Post Terbaharu :

Showing posts with label Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Fotografi. Show all posts

Friday, August 1, 2014

Penyeksaan Berakhir

Bismillahirrahmanirrahim,
28 & 29 Mac 2014 adalah tarikh kakak yang sulung berkahwin. Pada masa itu saya ditugaskan untuk mengambil gambar pada keseluruhan hari. Kakak yang melantik saya. 
Kalau ambil jurugambar luar, memang agak mahal. Bajet diperlukan sekitar 2-3k juga. Tapi saya cuma minta dalam RM300. Itupun saya fikir sudah mewah. Lagipun, tak sampai hati  nak cekik darah kakak sendiri. Huhuhu.
================

Hari ini 1 Ogos 2014,  baharulah gambar-gambar tersebut disiapkan dan dimasukkan ke dalam album.  Fuhhh. Alhamdulillah....
Kira-kira hampir 4 bulan saya ambil masa untuk menyiapkan album tersebut.

4bulan??? Lama tu. 
Bukan ke sepatutnya lepas kahwin tu gambar-gambar tersebut kena siap?

Pertama-pertamanya, saya memohon maaf terutama kepada pihak pengantin dan juga ahli keluarga yang 'tertunggu-tunggu' album tersebut. Tak dinafikan memang agak sukar dan mencabar buat kerja sambil belajar. Tambah lagi masa tu saya dikekangi peperiksaan pertengehan semester. Susah nak bahagikan masa. Serabut kepala dibuatnya. 

================

Tiba-tiba saya ada perasan artikel dalam satu website ni (izwanyusof.com). Senior UIA. Memang dia pun kata proses untuk menyiapkan album perkahwinan ambil masa 2-3 bulan. Yup, betul. Memang take a lot of time. 

Proses editing agak sukar terutamanya nak pilih gambar yang betul-betul berkualiti, pose terbaik dan sebagainya. Ada gambar pengantin dah ok, tapi keadaan sekeliling pulak k.o. Ada part pengantin tertutup mata lah. Ada macam-macam lagi kerunsingan. Kemudian kita nak kena balance kan warna dan terang gelap gambar lagi. Dan kita juga kena pilih gambar yang betul-betul sesuai untuk tatapan ramai.

Setakat ini, saya menggunakan 4 jenis software untuk edit gambar, iaitu Picasa, Photoscape, Adobe Photoshop dan Adobe Lightroom. Mula-mula edit guna picasa. Bila tengok semula, gambar macam tak lawa. Last-last saya paksa diri guna lightroom, barulah dapat gambar yang terbaik. Patutlah take time.


Part paling saya sakit hati, bila kita nak cuci gambar, kedai printing gambar buat gambar tu terlampau pekat, crop sembarangan, gambar kekuningan. Sememangnya lain daripada apa yang kita telah buat semasa proses editing!
Sesi menyusun gambar ke dalam album.
Part last kita kena susun gambar-gambar tersebut dalam album mengikut susunan yang terbaik. Kemudian barulah ditunjukan kepada pengantin. 

================

Dasyat juga buat kerja fotografi perkahwinan ni. Patutlah kebanyakan jurugambar perkahwinan cas harga pakej sampai beribu-ribu ringgit. Saya fikir mereka suka ambil kesempatan dan cekik darah padahal just shoot, snap and print. Rupa-rupanya tidak semudah itu. Perlukan skill, masa dan tenaga. 

Paling penting, seseorang yang ingin memulakan kerja sampingan sebagai jurugambar perkawhinan perlu ada kemahiran dan digalakkan timba pengalaman dulu dengan jurugambar perkahwinan yang pro. Mungkin saya kurang pengalaman.

Mungkin ini kali terakhir saya ambil gambar orang kahwin. :'(
Akhirnya, 'penyeksaan' ini berakhir.
Tinggal kenangan.





















Tuesday, April 8, 2014

Musim Bunga Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...minggu ni saya berkesempatan pulang ke rumah untuk meraikan majlis walimah abang ipar di Pahang. Saya ajak sahabat rapat, Shifa (si gendut :-D) turut ikut sekali. 
Selepas habis walimah, kami sempat singgah di UTHM Parit Raja, untuk menikmati musim bunga yang melanda seluruh Malaysia sekarang ini.
Banyak-banyak pokok di sini, UTHM lah yang ada lebat pokoknya dan pemandangan yang cantik. 

