Bismillahirrahmanirrahim,
Marilah kita bersama-sama menghayati kisah disebalik mahluk ciptaan Allah S.W.T ini. Tergerak hati saya untuk mencari sedikit pengetahuan melalui pembacaan tentang serangga kecil yang telah dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur’an iaitu pada surah An-Nahl. Tentu ada keistimewaannya. Jika kita amati hakikat penciptaan lebah,terdapat sifat-sifat istimewa padanya yang boleh kita pelajari dari serangga kecil yang berbisa ini.
Antaranya ialah:
1). Lebah hinggap di tempat yang bersih dan menghisap yang baik-baik.
Lebah hanya menghisap sari bunga. Sari bunga yang letaknya tersembunyi di dalam bunga sudah pasti adalah sari makanan yang baik dan menyihatkan. Ia tidak tercemar oleh debu atau sesuatu yang membahayakan yang lainnya. Lebah hanya menghisap sari bunga tertentu sahaja,bukan dari sebarangan bunga. Lebah juga memberi manfaat kepada bunga itu iaitu membantu proses penyuburan pohon tersebut.
Pengajaran : Selaku seorang muslim, kita hendaklah mencari rezeki dari sumber yang halal.Lebih baik makan roti keras hasil usaha yang halal daripada makan pizza hasil wang kita mencuri.
2). Lebah memberi manfaat pada lingkungan sekitar.
Semua orang tahu madu itu berasal dari mana. Madu dihasilkan oleh lebah. Dan madu merupakan salah satu minuman yang penuh gizi dan boleh dijadikan penawar sebagaimana disebutkan dalam Al Quran. Manusia boleh mengambil manfaat dengan meminum madu tersebut. Kesihatan tubuh akan terjaga jika kita minum madu secara teratur.
Pengajaran : Seorang muslim haruslah bermanfaat untuk orang lain.Disebutkan dalam hadith Rasulullah S.A.W bermaksud, “Sebaik-baik kamu adalah yang memberi manfaat kepada orang lain”.
3). Lebah tidak mencederakan atau melukakan kecuali apabila diganggu.
Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan hanya menyerang apabila merasa terancam atau terganggu. Untuk mempertahankan kehormatan umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepaskan sengatnya di tubuh pihak yang diserang.
Pengajaran : Kita harus memiliki sensitiviti terhadap sesuatu isu yang melibatkan maruah agama Islam itu sendiri.Bukan hanya berpeluk tubuh mendengar dan menyaksikan kezaliman Yahudi membantai saudara-saudara seagama kita,tetapi seorang muslim yang menghayati erti sebenar perjuangan Islam akan bangkit membela agamanya walaupun terpaksa bertaruh nyawa.
4). Lebah serangga yang bekerja keras.
Lebah adalah pekerja yang komited dan sentiasa bekerja keras. Sebaik saja ia keluar dari bilik menetas, lebah berpangkat pekerja ini mengosongkan dan membersihkan bilik sarangnya untuk diisi dengan telur baru. Selepas berumur tiga hari ia memberi makan larva dengan membawakan serbuk sari madu. Demikianlah hari-hari seterusnya ia bekerja dengan penuh semangat .
Pengajaran : Bukankah Allah pun memerintahkan orang mukmin untuk bekerja keras? Rezeki itu takkan datang bergolek..
5). Lebah bekerja secara berpasukan dan tunduk pada satu pimpinan.
Lebah selalu hidup dalam kelompok besar, tidak pernah menyendiri dan bersendirian. Mereka bekerja secara kolektif, berpasukan dan amat setia kawan. Masing-masing ada tugas sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil kawan untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu hormon) yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat penggera bahaya. Isyarat ini bertujuan mengundang kawan-kawannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap yang perlu ada bagi mereka yang beriman.

Pengajaran : Pentingnya muslim berada dalam satu kelompok atau jemaah kerana di situlah kekuatan dibentuk.Lebih-lebih lagi untuk mencapai hadaf Daulah Islamiyah,intima’ kita kepada satu jemaah yang membawa Islam berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah adalah sangat penting bagi memastikan kejayaan itu tercapai.
Beberapa sifat dan karakter lebah yang disebutkan di atas seharusnya dijadikan contoh tauladan bagi kita selaku yang bergelar muslim. Sungguh indah peribadi lebah yang Allah biaskan untuk manusia mengambil pelajaran dari serangga kecil ini. Dan tidak sia-sia juga Allah mengabadikan serangga kecil istimewa ini pada satu surah di dalam Al-Qur’an. Mari kita renungkan..
sumber: Nur Izz Qatrunnada

0 Perkongsian:
Post a Comment