Post Terbaharu :

Showing posts with label Silat Cekak Ustaz Hanafi. Show all posts
Showing posts with label Silat Cekak Ustaz Hanafi. Show all posts

Sunday, March 15, 2015

Ujian SRP

Bismillahirahamanirrahim,
Alhamdulillah, pada 14 Mac 2015 semalam, saya bersama rakan-rakan sepersilatan Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM Gombak telah menduduki ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) di Akademi SCH dan syukur kami telah lulus dalam ujian ini.
SRP ni kira macam ujian PMR. Apa yang kita sudah belajar dalam silat cekak, kita apply dalam ujian ini. Boleh tahan dasyat. Dalam ujian ini ada ujian teori dan praktikal. Dalam ujian praktikal lah saat paling menakutkan. Kita menangkis serangan musuh. 

Pada awalnya, memang saya berat hati nak ambil ujian ini disebabkan tidak rasa begitu yakin. Orang yang hebat-hebat je boleh ambil. Bila kawan saya ajak, saya kata pada dia: 
"Alah....ujian SRP ni bukan boleh bawa ke kubur pun nanti".

Kami sempat berlatih silat selama 2 minggu hasil didikan dan bantuan Tuan Penyelia, Abang Husni yang tak jemu-jemu mencurahkan ilmu. 

Bila sudah berada di pentas ujian, perasaan takut itu membuak-buak. Bila sang musuh datang di hadapan kita, perasaan itu boleh diketepikan. Yang penting kita dapat menjatuhkan musuh, Perasaan takut boleh bertukar jadi berani. Sebenarnya, lemah itulah sumber kekuatan.

Bila diumumkan kami lulus,
"Memang silat ini tak bawa ke kubur, 
tapi boleh bawa ke restoran depan kubur"


Muka-muka lega selepas tamat bahagian masing-masing.
 
Awesome Team!




Terima kasih Abg Husni, pengajar yang setia, UIA Kuantan sponsor bas, Si Gendut yg byk tolong mengajar, Zahra suka mengajak, Kak Fika,Nina dan Amal yang spend masa utk berlatih dan sahabat2 yang lain. :-)








Sunday, February 1, 2015

Dalam Kenangan: SCUH Line Up 13/14

Bismillahirrahmanirrahim,
Gambar kenangan bersama barisan line up Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM Gombak. Tak banyak jawatan yang saya pegang ketika di main campus berbanding zaman asasi dahulu. Cukuplah saya join kelab silat ini. 

"Takpe tak mahir dalam silat, kita akan mahir benda lain"
-Saufi, ex President-




Sunday, November 16, 2014

Rehlah Di Sungai Kanching

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, semalam berkesempatan ber-rehlah bersama rakan-rakan satu persilatan, Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM Gombak di Sungai Kanching, Kepong. Kalau diikutkan program ni dah ditangguhkan banyak kali. Tapi kali ni mereka nekad juga untuk buat.









So far puas. :-)




Tuesday, April 22, 2014

Wajadiri SCUH 2014

Bismillahirrahmanirrahim,
19April2014 - Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi 2014 telah pun melabuhkan tirai. Alhamdulillah semuanya selesai. Lepas ni, takdelah nak kena berlatih hard untuk silat ini seperti yang saya kisahkan dalam entri sebelum ini


Alhamdulillah...tak disangkakan dapat pingat gangsa dalam acara 'Adegan Praktikal' Wajadiri Silat Cekak Hanafi di UMT semalam bersama rakan sepasukan.
Selama ni xpernah nak ada pingat sendiri. 



Syukur, terbalas rasa penat lelah, sakit dan lebam2 dkat badan ini. 
InshaAllah dgn kejayaan ini jadi satu pemangkin untuk masa akan datang. Biarlah kejayaan itu datangnya berperingkat-peringkat.
Apa2pun harus diingat, kejayaan itu satu ujian. 

Photo: Alhamdulillah...tak disangkakan dapat pingat gangsa dalam acara 'Adegan Praktikal' Wajadiri Silat Cekak Hanafi di UMT semalam bersama rakan sepasukan.
Selama ni xpernah nak ada pingat sendiri. :'(

Syukur, terbalas rasa penat lelah, sakit dan lebam2 dkat badan ini. 
InshaAllah dgn kejayaan ini jadi satu pemangkin untuk masa akan datang. Biarlah kejayaan itu datangnya berperingkat-peringkat.
Apa2pun harus diingat, kejayaan itu satu ujian. :-D

Wednesday, April 16, 2014

Road To Wajadiri'14

Bismillahirrahmanirrahim,
InshaAllah pada 19 April ini, saya bersama rakan sepasukan, Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM akan bertanding dalam Kejohanan Wajadiri Nasional 2014 Silat Cekak Ustaz Hanafi yang bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Sabtu ini.
Ter-typo error. Sepatutnya 'Universiti Malaysia Terengganu'.
Persiapan dan latihan untuk kejohanan ini telahpun dilaksanakan 2-3 bulan yang lalu. Masing-masing nampaknya begitu bersungguh-sungguh dalam kejohanan ini. Saya masuk dalam acara 'Adegan Praktikal' bersama Nafisah dan Shifa. Lagipun memang saya teringin nak berlakon. 

