Bismillahirrahmanirrahim,
InshaAllah pada 19 April ini, saya bersama rakan sepasukan, Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM akan bertanding dalam Kejohanan Wajadiri Nasional 2014 Silat Cekak Ustaz Hanafi yang bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Sabtu ini.
Ter-typo error. Sepatutnya 'Universiti Malaysia Terengganu'. |
Persiapan dan latihan untuk kejohanan ini telahpun dilaksanakan 2-3 bulan yang lalu. Masing-masing nampaknya begitu bersungguh-sungguh dalam kejohanan ini. Saya masuk dalam acara 'Adegan Praktikal' bersama Nafisah dan Shifa. Lagipun memang saya teringin nak berlakon.
Mulanya, saya fikir acara ini mudah sebab hanya perlu berlakon. Rupa-rupanya tak semudah disangkakan. Jalan cerita, dialog dan aksi silat perlu diselaraskan. Apatah lagi kami perlu reka cerita bertemakan sukan dan pilih buah silat yang bersesuaian.
Baru-baru ini, kami berlatih bersungguh-sungguh. Ada yang dari petang hingga ke malam. Di waktu kuliah, saya hairan kenapa saya sangat mengantuk dan sakit badan dalam kelas. Rupa-rupanya, ada banyak kesan lebam di bahagian badan. Kesan lebam pada Nafisah dan Shifa lagi banyak. Terkejut saya melihatnya.
Nafisah pernah berpesan,
"Dalam silat ini, kita tak boleh lah nak merungut.
Masing-masing akan rasa sama sakit"
Terkedu mendengarnya. Sepanjang latihan, saya tak nafikan memang wujudnya konflik dan emosi antara kami walaupun kami sudah kenal sejak di UIA PJ. Apa yang saya belajar dalam silat ini, keserasian,kerjasama, disiplin antara rakan pasukan perlu ada dan itulah kunci utama dalam satu pasukan.
Alhamdulillah, semalam kami dapat finalize-kan jalan cerita silat ini. Terima kasih buat jurulatih yang sudi membantu kami terutamanya Abang Saeqal, Kak Zati, Kak Fiza dan yang lain-lain. Walaupun kami ini masih tahap 'adik-adik', mereka masih lagi boleh beri kami tunjuk ajar dan motivasi buat kami. Shifa pula mengingatkan,
"Kita buat je yang terbaik nanti.
Buat yang terbaik tu bukan redha macam tu je.
Yang terbaik tu selepas kita dah buat bersungguh-sungguh "
Doakan kami ye.
P/S:
Sekurang-kurangnya, silat ini bukan hanya sekadar mengajar silat, tetapi turut mendidik pembangunan diri jua yang bukan mudah diperoleh walaupun nampak macam enteng je. Dan yang paling penting, kami peroleh pengalaman kan? Daripada tiada apa-apa.