Post Terbaharu :

Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Usrah Farewell

Bismillahirrahmanirrahim,
Biasanya kalau di penghujung sem, mesti akan ada yang nak buat gathering, reunion, jamuan, dinner dan makan-makan. Saya memang agak jarang nak join mana-mana jamuan sebabnya tak nak terlalu berseronok. Tambah lagi tengah diet dan nak berjimat cermat.

Cuma, malam semalam, rakan-rakan usrah ada nak buat 'potluck' sempena minggu terakhir halaqah untuk sem ini. Masing-masing bawa makanan sendiri untuk makan bersama. Paling sedap si Bahiyah bawa bihun goreng sedap dan si Syahirah bawah lasgna paling enak di dunia.

Dalam usrah ini, memang kita berseronok dan bahagia dapat makan sedap-sedap, dan dapat bergambar sakan, tapi kewajipan saling mengingatkan tentang akhirat dan masalah umat tidak dilupakan. Sebab itu saya lebih suka jamuan 'underground' seperti ini. Biarlah bersederhana tapi penuh dengan pengisian diri. Alhamdulillah.

Teringat satu pesan daripada seorang Madam daripada IKRAM semasa Tanzim IKRAM PJ di CFS suatu ketika dahulu,

"Sesibuk mana pun kita, janganlah tinggalkan usrah"

Ya betul. Bila kita dah berjauhan dengan keluarga ni, siapalah yang nak saling mengingatkan kita? Sebab itu kena join usrah. Lagi-lagi UIA ini penuh dengan lubuk usrah. Agak sayang kalau kita sia-siakan. Paling penting, segala pengisian itu dapat diamalkan dan istiqamah.

Terima kasih Acu, Shifa, Lily, Syahirah, Aleeya, Atikah, Farhanah dan Bahiyah. Ukhuwah Fillah! :')

Thursday, May 2, 2013

First Date

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, bersempena cuti Hari Buruh 1 Mei semalam, saya bersama Adlina,sahabat Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 bertempat di PWTC. Ini merupakan kali kedua saya ke pesta buku ini. 

Dan...inilah kali pertama saya keluar berdating' bersama Ed. Bagi saya, biasanya kita keluar bersama roomate ataupun classmate. Inikan saya bersama silat-mate.  

Sebaik tiba je di sana, masyaAllah....berduyun-duyun manusia berasak-asak di PWTC tu. Saya niat nak ke booth karangkraf, nak mencari majalah PC manakala si Ed tercari-cari buku Hlovate. Setapak demi setapak kami berjalan di tengah kesesakan orang ramai tu. Saya mencari ruang bernafas. Keadaan dalam dewan tu tersangatlah panas dek orang ramai mengeluarkan haba. 

Masa tengah terkapai-kapai dalam kesesakan tu, saya melihat orang di sebelah saya. Rupa-rupanya Ustaz2 dari kumpulan nasyid Rabbani berada disebelahku. Merah padam mukaku dibuatnya. Yelah...artis islamik kot. Huhu.

Apa yang bestnya di pesta buku ini, banyak buku-buku baru dan menarik dijual pada harga yang murah.

Kami pun tak lama di situ. Ini sebabnya saya tak tahan dengan kesesakan orang ramai. Lepas Ed dah dapat buku yang dicarinya. Kami terus ke Wangsa Walk untuk mencari kasut Ed ni. Sepanjang perjalanan, kami banyak berbual tentang isu politik.

Kami makan di KFC berhampiran Wangsa Walk. Sorry to say, servis KFC di situ seakan-akan 'hancur'  dek mereka menggunakan sistem Order dan Pickup makanan berasingan. Makanan ni semuanya Ed belanja sebagai tanda penghargaan kami dalam tugasan aktiviti silat yang lalu. Alahai apalah sangat yang saya sumbangkan...
Apa-apapun, terima kasih buat Ed sudi belanja makan KFC Korean ni :-)



Kemudiannya ke gedung pasaraya AEON Big bersebelahan dengan KFC tu. Tempatnya seperti di Carefour. Kami pun sakan membeli barang keperluan harian di situ.

++++++++++++++++++++++++++

Malam tu pula, saya ,Ed dan sahabat silat yang lagi satu ni, Ika sambut hari lahir Ed di cafe Mahallah Hafsa. Kami sambut sederhana sahaja. Makan KFC sikit dan kek Secret Recipe. :-) 
Si Ika sakan bercerita. Kami pula mampu tertawa sambil bertukar-tukar cerita.

Alhamdulillah...persahabatan yang ditemukan dalam pecarian ilmu seni bela diri ini, membuatkan hatiku ceria dan terubat kesedihan setelah lama menyepi yang kononnya sem ni saya tiada kawan.  Saya harap ukhuwah ini sentiasa berpanjangan.  Saya sudah merasakan memang SCUH adalah sebuah keluarga. 


:-D
Terima kasih Allah...
 Terima kasih Ed dan Ika...

Tuesday, February 26, 2013

Makan Di Cafe Khalij AlArabi UIAM,Gombak

Segmen Coretanku & Senyum Santai:
Bismillahirrahmanirrahim,

"Panjangkanlah ikatan ukhuwah dengan sesuatu yang berjemaah..."

Alhamdulillah, Jumaat yang lepas saya bersama dengan roomate tersayang,Muna,Fathin dan Biha dapat meluangkan masa bersama di Cafe makanan Arab yang ada di kota UIAM Gombak ini iaitu Cafe Khalij AlArabi. Walaupun kami sekuliah, tapi untuk meluangkan masa& santai bersama bukanlah mudah. Masing-masing ada komitmen.  Biha selepas masuk SUKSIS memisahkan jarak kami seketika. Fathin pula, dapat tukar kos ke UIA Kuantan pula tak lama lagi.

Lepas satu sem di sini, baru kami perasan rupa-rupanya ada restoran makanan Arab di UIA ni. Sebenarnya saya agak 'jakun' sikit bila terdengar makanan Arab ni. Almaklumlah bukan semua tempat kita boleh try makanan seperti ini. Yang kita selalu dengar asyik 'Nasi Arab' je kan. Harganya pun boleh tahan. Huhuhu. Apapun, syukurlah Allah beri peluang buat kami bersama kali ini. 

Makanan kami berempat

Lily & Biha

Muna & Fathin
Kek Oreo Cookies - RM4.50

Lauk Fathin:
Kentang Goreng, Salad, Kentang Leper, Daging Kebab - RM6.00

Lauk Lily:
Kuah Spagetti, Lobak,Kentang, Ayam Masak Arab, Salad, Makaroni - RM6.00
 

Lauk Muna:
Daging Kebab, Salad, Ayam BBQ, Makaroni, Kuah - RM7.00

Lauk Biha:
Nasi Arab, Kentang, Ayam Arab, Kuah - RM7.00

Bagi sesiapa yang berminat nak merasa makanan seperti di atas ni, boleh lah pergi ke kawasan Student Mall/ Cafe Evoke yang terletak berhampiran dengan Kuliyyah HS. Dengan makanan pun kita boleh eratkan ukhuwah. Itulah hebatnya rezeki yang Allah bagi. Penuh dengan berkat dan hikmahNya.....

Semoga kita boleh gather macam ni lagi selepas ini. InshaAllah....