Post Terbaharu :

Monday, November 7, 2011

Perlu Ke Lontar Mortar Board Di Hari Konvokesyen?

Bismillahirrahmanirrahim,
Pada kebiasaannya, di penghujung tahun kebanyakan IPT-IPT di Malaysia ini mengadakan istiadat konvokesyen bagi pelajar-pelajar yang tamat pengajiannya. Tersenyum riang pabila melihat sang anak menggengam segulung ijazah sambil keharuan memeluk ibu dan bapanya. 

Kemudiannya, berkumpul bersama kawan-kawan yang baru sahaja mendapat gelaran 'Graduan' dan menanggalkan mortar boardnya (topi yang dipakai semasa konvokesyen) dan akhirnya dilambung ke atas dengan serentaknya.
Persoalannya di sini, PERLUKAH MORTAR BOARD ITU DILONTARKAN? Bukankah topi itu diumpamakan sebagai ilmu dan ianya terletak di atas kepala kerana peranan dan nilai ilmu itu yang tinggi? Jadi, bukankah perbuatan melontarkan mortar board itu seakan-akan kita 'mecampak' atau lebih manisnya dikatakan sebagai 'menghina' ilmu itu sendiri?

Mungkin ada yang berpendapat, perbuatan itu cuma melambangkan keriangan atau kebebasan atau kemerdekaan setelah bertarung bagaikan berjuang di medan peperangan menuntut ilmu....aik, bukankah menuntut ilmu itu tidak mengenal titik noktah? Bak kata pepatah:

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Ada juga yang berpandangan perbuatan tersebut sudah dikatakan 'adat' ketika konvokesyen seperti mana 'adat' meniup lilin ketika majlis hari lahir.Terpulanglah bagi mereka yang menafsirnya. Teringat kata-kata ayah, 

"Bila dah konvo ini, jangan ingat kita sudah berada di kemuncak, 
keluar dari Universiti belum tentu kita dapat kerja,
 cuba lihat berapa ramai penganggur yang masih merempat, 
berusahalah dan yakinlah akan rezeki Allah"

#foto ihsan daripada Insaniah Corner
Sekalung tahniah buat kakakku,Nurul Akma yang baru sahaja menerima scroll semasa Istiadat Konvokesyen Uitm kali ke 75 di Uitm Shah Alam pada 27 Oktober yang lalu.

Ketuk-Ketuk Hati: Raikan kejayaan anda dengan sujud syukur  kepadaNya ...

1 Perkongsian:

nurhamizatulzullraooh said...

Entahlah saya tak pernah berkonvokesyen pun lagi..teringin juga memegang segulung ijazah tu tapi tak nak membaling Mortar Board atau topi tu bukannya murah itupun kena bayar sewa kalau jatuh kotor macam mana selepas dilambung?

Post a Comment