Bismillahirrahmanirrahim,
Pejam celik, pejam celik. Rasa seperti baru masuk UIA. Rupa-rupanya sudah masuk tahun ketiga. Lagi 4 semester untuk dihadapi iaitu lebih kurang 2 tahun lagi.
Kali ini bukan masa untuk bermain-main lagi. Sudah patut mula serius. Belajar dari pengalaman yang lepas.
Semester yang sudah berlalu, saya sudah merasa zaman gemilang, menjadi aktif, menjadi pasif, berseronok bersama kawan-kawan, berseorang diri, dapat rezeki yang tak dijangkakan, zaman kurus gemuk, zaman senang susah, boros, kena saman, dapat keputusan cemerlang, dan pernah gagal dalam subjek. Dan macam-macam lagi.
Ini semua rencah kehidupan. Apatah lagi itulah kehidupan seorang pelajar. Itulah pengalaman. Pengalaman sememangnya mematangkan hidup.
Ini semua rencah kehidupan. Apatah lagi itulah kehidupan seorang pelajar. Itulah pengalaman. Pengalaman sememangnya mematangkan hidup.
Tahun Pertama
Zaman 'Pengenalan'
Tahun Kedua
Zaman 'Kejahatan'&'Kejatuhan'
Tahun Ketiga
Zaman 'Kembali'
Tahun Keempat
Zaman 'Bekerja'
Cuma apa yang saya tidak tahu dan anda juga tidak tahu, apa yang akan berlaku dalam masa 2 tahun ini? Semoga Allah permudahkan urusan duniawi dan ukhrowi kita.
Ayuh Tajdid Niat!
0 Perkongsian:
Post a Comment