Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah tiba juga di UIA setelah 4 hari berada di Arau dan Kangar Perlis,
mewakili atlet PKPIM bersama sahabat dalam sukan Paintball bersempena Pesta Sukan dan Kebudayaan 2014 Majlis Belia Negara Peringkat Kebangsaan.
Tidak pernah-pernah mencuba sukan ini, tiba-tiba sahaja jadi bidan terjun. Agak sedikit janggal ketika ia berlangsung. Manakan tidak, kebanyakan atlet yang hadir ketika itu didominasi oleh kaum lelaki. Hanya dalam 3, 4 orang perempuan sahaja yang ada. Mereka yang menyertainya kebanyakan sudah peringkat professional.
Sebanyak 6 pusingan game, 5 daripadanya kami kalah. Namun, pada game terakhir kami menang jua.
Saat yang paling ditakuti adalah saat ditembak oleh pihak lawan. Jujur saya katakan, bagi sesiapa yang tak pernah mencuba sukan Paintball ini lagi, dengan memegang senapang Marker yang berat bersama topeng Mask, akan merasa seolah-olah berada di medan perang. Kawan-kawan saya ada yang sampai tercedera. Saya ditembak di bahagian kepala. Rasa seperti peluru menusuk kepala ketika itu. Sudahlah pula tu, kami tak membawa sebarang peralatan perlindungan diri. Menakutkan.
Terfikir, bagaimana agaknya mereka yang berada di medan perang sebenar? Mudahkah mahu mati syahid itu?
Benarlah, jihad/mujahadah itu pahit, bukan semudah disangka.
Kita bukan tentera persis Sang Al Qasam, kita ini manusia biasa.
Dan jihad yang paling kecil itu adalah jihad melawan nafsu sendiri.
0 Perkongsian:
Post a Comment