Post Terbaharu :

Friday, September 28, 2012

Bertunang... :-)

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, hari demi hari usia semakin menjejak dewasa. Agama dan pengalaman hidup inilah yang menjadikan kita semakin matang.
Cincin Belah Rotan-InsaniahCorner Photography
Dan baru-baru ini, hidup kita semakin sibuk dengan urusan dunia sabagai satu bekalan di akhirat kelak,maka keputusan untuk saya mengikat tali pertunangan terlaksana. Di sini saya sertakan gambar-gambar sepanjang majlis pertunangan saya...
|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|

|
|

|
|
|
|

|
|
|
|

Inilah pertunangan saya. PERTUNANGAN DENGAN PERJUANGAN. Mencari ilmu untuk mempertingkat diri ini supaya mendapat bekalan yang secukupnya di akhirat kelak.Memandangkan kita ni hamba, jadi kenalah ikut tuntutan Allah S.W.T

Dulu selepas tamat SPM, saya pernah terfikir untuk memiliki sebuah keluarga di usia yang muda. Bukan kerana 'Gatal', tetapi berkeinginan untuk mendidik anak-anak dan keluarga yang soleh dan mahu memahami peritnya menjadi seorang ibu dan isteri. Tetapi,pengalaman bersama sahabat-sahabat di UIA,membekukan seketika keiginan saya tersebut. Tidak semudah disangka bernikah di usia muda ni lagi-lagi di saat kita untuk menuntut ilmu...memikirkan bagaimana dengan komitmen kita terhadap pelajaran dan keluarga nanti? Lebih-lebih kehidupan belajar Degree agak busy dan perlunya kesabaran. Bukan niat untuk menakutkan orang lain,tetapi bersediakah kita? Klik Sini

SELAMAT BERMUJAHADAH SAHABAT2 SEMUA :-D
















Kenapa Mesti 'Innconcence' Dalam Filem "Innoncence Of Muslims"?

Bismillahirrahmanirrahim,
Pertama-tama kali,marilah kita suburkan lidah kita dengan ucapan selawat dan salam ke atas lagenda terhebat Islam,Rasulullah S.A.W.

"Ummati...Ummati..."
Adakah kita masih ingat kata-kata ini? Apa tu? Pasal mati ke? Tidak.Inilah satu-satunya kata-kata terakhir Rasulullah S.A.W sebelum Baginda wafat iaitu Umatku...

Betapa sayangnya Baginda kepada kita  walaupun kita belum menjejak bumi lagi tika itu. Betapa risaunya Baginda akan kita pada hari ini hidup yang disogokkan dengan hiburan duniawi dan melambaikan 'Goodbye& Tata' kepada akhirat. 

Semellia ini, Islam semakin dibobrokkan dengan laungan 'ISLAM ITU LEMAH!' ISLAM ITU LEMAH! Siapa yang berkata sedemikian? Of course musuh-musuh Islam sejak berkurun lamanya. Paling terkini, kita dicaci dan dihina cukup keji melalui Filem Hot ,'Innoncence of Muslims' arahan Sam Bracele. 


Why the title is 'Innoncence'? 
Atau dalam Bahasa Melayu, 'Umat Islam Yang Tidak Bersalah'. Padahal filem ini terlalu banyak adengan-adengan melambangkan perbuatan salah Nabi. Adakah ini sebagai 'marketing strategy' penerbit filem tersebut? Atau adakah ianya membawa maksud: Manusia itu secara fitrahnya tidak bersalah apa-apapun,tetapi setelah kehadiran Muhammad yang membawa ajarannya,menyebabkan mereka menjadi sesat?
Wallahualam...

Inilah trend terbaharu musuh Islam untuk menjatuhkan Islam. Inilah suatu gaya penghinaan yang berubah mengikut zaman. Inilah satu taktik mereka untuk mengelirukan manusia.Jika dahulu,Nabi pernah dibaling dengan batu  dan najis, apa pula selepas ini? Hoho,sedangkan mereka sendiri tahu suatu hari nanti Islam akan mencapai kemenangan sekali lagi.Bak kata orang, "Risau le tew".

"Kalau aku, aku nak bunuh je si pengarahnya tu!" 

"Dah tu, macamana kau nak pergi negara barat tu? Kau ada duit nak fly ke?"

"Erkkk....."

Very typical muslim! Mungkin kita mahu sahaja bunuh si penghina Nabi itu. Sedarkah kita,si kafir baru sahaja menjetik kita,tetapi kita sudah melatah! Mahu berdemo itu ini. Mahu berjihad. Mahu pertahankan kebenaran.Mahu pertahankan Nabi. Yaa...itu semua niat yang baik. Tapi, ada tak lidah kita ni rajin bersalawat ke atas Baginda? Kau ada?
Sejauh mana hak kebebesan suara ini? Sedangkan musuh-musuh Islam buat-buat tidak endah kepada kita.

Ingat sahabat-sahabat semua, Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa bersebab. Sudah tentunya Dia menurunkan hikmah buat kita. Namun,kita pada hari ini melenting melangit!

Ketuk-Ketuk Hati:
Masihkah ada cinta di hati kita buat Baginda? Adakah cinta kita hanya bermusim sahaja yang menunggu isu-isu hot keluar? Musuh-musuh Islam tidak akan berhenti mencaci kita...

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
(Surah Al Baqarah,ayat 120)