Post Terbaharu :

Thursday, May 2, 2013

First Date

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, bersempena cuti Hari Buruh 1 Mei semalam, saya bersama Adlina,sahabat Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 bertempat di PWTC. Ini merupakan kali kedua saya ke pesta buku ini. 

Dan...inilah kali pertama saya keluar berdating' bersama Ed. Bagi saya, biasanya kita keluar bersama roomate ataupun classmate. Inikan saya bersama silat-mate.  

Sebaik tiba je di sana, masyaAllah....berduyun-duyun manusia berasak-asak di PWTC tu. Saya niat nak ke booth karangkraf, nak mencari majalah PC manakala si Ed tercari-cari buku Hlovate. Setapak demi setapak kami berjalan di tengah kesesakan orang ramai tu. Saya mencari ruang bernafas. Keadaan dalam dewan tu tersangatlah panas dek orang ramai mengeluarkan haba. 

Masa tengah terkapai-kapai dalam kesesakan tu, saya melihat orang di sebelah saya. Rupa-rupanya Ustaz2 dari kumpulan nasyid Rabbani berada disebelahku. Merah padam mukaku dibuatnya. Yelah...artis islamik kot. Huhu.

Apa yang bestnya di pesta buku ini, banyak buku-buku baru dan menarik dijual pada harga yang murah.

Kami pun tak lama di situ. Ini sebabnya saya tak tahan dengan kesesakan orang ramai. Lepas Ed dah dapat buku yang dicarinya. Kami terus ke Wangsa Walk untuk mencari kasut Ed ni. Sepanjang perjalanan, kami banyak berbual tentang isu politik.

Kami makan di KFC berhampiran Wangsa Walk. Sorry to say, servis KFC di situ seakan-akan 'hancur'  dek mereka menggunakan sistem Order dan Pickup makanan berasingan. Makanan ni semuanya Ed belanja sebagai tanda penghargaan kami dalam tugasan aktiviti silat yang lalu. Alahai apalah sangat yang saya sumbangkan...
Apa-apapun, terima kasih buat Ed sudi belanja makan KFC Korean ni :-)



Kemudiannya ke gedung pasaraya AEON Big bersebelahan dengan KFC tu. Tempatnya seperti di Carefour. Kami pun sakan membeli barang keperluan harian di situ.

++++++++++++++++++++++++++

Malam tu pula, saya ,Ed dan sahabat silat yang lagi satu ni, Ika sambut hari lahir Ed di cafe Mahallah Hafsa. Kami sambut sederhana sahaja. Makan KFC sikit dan kek Secret Recipe. :-) 
Si Ika sakan bercerita. Kami pula mampu tertawa sambil bertukar-tukar cerita.

Alhamdulillah...persahabatan yang ditemukan dalam pecarian ilmu seni bela diri ini, membuatkan hatiku ceria dan terubat kesedihan setelah lama menyepi yang kononnya sem ni saya tiada kawan.  Saya harap ukhuwah ini sentiasa berpanjangan.  Saya sudah merasakan memang SCUH adalah sebuah keluarga. 


:-D
Terima kasih Allah...
 Terima kasih Ed dan Ika...

0 Perkongsian:

Post a Comment