Difahamkan pokok spesis ini akan berbunga lebat selepas mengalami musim panas yang ketara. Ini juga menandakan musim hujan bakal melanda.

Rasanya, sebelum-sebelum ini tak pernah pula saya perasan pokok ini berbunga. Pokok-pokok ini seingat saya ditanam semasa saya Darjah 6, tahun 2004. Apa-apapun, setelah Allah uji kita dengan kemarau yang panjang, Dia jualah beri rasa tenang dan damai dengan hadirnya pokok berbunga ala Korea seperti ini. SubhanAllah. Sebaik-baik Pencipta Yang Paling Agung!


Kami memang suka ber-dating bersama. Bertukar-tukar pandangan.
Rapatkan ukhuwah.
Semoga Thabat, wahai sahabat.



Post untuk model.
Biasalah, manusia memang suka berangan. :-P

Masjid UTHM, mengingatkan kami pada Masjid Sultan Ahmad Shah,UIAM.
Sungguh, indah sebenarnya biah dan tarbiyyah di sana.




Thursday, October 10, 2013

Projek B 2.0

Bismillahirrahmanirrahim,
Projek B='Projek Biru'. 
Saya rakamkan sekitar pemandangan 
di Mahallah Aminah UIAM Gombak masa nak pergi Cafe haritu. 
Saya tak tahu sangat kat area mana hotspot untuk tangkap gambar di Mahallah ni.
Projek ini lebih banyak fokuskan langit biru. 
Tekniknya menggunakan shutterspeed,iso,aperture, hdr & saturation.






Bila renung ke langit, kita tahu itu Langit Ilahi

Wednesday, May 29, 2013

Termenung...


Bismillahirrahamanirrahim,
Gambar yang di ambil dari pemandangan tingkap bilikku tika di petang hari. 
Masa ni saya bersendirian. Sunyi rasanya...

Kadang-kala bila kita bersendirian itu lebih elok untuk kita bermuhasabah diri. Bandingkan jika bersama kawan-kawan, mungkin kita lebih banyak bergosip atau bercakap perkara yang tidak berfaedah. Ada suatu masa kita memang perlu bersendirian, dan ada masanya untuk kita bersama kawan2.

Saturday, May 18, 2013

Study Week Semester II

Bismillahirrahmanirrahim,
Suasana UIA semasa minggu akhir kuliah
Hari ini bermulalah Study Week bagi semester 2 2012/2013 dan hari ini jugalah saya menghadapi paper exam yang pertama iaitu subjek Study Circle 2.

Seperti biasa, UIA memang akan sunyi ketika ini. Waktu inilah saya rajin meluangkan masa untuk beriadah petang, berjoging di Female Sport Complex. Tak kanlah kita nak study memanjang je kan.




Di sini, saya sertakan ucapan ringkas buat sahabat-sahabat yang turut bersama berjuang dalam semester ini.
V for Vendetta - Lily Insani

"Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu"
"Semoga segala usaha dan amal, Allah berkati..."

Monday, April 15, 2013

Mendaki Bukit Tabur

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, tanggal 14 April 2013 melakar sejarah dalam hidupku bersama rakan-rakan Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) dan Shito Yu Karate Do UIAM Gombak dalam ekspedisi mendaki Bukit Tabur!

Bukit ini terletak di Taman Melawati, Gombak. Bukit ini juga betul-betul berdekatan dengan UIA!

Hampir setiap hari saya melihat bukit ini. Tak sangka pula akhirnya saya yang melihat UIA dari pemandangan atas bukit itu.

Bukit ini agak mencabar juga kerana ditaburi dengan batu-batu. Kaki dan tangan saya sampai terluka dek batu yang tajam itu. Pada mulanya saya memang takut nak mendaki bukit ini,lagi-lagi ketika betul-betul kena panjat batu sedarjah 90. Tapi saya terus set mind, ini semua 'Psychology je ni'.

Gambar ihsan daripada Zainul
Ini ketika saya naik bukit yang securam 90 degree!
Keadaan di atas bukit ini pun dah macam kat oversea
Pemandan UIA dari atas bukit. Bila tengok dari atas ni saya rasa alahai UIA ni kecik je.
Bermakna kita sebagai hamba ini sangatlah kerdil. 
Ini baru puncak permulaan. Keadaan di atas ini sangat lah sejuk dan berangin.
                       

