Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...minggu ni saya berkesempatan pulang ke rumah untuk meraikan majlis walimah abang ipar di Pahang. Saya ajak sahabat rapat, Shifa (si gendut :-D) turut ikut sekali.
Selepas habis walimah, kami sempat singgah di UTHM Parit Raja, untuk menikmati musim bunga yang melanda seluruh Malaysia sekarang ini.
Banyak-banyak pokok di sini, UTHM lah yang ada lebat pokoknya dan pemandangan yang cantik.
Banyak-banyak pokok di sini, UTHM lah yang ada lebat pokoknya dan pemandangan yang cantik.
Difahamkan pokok spesis ini akan berbunga lebat selepas mengalami musim panas yang ketara. Ini juga menandakan musim hujan bakal melanda.
Rasanya, sebelum-sebelum ini tak pernah pula saya perasan pokok ini berbunga. Pokok-pokok ini seingat saya ditanam semasa saya Darjah 6, tahun 2004. Apa-apapun, setelah Allah uji kita dengan kemarau yang panjang, Dia jualah beri rasa tenang dan damai dengan hadirnya pokok berbunga ala Korea seperti ini. SubhanAllah. Sebaik-baik Pencipta Yang Paling Agung!
Kami memang suka ber-dating bersama. Bertukar-tukar pandangan. Rapatkan ukhuwah. |
Semoga Thabat, wahai sahabat. |
Post untuk model. |
Biasalah, manusia memang suka berangan. :-P |
Masjid UTHM, mengingatkan kami pada Masjid Sultan Ahmad Shah,UIAM. Sungguh, indah sebenarnya biah dan tarbiyyah di sana. |
2 Perkongsian:
comel la akak!!
Post a Comment