Bismillahirrahmanirrahim,
Topeng ini saya beli secara online melalui FB. Saya beli dengan student UM. Cash deposit hari selasa lepas, keesokkan hari dah dapat.
Saya tak tahulah, kenapa 'Tiba-tiba' je saya 'addicted' dengan topeng yang popular dengan gelaran anonymous atau Vendetta atau Guy Fawkesc ini. Sampai profile picture FB, cover Photo FB dan wallpaper desktop pun guna gambar topeng ini.
Kalau di UIA, topeng ini juga dikenali sebagai topeng JUU (Jom Ubah UIAM).
Kalau di UIA, topeng ini juga dikenali sebagai topeng JUU (Jom Ubah UIAM).
Adakah kerana mahu menjadi seorang hacker?
Adakah kerana bahang PRU13?
Adakah kerana isu blackout 505?
Adakah kerana orang ramai memakai topeng ini di mana-mana perhimpunan?
Adakah kerana isu tuntutan pembebasan Adam Adli?
Adakah saya sudah dilanda 'Ghawzul Fikri' (Serangan Minda)?
Saya bukanlah jenis suka ikut mengikut. Nak sertai mana-mana perhimpunan lagi lah tak boleh dek saya ni perempuan. Mak ayah tentunya risau keselamatan saya.
Saya rasa ada satu tarikan pada topeng ini. Lagi-lagi bila mendengar kisah Guy Fawkes dan cerita V for Vendetta yang berani menuntut hak-hak mereka daripada kerajaan.
Kakak saya pernah menyapa, "Kalau mereka berani, kenapa perlu pakai topeng? Mengapa tidak menunjuk diri yang sebenar?" .
Tapi topeng ini mungkin saya jadikan sekadar sebagai hobi dan bahan prop untuk artwork dan fotografi saya nanti.
1st pose. Lebih comel daripada tayang-tayang muka duckface kan? XD
4 Perkongsian:
salam..sy nak beli 1..boleh email sy x..tq muhdfaizul655@yahoo.com
Saya nk beli satu..
Email saya di google
avrillarry9@gmail.com
cari di Facebook 'Kedai Aiman'.
Terima kasih :-)
Assalamualaikum sy nk beli
Post a Comment