SCUH, Family keduaku <3
Apa yang paling saya suka dalam program ini selain daripada cabaran dan kepuasan, jalinan ukhuwah dan talian kekeluargaan dalam kalangan ahli kelab kian terasa. Rasa seperti abang-kakak-adik. Itulah kelebihan yang ada dalam persatuan seni mempertahankan diri ini. Kita tidak terhad berada dalam persatuan, tetapi kelas latihan dan juga aktiviti-aktiviti sampingan. Seolah-seolah persatuan ini merupakan keluarga keduaku.




Sunday, August 26, 2012

Syoknya Bergambar di Hari Raya,Tapi...

Bismillahirrahmanirrahim,
Pastinya tiba di hari lebaran,ramai antara kita suka merakam gambar kan? Baik menggunakan DSLR, kamera kompak ataupun kamera henset sahaja.


 Boleh je nak amik gambar sebagai kenangan di hari yang mulia ini tapi!!!.....

|
|

|

|
|
|
|

|
|

|

|
|
|
|

|

|

|
|
|
|

|

|

|
|
|
|

|

|

|
|
|
|

|

|

|
|
|
|

|
|

|

|
|
|



  @@@     @@@


  @@   @@
  @@@

 @

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri 2012

Bismillahirrahmanirrahim,
Terimalah bingkisan yg xsecantek ini....

Semoga dikelahiran syawal ini dapat kita sama2 membersihkan hati kita , 
mejadikn KEMENANGAN UMAT ISLAM ini sbg satu anjakan buat kita.....
jom, sama2 kita sucikan fitrah kita sbg insan yg hina dan bersederhana ini yg hakikatnya byk kekurangan diri dan sering melakukan kesilapan ini.... 

Selamat Hari Raya buat Semua Umat Islam...


Wednesday, December 21, 2011

Alhamdulillah, Dapat Speedlite Walau Hanya Kerja Di Rumah!

Bismillahirrahmanirrahim,
Walaupun cuti semester kali ini saya hanya terperap duduk di rumah, namun saya bersyukur masih lagi dikurniakan akal dan badan yang sihat.Tidak perlu lah saya terus memikirkan kerja yang diandaikan sebagai hujan (klik kisah di sini)Ayah selalu berpesan, 

"Tak mengapa tak dapat bekerja cuti ini, luangkan banyak masa dengan keluarga di rumah"

Sepanjang cuti inilah saya banyak menghabiskan masa di rumah dengan menambah ilmu asas kehidupan seperti memasak dan menjahit dan juga aktiviti wajib saya iaitu MENGITAR SEMULA BAHAN TERBUANG. Ikuti kisah kitar semula sebelum ini (klik sini).
Proses Menimbang Berat Bahan
Antara Barang Yang Ditimbang.
Yang menyedihkan, nilai harga bagi 1 kg kertas jatuh dari 35sen kepada 25 sen manakala 1kg plastik dari 40 sen kepada 35 sen . Kali ini, bahan-bahan kitar semula yang dapat saya kumpulkan mencecah lebih seratus kg. Syukur Alhamdulillah. Teringat lagi kata-kata ayah, "Kita bukan nak cari untung, tapi kita nak kurangkan pepejal di rumah,duit ni sebagai pendapatan sampingan sahaja,yang penting kita hendaklah sentiasa bersyukur".

Dengan hasil pendapatan ini, dapatlah saya menyediakan serba sedikit untuk persiapan di semester 3 nanti.  Sekurang-kurangnya saya dapat mengurangkan beban tanggungan keluarga terhadap saya. Tanpa diduga, ayah memberikan upah (kerana mengemas rumah dengan bersih) kepada saya walaupun tidak dipinta.

Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah!
Betapa riangnya saya pada hari Sabtu yang lalu, saya berpeluang upgrade kamera DSLR dengan menambah aksesori lens hood dan speedlite yang dibeli secara online di laman Mudah.my. Cukuplah saya sekadar beli produk yang murah dahulu. InshaAllah jika ada kesempatan dan kemurahan rezeki, bolehlah saya beli gajet seperti Encik Khairul Azmi.
Kalau diikutkan dari sudut ekonomi peribadi,duit poket saya tidak mencukupi untuk membeli kehendak tersebut.  Tetapi,dengan mengitar semula bahan-bahan terbuang, kita dapat menjana sedikit pendapatan.

