bertanya dengan kawan-kawan, apa yang diakatakan dengan 'Green IT' ni. 
Kebanyakkan semua pun tertanya-tanya. Rupanya persepsi kami selama ini agak kurang tepat.

Jadi, bila saya ajukan persoalan ini, ada kawan di FB menyebut ianya ada kaitan dengan 'Green Computing' dan 'Eco-Friendly'.

Wikipedia: 
Green computinggreen IT,Green ICT as per IFGICT or ICT Sustainability
is the study and practice of environmentally sustainable computing or IT. 
San Murugesan notes that this can include "designing, manufacturing, using, and disposing of computers, servers, and associated subsystems—such as monitors, printers, storage devices, and networking and communications systems — efficiently and effectively with minimal or 
no impact on the environment."

Jadi pada hemat saya, Green IT ni lebih mudah dikatakan; 
Jika Go Green merujuk pada amalan 3/5 R dalam kehidupan seharian, Green IT ini boleh dikatakan amalan gaya hidup hijau dalam penggunaan teknologi. Kot?

Oleh kerana agak buntu sedikit dalam tempoh tersebut, saya cuba menyiapkan poster tersebut pada hari terakhir submission. Saya cuba menyiapkan dari jam 8.30pagi hingga 11.20pagi Jumaat lalu.

Dan, inilah hasilnya...
Harapannya, mudah-mudahan department multimedia bolehlah terima hasil kerja saya ini. Dan semoga isinya boleh terima pakai (Serious ini part paling ditakuti)

Saturday, April 14, 2012

Bachelor in Information Technology (BIT) atau Bachelor in Computer Science (BCS) ?

Bismillahirrahmanirrahim,
Setelah sekian lamanya saya menyepi dalam dunia blogging, kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang dicedok daripada program 'Education Trip to KICT' di UIA Gombak yang berlangsung pada 13 April lepas. Kalau persatuan PRESSS dan MEDCY mengadakan trip ke UIA Kuantan,kami yang terdiri daripada pelajar-pejalar ICT tahun akhir turut terlibat dalam aktiviti yang sama.
Program setengah hari ini membuka tirai dengan taklimat oleh pensyarah dari Kuliyyah ICT tentang perjalanan pelajar yang bakal mengambil program Ijazah. Kemudiannya,program ini diteruskan lawatan ke Kuliyyah.Kami didedahkan serba sedikit tentang persekitaran kampus utama dan profesion dalam ICT.

Satu persoalan yang bersarang di fikiran saya adalah 'YANG MANA SATU INGIN SAYA PILIH? 
Bachelor in Information Technology(BIT) atau  Bachelor in Computer Science(BCS)?

Mari kita lihat bidang-bidang dalam:

1. Bachelor in Information Technology

*information system
*multimedia and creative design
*data management system
*information security management
*network administration
*software engineering
*minor-businees administration

2. Bachelor in Computer Science

*network communication
*artificial intellegence
*system software
*system software
*computer security
*advanced mathematics and algorithm
*computer graphics and image processing

Ada juga mulut-mulut yang berbisik, 
"BIT tu untuk pelajar yang xperform dalam studies.
"BCS tu student yang hebat-hebat je".
"Amik BCS,peluang lagi besar".

Seorang pensyarah di situ,berpesan kepada saya, "Sebenarnya, mana-mana program bukanlah menunjukkan seseorang itu 'pandai' ataupun 'bodoh', tetapi kamu  pilihlah bidang yang betul-betul kamu minat".

Jadi, pilihan anda? Hamparlah sejadah dan beristkharahlah,semoga Allah tetapkan hati kita dan tunjukkan jalan yang mudah buat kita.



Fakta tentang Kuliyyah ICT:
* Merupakan satu-satunya bagunan yang baru dibina di UIA Gombak.
* Terletak di atas bukit berdekatan Kuliyyah AED.
* Bagunan yang berwarna jingga.
* Terdiri daripada 5tingkat.
* Terdapat KIOSK diberi nama 'ZC Kiosk'.
* Terdapat batu besar berbentuk sfera di halaman hadapan bagunan.
* Pelajar ICT pernah terperangkap di dalam lif selama 1jam.
* Hanya 2 program sahaja ditawarkan di peringkat ijazah sarjana iaitu 'Bachelor in Computer Science' dan 'Bachelor in Information Technology'. InshaAllah,2 lagi program bakal menyusul iaitu 'Bachelor in Multimedia' dan 'Bachelor in Software Engineering'(kalau xsilap).
* Bagunan KICT ini mirip bagunan-bagunan yang terdapat di UIA Kuantan.
* Reka bentuk dan susunan Dewan kuliyyah seperti di dewan rakyat(Parlimen Malaysia).