Post Terbaharu :

Showing posts with label UIA. Show all posts
Showing posts with label UIA. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Bila Roomate Sendiri Berkahwin...

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...hari ini genaplah sebulan sahabatku dan juga merangkap bekas roomate CFS IIUM, Ruzanna(Ruru) dan pasangannya Najib, yang merupakan sahabat dari UIA mengemudi bahtera rumahtangga <3. Sweet~~~
Shifa-Ruru-Lily-Mira
Kenangan di Pusat Sains Negara iaitu semasa kami menjadi committee untuk program Ta'aruf Week.
Masa ni Ruru masih lagi bujang Saya pun masa tu tengah 'gendut'.

Sampai hari ini, saya masih tak tersangka, dia sudahpun bergelar Isteri. Yela kan, dulu masa dalam bilik, kami masih lagi dengan perangai 'kebudak-kebudakan', gedik-gedik manja. Masa itu, tanggungjawab sebagai anak dan pelajar sahaja. Tiba-tiba hari ini, semuanya sudah berubah. 

Apa yang mengagumkan saya, mereka tak menjaja 'kisah cinta' mereka di khalayak seperti kebanyakan pasangan muda sekarang. Cukuplah hebahkan kepada umum dengan lafaz sakinah mereka. Sampai saya sendiri pun tak tahu menahu tentang hal mereka. Benarlah, jodoh itu 'rahsia' Allah. Buat apa nak bercinta-cinta sangat sebelum nikah kan?

Kahwin muda bukanlah menjadi suatu perkara yang asing dalam hidupku memandangkan keluarga, kawan-kawan sekolah ramai yang dah berkahwin di usia yang muda. Tinggal di UIA lagilah menjadi 'adat' berkahwin muda.Bila roomate sendiri yang kahwin, lagilah terasa 'aura'nya. Mungkinkah diriku juga bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini? Mungkin tidak...calon pun takde. Ilmu pun tak seberapa. Banyak benda yang perlu terisi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Masa majlis berlangsung, saya dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar mereka. Nah...manalah saya berbakat sangat ambil gambar perkahwinan ni. Inilah pengalaman pertama saya mengambil gambar orang bernikah. So far, memang agak sukarlah untuk jadi jurugambar perkahwinan ni. Banyak nak guna masa dan ruang. Mungkin faktor itulah ramai jurugambar luar mengenakan bayaran yang tinggi, paling-paling pun RM2k-4k.

Walau apapun, terima kasih kepada Ruru sudi beri peluang dan 'melantik' Lily sebagai jurugambar semasa majlis berlansung haritu. Minta maaf kalau gambar tu tak seperti diinginkan. Sebab Ly tak reti sangat ambil gambar ni.Huhu. 









Semoga Ruru dan Najib bahagia bersama dunia akhirat 
dan dapat sama-sama kejar syurga Allah.

Friday, April 5, 2013

Hari Ini.Accounting.Pening.Penat

Bismillahirrahmanirrahim,
Allahu rabbi! Hari ni hari jumaat! Terlupa nak ucapkan selawat ke atas Nabi. Ni dek terlalu fokus dengan exam mid term yang baru sahaja berakhir tadi. Paper terakhir tadi ialah paper Accounting
Study+Sarapan(Oat&Susu)
Datang ke dewan peperiksaan, pelik tengok semua orang masih lagi duduk santai. Ada yang masih study di meja exam. Ada yang buat discussion. Exam pun dimulakan sentegah jam lewat.

Masa nak jawab exam tu, kepala pening dan jadi blank. Saya jawab bahagian objektif dulu dengan harapan dapat 'hint' untuk jawab soalan subjektif nanti. Kemudiannya saya terus jawab soalan berkaitan Bank Statement. Mula2 tu rasa yakin disebabkan madam baru ajar bab ni semalam. Tup..tup lupa juga....dan xtahu untuk menjawab. Mungkin banyak benda yang kena muhasabah balik.
"Kenapalah kami, pelajar ICT ni kena wajib amik subjek elektif ini???? " 
Subjek ni bukanlah semudah yang disangka. Awal sem haritu saya yakin dapat bawak subjek ni. Sebabnya saya adalah basic sikit tentang akaun masa PMR dahulu dalam subjek Kemahiran Hidup. Dalam hidup ni, tak ada perkara yang mudah. Semuanya perlukan doa,usaha,isitqamah dan tawakal (DUIT).