Ketuk-Ketuk Hati: Sudahkah anda bersedia merubah keadaan? Bumiku Lestari,Hidupku Damai Abadi. Sayangi Alam Sekitar

Friday, December 16, 2011

Masihkah Ada Sinar Buat Si Perokok? l Do A Smoker Have Shining Life?

Bismillahirrahmanirrahim,
Awal pagi semalam,saya ada menerima email daripada Nuffnang mengenai 'Pertandingan Fotografi Tak Nak Merokok' yang perlu dipostkan ke dalam blog. Terkinja-kinja saya dibuatnya,apa tajuk dan pengisian yang nak ditulis lebih-lebih lagi dia macam suruh tulis dalam bahasa Inggeris. But, it's small matter.
Mutakhir ini,pihak Kementerian Kesihatan menganjurkan Pertandingan  Fotografi / Photo Contest sempena Kempen 'TAK NAK MEROKOK'. Tujuannya? Tak lain tak bukan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang 'penyakit' merokok. Almaklumlah,kadang kala kalau kita buat kempen secara isentif besar-besaran pun, belum tentu masyarakat sedar.Kempen itu seakan-akan boneka di mata mereka yang hanya dijadikan alat permainan semata-mata. Justeru, kementerian mengambil inisiatif menggunakan bahan-bahan ilustrasi bergambar untuk mencelikkan lagi mata mereka. 
" Sekeping Gambar Mampu Memberi Sejuta Makna" 
 Apa yang menarik di sini,siapa yang terpilih dalam penyertaan  akan diberi hadiah 'Duit Free'. Siapa tak nak duit free, betul tak? Banyak hadiah yang menarik antaranya:
• Grand Price cash-RM 1,000.00
• 2nd Price cash-RM 700.00
• 3rd Price cash-RM 500.00
• 4th Price cash-RM 300
• 5th Price cash-RM 150
• Consolation Price – Voucher Worth RM50.00

Menarik bukan? Walaupun kita sibuk mengejar hadiah seperti di atas, apa yang diutamakan adalah mengikhlaskan diri kita untuk membantu masyarakat sekali gus menyedarkan mereka tentang padahnya merokok ini.

Jika anda berminat untuk menyertainya,anda boleh melayari laman web rasmi kempen ini di sini dan laman web nuffnang mengenai iklan ini di sini .
"Saya Nak Menang Pertandingan Ini!"
Di sini, saya pamerkan foto-foto yang sempat saya rakamkan dan apa yang saya harapkan di sini,semoga foto saya ini boleh menyetap hati dan jiwa mereka yang merokok. Seperti yang kita tahu, merokok boleh membunuh diri kita dan orang sekeliling / Smoking kill us and our surrounding.  So,let us says 'TAK NAK' towards smoking.


TAJUK FOTO: Masihkah Ada Sinar Buat Si Perokok


Setelah sekian lama aku merokok, ada sesetangah orang mencemuhku kerana mulutku berbau,bibir kehitaman,dan asap berkepul-kepul....menyebabkan mereka tidak selesa denganku. 
Suatu hari, aku terdiam kerana benar-benar ingin berhenti merokok,namun sayang.....sukar untukku menghentikan ketagihanku ini setelah sekian lama berlubuk ini.
Aku disahkan mengidap sakit jantung. Bila aku merenung ke langit, lalu terdetik 
"Masihkah Ada Sinar Buatku?"

TAJUK FOTO: Abah,Berhentilah Merokok...
Rintihan 3 orang anak,"Abah,janganlah merokok lagi,kami sayangkan abah".


Sunday, December 11, 2011

Gambar Gerhana Bulan 11 Disember

Bismillahirrahmanirrahim,


SubhanaAllah...SubhanaAllah...SubhanaAllah...

Itulah bait-bait kalimah yang terpacul dari mulut semasa diterangi gerhana bulan pada malam 11 Disember semalam.
Ini adalah beberapa gambar yang sempat cerap semalam melalui lensa buruk saya. Hayatilah seni ciptaan Ilahi ini.