Post Terbaharu :

Showing posts with label SCUH. Show all posts
Showing posts with label SCUH. Show all posts

Sunday, February 1, 2015

Dalam Kenangan: SCUH Line Up 13/14

Bismillahirrahmanirrahim,
Gambar kenangan bersama barisan line up Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM Gombak. Tak banyak jawatan yang saya pegang ketika di main campus berbanding zaman asasi dahulu. Cukuplah saya join kelab silat ini. 

"Takpe tak mahir dalam silat, kita akan mahir benda lain"
-Saufi, ex President-




Wednesday, April 16, 2014

Road To Wajadiri'14

Bismillahirrahmanirrahim,
InshaAllah pada 19 April ini, saya bersama rakan sepasukan, Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM akan bertanding dalam Kejohanan Wajadiri Nasional 2014 Silat Cekak Ustaz Hanafi yang bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Sabtu ini.
Ter-typo error. Sepatutnya 'Universiti Malaysia Terengganu'.
Persiapan dan latihan untuk kejohanan ini telahpun dilaksanakan 2-3 bulan yang lalu. Masing-masing nampaknya begitu bersungguh-sungguh dalam kejohanan ini. Saya masuk dalam acara 'Adegan Praktikal' bersama Nafisah dan Shifa. Lagipun memang saya teringin nak berlakon. 

Mulanya, saya fikir acara ini mudah sebab hanya perlu berlakon. Rupa-rupanya tak semudah disangkakan. Jalan cerita, dialog dan aksi silat perlu diselaraskan. Apatah lagi kami perlu reka cerita bertemakan sukan dan pilih buah silat yang bersesuaian.
Baru-baru ini, kami berlatih bersungguh-sungguh. Ada yang dari petang hingga ke malam. Di waktu kuliah, saya hairan kenapa saya sangat mengantuk dan sakit badan dalam kelas. Rupa-rupanya, ada banyak kesan lebam di bahagian badan. Kesan lebam pada Nafisah dan Shifa lagi banyak. Terkejut saya melihatnya. 
Nafisah pernah berpesan,

"Dalam silat ini, kita tak boleh lah nak merungut. 
Masing-masing akan rasa sama sakit"


Terkedu mendengarnya. Sepanjang latihan, saya tak nafikan memang wujudnya konflik dan emosi antara kami walaupun kami sudah kenal sejak di UIA PJ. Apa yang saya belajar dalam silat ini, keserasian,kerjasama, disiplin antara rakan pasukan perlu ada dan itulah kunci utama dalam satu pasukan.

Alhamdulillah, semalam kami dapat finalize-kan jalan cerita silat ini. Terima kasih buat jurulatih yang sudi membantu kami terutamanya Abang Saeqal, Kak Zati, Kak Fiza dan yang lain-lain. Walaupun kami ini masih tahap 'adik-adik', mereka masih lagi boleh beri kami tunjuk ajar dan motivasi buat kami. Shifa pula mengingatkan,

"Kita buat je yang terbaik nanti. 
Buat yang terbaik tu bukan redha macam tu je. 
Yang terbaik tu selepas kita dah buat bersungguh-sungguh "
Doakan kami ye.

P/S:
Sekurang-kurangnya, silat ini bukan hanya sekadar mengajar silat, tetapi turut mendidik pembangunan diri jua yang bukan mudah diperoleh walaupun nampak macam enteng je. Dan yang paling penting, kami peroleh pengalaman kan? Daripada tiada apa-apa.

Monday, April 15, 2013

Mendaki Bukit Tabur

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, tanggal 14 April 2013 melakar sejarah dalam hidupku bersama rakan-rakan Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) dan Shito Yu Karate Do UIAM Gombak dalam ekspedisi mendaki Bukit Tabur!

Bukit ini terletak di Taman Melawati, Gombak. Bukit ini juga betul-betul berdekatan dengan UIA!

Hampir setiap hari saya melihat bukit ini. Tak sangka pula akhirnya saya yang melihat UIA dari pemandangan atas bukit itu.

Bukit ini agak mencabar juga kerana ditaburi dengan batu-batu. Kaki dan tangan saya sampai terluka dek batu yang tajam itu. Pada mulanya saya memang takut nak mendaki bukit ini,lagi-lagi ketika betul-betul kena panjat batu sedarjah 90. Tapi saya terus set mind, ini semua 'Psychology je ni'.

Gambar ihsan daripada Zainul
Ini ketika saya naik bukit yang securam 90 degree!
Keadaan di atas bukit ini pun dah macam kat oversea
Pemandan UIA dari atas bukit. Bila tengok dari atas ni saya rasa alahai UIA ni kecik je.
Bermakna kita sebagai hamba ini sangatlah kerdil. 
Ini baru puncak permulaan. Keadaan di atas ini sangat lah sejuk dan berangin.
                       

SCUH, Family keduaku <3
Apa yang paling saya suka dalam program ini selain daripada cabaran dan kepuasan, jalinan ukhuwah dan talian kekeluargaan dalam kalangan ahli kelab kian terasa. Rasa seperti abang-kakak-adik. Itulah kelebihan yang ada dalam persatuan seni mempertahankan diri ini. Kita tidak terhad berada dalam persatuan, tetapi kelas latihan dan juga aktiviti-aktiviti sampingan. Seolah-seolah persatuan ini merupakan keluarga keduaku.




Wednesday, January 23, 2013

Minit Mesyuarat SCUH 2012

Bismillahirrahmanirrahim,
Cuti semester ni selain tidur,tidur dan tidur, dan game,game,game dan game, saya habiskan masa-masa yang ada dengan membantu Kak Zahra melengkapkan minit mesyuarat kelab.
First time ever buat seumur hidupku tak pernah mendapat jawatan sebagai seorang setiausaha kelab. Dah memang saya tak suka jawatan tulis menulis ni. 4 Disember 2012 yang lalu, menjadi hari pertamaku dilantik Allah sebagai naib setiausaha bagi Kelab Silat Cekak Ustaz Hanafi UIA ni.Saya memang tak minat langsung apa-apa jawatan melibatkan setiausaha ni. Tapi,mungkin inilah masanya untuk saya merasa suatu kelainan. Kalau tidak, takkanlah Allah pilih diriku untuk memikul tanggungjawab ini.

Saya berharap dapat menimba pengalaman lebih banyak lagi dan dapat mempelajari sesuatu di sebalik apa yang berlaku. Semoga Allah permudahkan urusanku.