Mulanya, saya fikir acara ini mudah sebab hanya perlu berlakon. Rupa-rupanya tak semudah disangkakan. Jalan cerita, dialog dan aksi silat perlu diselaraskan. Apatah lagi kami perlu reka cerita bertemakan sukan dan pilih buah silat yang bersesuaian.
Baru-baru ini, kami berlatih bersungguh-sungguh. Ada yang dari petang hingga ke malam. Di waktu kuliah, saya hairan kenapa saya sangat mengantuk dan sakit badan dalam kelas. Rupa-rupanya, ada banyak kesan lebam di bahagian badan. Kesan lebam pada Nafisah dan Shifa lagi banyak. Terkejut saya melihatnya. 
Nafisah pernah berpesan,

"Dalam silat ini, kita tak boleh lah nak merungut. 
Masing-masing akan rasa sama sakit"


Terkedu mendengarnya. Sepanjang latihan, saya tak nafikan memang wujudnya konflik dan emosi antara kami walaupun kami sudah kenal sejak di UIA PJ. Apa yang saya belajar dalam silat ini, keserasian,kerjasama, disiplin antara rakan pasukan perlu ada dan itulah kunci utama dalam satu pasukan.

Alhamdulillah, semalam kami dapat finalize-kan jalan cerita silat ini. Terima kasih buat jurulatih yang sudi membantu kami terutamanya Abang Saeqal, Kak Zati, Kak Fiza dan yang lain-lain. Walaupun kami ini masih tahap 'adik-adik', mereka masih lagi boleh beri kami tunjuk ajar dan motivasi buat kami. Shifa pula mengingatkan,

"Kita buat je yang terbaik nanti. 
Buat yang terbaik tu bukan redha macam tu je. 
Yang terbaik tu selepas kita dah buat bersungguh-sungguh "
Doakan kami ye.

P/S:
Sekurang-kurangnya, silat ini bukan hanya sekadar mengajar silat, tetapi turut mendidik pembangunan diri jua yang bukan mudah diperoleh walaupun nampak macam enteng je. Dan yang paling penting, kami peroleh pengalaman kan? Daripada tiada apa-apa.

Thursday, May 2, 2013

First Date

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, bersempena cuti Hari Buruh 1 Mei semalam, saya bersama Adlina,sahabat Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 bertempat di PWTC. Ini merupakan kali kedua saya ke pesta buku ini. 

Dan...inilah kali pertama saya keluar berdating' bersama Ed. Bagi saya, biasanya kita keluar bersama roomate ataupun classmate. Inikan saya bersama silat-mate.  

Sebaik tiba je di sana, masyaAllah....berduyun-duyun manusia berasak-asak di PWTC tu. Saya niat nak ke booth karangkraf, nak mencari majalah PC manakala si Ed tercari-cari buku Hlovate. Setapak demi setapak kami berjalan di tengah kesesakan orang ramai tu. Saya mencari ruang bernafas. Keadaan dalam dewan tu tersangatlah panas dek orang ramai mengeluarkan haba. 

Masa tengah terkapai-kapai dalam kesesakan tu, saya melihat orang di sebelah saya. Rupa-rupanya Ustaz2 dari kumpulan nasyid Rabbani berada disebelahku. Merah padam mukaku dibuatnya. Yelah...artis islamik kot. Huhu.

Apa yang bestnya di pesta buku ini, banyak buku-buku baru dan menarik dijual pada harga yang murah.

Kami pun tak lama di situ. Ini sebabnya saya tak tahan dengan kesesakan orang ramai. Lepas Ed dah dapat buku yang dicarinya. Kami terus ke Wangsa Walk untuk mencari kasut Ed ni. Sepanjang perjalanan, kami banyak berbual tentang isu politik.

Kami makan di KFC berhampiran Wangsa Walk. Sorry to say, servis KFC di situ seakan-akan 'hancur'  dek mereka menggunakan sistem Order dan Pickup makanan berasingan. Makanan ni semuanya Ed belanja sebagai tanda penghargaan kami dalam tugasan aktiviti silat yang lalu. Alahai apalah sangat yang saya sumbangkan...
Apa-apapun, terima kasih buat Ed sudi belanja makan KFC Korean ni :-)



Kemudiannya ke gedung pasaraya AEON Big bersebelahan dengan KFC tu. Tempatnya seperti di Carefour. Kami pun sakan membeli barang keperluan harian di situ.

