Post Terbaharu :

Friday, November 28, 2014

Pra FYP1 (Final Year Project 1)

Bismillahirrahmanirrahim,
Minggu ini merupakan minggu prereg subjek untuk semester hadapan. Sudah tiba masanya saya mengambil subjek Final Year Project (FYP). Rasa gentar dan takut  itu ada. Tinggal ini sahaja project yang kena buat dan ini juga sebagai produk yang kita hasilkan setelah berhempas pulas belajar degree di sini. 

Kadang-kadang tu cemburu juga tengok pelajar kos lain, takde FYP. Kalau ada pun setakat thesis dokumen. Praktikal pun cuma 2-3 bulan. Tapi kami ni kena sampai 6 bulan. Itulah cabaran ambil bidang sains teknologi ni. Ada kualitinya di situ.

Kalau jadi pelajar IT, akan ada dua FYP iaitu FYP1 dan FYP2. Kalau jadi pelajar CS pula, cuma perlu ambil satu FYP. FYP kami tu bukanlah bermakna kami perlu menghasilkan dua projek, ianya cuma dibahagikan kepada dua bahagian, teori/proposal dan prototaip.

Saya teringat lagi pesanan senior saya, Bro Pdaus semasa zaman tahun pertama. Dia kata 'Start by now, think about your FYP'. Masa itu, saya blurr. Perkataan FYP pun saya tak tahu apekah bendanya itu. Lagipun masa tu saya masih di tahun pertama. So 'chill and relax' sahaja yang saya tahu. Kononnya banyak masa lagi untuk fikirkannya.

Bila sudah masuk tahun ketiga sekarang ini, Nah! Rasakan. Terkinja-kinja mahu mencari idea benda yang nak dibuat!

Berdasarkan survey yang saya buat pun, masih ramai juga yang tak tahu lagi nak buat apa. Kami boleh buat sesuatu berdasarkan apa yang telah kami belajar di kuliyyah ni seperti software, aplikasi, sistem dan sebagainya.

=================================================
Selain perlu memikirkan projek yang nak dibuat, pencarian project partner pun perlu dititik beratkan. Ini juga banyak bagi kesan pada diri kita dan juga projek itu sendiri. 

Berhempas pulas juga saya mencari rakan projek yang sesuai dengan saya. Masing-masing mahu dengan kawan sendiri. Kalau ikutkan, saya lebih selesa buat seorang diri. Pengalaman buat projek berkumpulan sebelum ini, rasanya macam asyik buat kerja sorang-sorang. Nak buat kerja partner ni kadang-kadang bagus. Kadang-kadang pun tidak. Risau juga kalau tak sependapat. 

Ada seorang brother ni ajak saya jadi partner dia. Dia nak buat website katanya. Tapi saya yang nak ambil concentration in multimedia dan security ni, dia suruh saya ambil subjek advanced database. Tak kan lah sebab dia saya kena berkorban buat benda yang saya tak nak.

Saya terpaksa menolaknya. Saya ada tanya beberapa senior,ada yang buat seorang diri. Itu yang membuatkan saya mahu buat seorang diri. Sudah-sudahlah hidup kita asyik bergantung pada orang lain. 

Sebenarnya saya nak buat projek ada kaitan dengan multimedia. Dah itu yang saya yakin mampu buat. Jangan sebab kita berseorangan, kita tidak boleh nak buat dan berpijak pada kaki sendiri.

Malam itu juga, ada seorang brother ni wassap, ajak jadi partner FYP dia. Kebetulan pula kami ada minat yang sama. Tiba-tiba itu jugalah saya dapat idea apa nak buat untuk projek kami nanti. Apa yang saya fikir, mungkin kami boleh saling melengkapi, ada benda yang saya tak tahu, mungkin dia tahu. Bro Pdaus pun pesan, partner pun jangan ramai-ramai. Mesti ada yang kurang kerja nanti.

Semoga perjalanan sepanjang FYP ini nanti dipermudahkan. 








Monday, November 24, 2014

Pengalaman Bermain Paintball

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah tiba juga di UIA setelah 4 hari berada di Arau dan Kangar Perlis,
mewakili atlet PKPIM bersama sahabat dalam sukan Paintball bersempena Pesta Sukan dan Kebudayaan 2014 Majlis Belia Negara Peringkat Kebangsaan.
Tidak pernah-pernah mencuba sukan ini, tiba-tiba sahaja jadi bidan terjun. Agak sedikit janggal ketika ia berlangsung. Manakan tidak, kebanyakan atlet yang hadir ketika itu didominasi oleh kaum lelaki. Hanya dalam 3, 4 orang perempuan sahaja yang ada. Mereka yang menyertainya kebanyakan sudah peringkat professional.

Sebanyak 6 pusingan game, 5 daripadanya kami kalah. Namun, pada game terakhir kami menang jua.

Saat yang paling ditakuti adalah saat ditembak oleh pihak lawan. Jujur saya katakan, bagi sesiapa yang tak pernah mencuba sukan Paintball ini lagi, dengan memegang senapang Marker yang berat bersama topeng Mask, akan merasa seolah-olah berada di medan perang. Kawan-kawan saya ada yang sampai tercedera. Saya ditembak di bahagian kepala. Rasa seperti peluru menusuk kepala ketika itu. Sudahlah pula tu, kami tak membawa sebarang peralatan perlindungan diri. Menakutkan.

Terfikir, bagaimana agaknya mereka yang berada di medan perang sebenar? Mudahkah mahu mati syahid itu?

Benarlah, jihad/mujahadah itu pahit, bukan semudah disangka.

Kita bukan tentera persis Sang Al Qasam, kita ini manusia biasa.
Dan jihad yang paling kecil itu adalah jihad melawan nafsu sendiri.


Sunday, November 16, 2014

Rehlah Di Sungai Kanching

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, semalam berkesempatan ber-rehlah bersama rakan-rakan satu persilatan, Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM Gombak di Sungai Kanching, Kepong. Kalau diikutkan program ni dah ditangguhkan banyak kali. Tapi kali ni mereka nekad juga untuk buat.









So far puas. :-)