Bismillahirahmanirrahim,
Tatkala media arus perdana hangat menyiarkan drama Nora Elena (baru sahaja tamat siaran) pasti ramai sahaja yang menyebut-nyebut kombinasi nama menarik perhatian itu.Ada yang sanggup menanti di hadapan kaca televisyen dari jam 7.00 petang hingga 8.00 malam.Bertitik tolak daripada itu juga lah ada juga termasuklah diri ini yang sanggup melewat-lewatkan waktu solat maghrib tika itu.
Walau pada hakikinya saya memang agak kurang berminat dengan mana-mana drama melayu, entah bagaimana diri yang lemah ini jua boleh turut tersangkut untuk menonton drama tersebut. Hampir 2 minggu saya menelan episod demi episod untuk mengetahui lanjutan jalan ceritanya melalui laman Tonton.com.Memang xdapat dinafikan,bila kita bersangkut paut dengan kebanyakan hiburan,mudah sahaja kita leka dan banyak mengabaikan perkara-perkara asas.
Walaupun drama ini berdominasikan tentang cinta dan kasih sayang antara insan,bagi saya lebih meneliti nilai kemanusiaan yang ditonjolkan dalam drama ini.Antara yang menjadi tarikan saya,mengenai kesilapan manusia yang berhak diberi peluang kedua untuk menebus kesalahan dan memperbaiki diri.Selain itu juga,saya terpalit dengan kisah sikap manusia yang sentiasa berubah-ubah. Mungkin berubah ke arah yang lebih baik atau mahupun sebaliknya.
Ketuk-ketuk Hati:
Di Dunia Ini, Ramai Sangat Manusia,Tidak Semudah Disangka Untuk Membelai Hati Mereka Sedangkan Hati Sendiri Pun Gersang.
Hati Kita Tiada Ketetapan. Bersamalah Kita Berusaha Memeliharanya.
0 Perkongsian:
Post a Comment