++++++++++++++++++++++++++

Malam tu pula, saya ,Ed dan sahabat silat yang lagi satu ni, Ika sambut hari lahir Ed di cafe Mahallah Hafsa. Kami sambut sederhana sahaja. Makan KFC sikit dan kek Secret Recipe. :-) 
Si Ika sakan bercerita. Kami pula mampu tertawa sambil bertukar-tukar cerita.

Alhamdulillah...persahabatan yang ditemukan dalam pecarian ilmu seni bela diri ini, membuatkan hatiku ceria dan terubat kesedihan setelah lama menyepi yang kononnya sem ni saya tiada kawan.  Saya harap ukhuwah ini sentiasa berpanjangan.  Saya sudah merasakan memang SCUH adalah sebuah keluarga. 


:-D
Terima kasih Allah...
 Terima kasih Ed dan Ika...

Monday, April 15, 2013

Mendaki Bukit Tabur

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, tanggal 14 April 2013 melakar sejarah dalam hidupku bersama rakan-rakan Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) dan Shito Yu Karate Do UIAM Gombak dalam ekspedisi mendaki Bukit Tabur!

Bukit ini terletak di Taman Melawati, Gombak. Bukit ini juga betul-betul berdekatan dengan UIA!

Hampir setiap hari saya melihat bukit ini. Tak sangka pula akhirnya saya yang melihat UIA dari pemandangan atas bukit itu.

Bukit ini agak mencabar juga kerana ditaburi dengan batu-batu. Kaki dan tangan saya sampai terluka dek batu yang tajam itu. Pada mulanya saya memang takut nak mendaki bukit ini,lagi-lagi ketika betul-betul kena panjat batu sedarjah 90. Tapi saya terus set mind, ini semua 'Psychology je ni'.

Gambar ihsan daripada Zainul
Ini ketika saya naik bukit yang securam 90 degree!
Keadaan di atas bukit ini pun dah macam kat oversea
Pemandan UIA dari atas bukit. Bila tengok dari atas ni saya rasa alahai UIA ni kecik je.
Bermakna kita sebagai hamba ini sangatlah kerdil. 
Ini baru puncak permulaan. Keadaan di atas ini sangat lah sejuk dan berangin.
                       

SCUH, Family keduaku <3
Apa yang paling saya suka dalam program ini selain daripada cabaran dan kepuasan, jalinan ukhuwah dan talian kekeluargaan dalam kalangan ahli kelab kian terasa. Rasa seperti abang-kakak-adik. Itulah kelebihan yang ada dalam persatuan seni mempertahankan diri ini. Kita tidak terhad berada dalam persatuan, tetapi kelas latihan dan juga aktiviti-aktiviti sampingan. Seolah-seolah persatuan ini merupakan keluarga keduaku.




Sunday, March 10, 2013

Kelebihan Silat Cekak Ustaz Hanafi

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...akhirnya siap juga poster tentang KELEBIHAN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI ni setelah berbulan-bulan lamanya tergantung. Poster ni mula saya reka masa awal-awal menyertai persatuan ini di UIA Gombak. Tak silap masa cuti semester 1 dulu. Masa tu masih peringkat asas tapi rasa 'excited' nak buat poster untuk silat ini. 

Baru-baru ni, saya baru sahaja menamatkan peringkat asas & jatuh. Minggu depan pula dah nak masuk ijazah potong. Bertambah nekadlah saya untuk melengkapkan poster ni lebih-lebih sekarang persatuan ini sedang mencari ahli-ahli baru. 

Jadi disini saya sertakan poster yang saya buat. Anda dibenarkan & dipersilakan untuk share2 kepada umum. Semoga ianya mendatangkan manfaat buat ahli-ahli silat cekak dan bakal ahli. :-)
#Ihsan insaniah corner arts@2013LilyInsani

Wednesday, January 23, 2013

Minit Mesyuarat SCUH 2012

Bismillahirrahmanirrahim,
Cuti semester ni selain tidur,tidur dan tidur, dan game,game,game dan game, saya habiskan masa-masa yang ada dengan membantu Kak Zahra melengkapkan minit mesyuarat kelab.
First time ever buat seumur hidupku tak pernah mendapat jawatan sebagai seorang setiausaha kelab. Dah memang saya tak suka jawatan tulis menulis ni. 4 Disember 2012 yang lalu, menjadi hari pertamaku dilantik Allah sebagai naib setiausaha bagi Kelab Silat Cekak Ustaz Hanafi UIA ni.Saya memang tak minat langsung apa-apa jawatan melibatkan setiausaha ni. Tapi,mungkin inilah masanya untuk saya merasa suatu kelainan. Kalau tidak, takkanlah Allah pilih diriku untuk memikul tanggungjawab ini.

Saya berharap dapat menimba pengalaman lebih banyak lagi dan dapat mempelajari sesuatu di sebalik apa yang berlaku. Semoga Allah permudahkan urusanku.