Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, untuk semester kali ini saya dapat bilik di tingkat 1. Sudah 2 tahun duduk di tingkat 4, iaitu paling atas sekali. Saya masih lagi duduk di Mahallah Asiah sejak tahun pertama. Kebanyakan penghuni di sini terdiri daripada kuliyyah ICT, Engineering, Human Science, dan Architecture.
Di UIA, mahallah (kolej keidaman/asrama) cuma ada 4 tingkat. Cuma Mahallah Sheikh Humaid, sebuah mahallah baharu yang ada 5-6 tingkat.
Ruang belajar dan tidur. |
Bilikku yang kemas. |
Meja belajar & stick board. |
Keluar je bilik, terus jumpa mesin basuh, sinki, tandas dan water cooler. |
Ruang tamu. Bahagian luar agak bersepah sedikit. |
Yuran bagi Mahallah ialah RM420 + RM12.50 (kos elektrik) bagi setiap semester. Mahallah Asiah ni boleh dikategorikan Mahallah yang baharu lah juga sejak dia siap dibina pada tahun 2006.
Walaupun saya agak kecewa dengan kebanyakan admin-admin UIA ni, saya bersyukur masih ditempatkan dengan tempat tinggal yang selesa dan berkonsepkan privasi. Cuba bandingkan di universiti lain, ada yurannya mahal sangat. Berkongsi bilik yang ramai. Ada yang tak dapat kolej langsung, terpaksa tinggal di rumah sewa.
Bersyukurlah...
Misi kita sekarang, adalah misiku kuza, manfaatkan peluang kemudahan sebaik-baiknya.
Bersyukurlah...
0 Perkongsian:
Post a Comment