Petang tu pula, saya terpinga-pinga kat dalam bilik. Tak tahu nak buat aktiviti apa. Daripada banyak membuang masa, saya pergilah Female Sport Complex untuk berjoging setelah lama tak berjogging di situ. Ok lah untuk kita release keringat study yang berhempas pulas minggu ini. Berjogging tadi hampir 4KM tanpa henti....Balik bilik sebelum maghrib,kepala semakin pening pula dan rasa penat. 

Ini sekadar coretan hari ini sebagai seorang pelajar ....memang benarlah entri sebelum ini (klik sini)

Wednesday, January 23, 2013

Minit Mesyuarat SCUH 2012

Bismillahirrahmanirrahim,
Cuti semester ni selain tidur,tidur dan tidur, dan game,game,game dan game, saya habiskan masa-masa yang ada dengan membantu Kak Zahra melengkapkan minit mesyuarat kelab.
First time ever buat seumur hidupku tak pernah mendapat jawatan sebagai seorang setiausaha kelab. Dah memang saya tak suka jawatan tulis menulis ni. 4 Disember 2012 yang lalu, menjadi hari pertamaku dilantik Allah sebagai naib setiausaha bagi Kelab Silat Cekak Ustaz Hanafi UIA ni.Saya memang tak minat langsung apa-apa jawatan melibatkan setiausaha ni. Tapi,mungkin inilah masanya untuk saya merasa suatu kelainan. Kalau tidak, takkanlah Allah pilih diriku untuk memikul tanggungjawab ini.

Saya berharap dapat menimba pengalaman lebih banyak lagi dan dapat mempelajari sesuatu di sebalik apa yang berlaku. Semoga Allah permudahkan urusanku.

Sunday, January 13, 2013

'Masa-Masa' Yang Ada Semasa Cuti Semester

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, khamis yang lalu menjadi hari-hari tekahir bertapa di UIA setelah bertarung selama 1 semester di sana. Bila dah pulang ke rumah, saya masih terfikir-fikir lagi, apa aktiviti yang menarik yang dapat saya manfaatkan sepanjang cuti semester ini? Yang hanya di kepala cuma nak main GAME! UIA hanya beri kami cuti selama 3 minggu sahaja berbanding IPT lain yang bercuti 4-5 minggu. Kami redha sahaja memandangkan selama ini memang UIA tak suka beri cuti lama-lama. Takut-takut kami lagha gitu.

Saya tertarik dengan status seorang sahabat di FB yang sempat di quoted,

" pernahkah korang merasakan masa cepat berlalu? contohnya seperti Cuti semester atau semester kuliah? ada kajian mengatakan kanak2 berusia 2-6 tahun merasakan masa usia mereka sangat lama tetapi masa itu semakin singkat apabila meningkat dewasa. ini dikaitkan dgn pengalaman. kanak2 usia 1-6 menimba lebih banyak pengalaman dimana mereka mula belajar berjalan, mengenal warna, mengenal rakan, mengenal bahaya, merasa pelbagai jenis makanan, mengenal huruf dan lain2".

"kita dah meningkat usia semakin kurang pengalaman ditimba, itu membuatkan kita merasakan masa cepat berlalu sebab kita tak banyak berbuat apa2 dan tiada pengalaman baru, cth seperti kerap tidur semasa cuti semester,ia membuatkan korg rasa cuti semester cepat sangat habis. jadi jgn biarkan masa kita terbuang begitu shj, jadi cuba timba pengalaman sebaik mungkin, tingkatkan aktiviti harian dan nikmati setiap detik usia korang".

"btw aku rase... cepatnya 2012 berlalu. sebab apa? fikirkan".
-Asyraf Ikhwan- 


Delima pelajar sekarang mungkin lebih banyak menghabiskan masa-masanya di atas katilMungkin waktu cuti inilah, satu-satunya masa yang boleh membantu keluarga di rumah. Pamerkan kerajinan kita. Pamerkan kesungguhan kita. Baru lah mak ayah yakin kita boleh berumahtangga suatu hari nanti, :-P .

Jadi,kalau tak mahu di akhir cuti nanti kita kata "Ala, cuti dah habis ke? Sekejapnya..." , rancang perjalanan sebelum ke destinasi.


" Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, 
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran 
serta berpesan-pesan dengan sabar".
Surah Al Asr,1-3.





Tuesday, January 1, 2013

Suatu Ketika: Pergaduhan Di Mahallah Asiah

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam tahun 2013, untuk segmen 'Suatu Ketika' ini, saya ingin mengajak pembaca mengimbas semula tahun 2012 yang baru sahaja pergi. Berapa banyak dosa yang telah kita lakukan. Adakah tahun ini menjadi pengakhiran semua dosa-dosa kita dengan terbukanya pintu taubat buat kita?
Di sini saya ingin mengimbas semula salah satu peristiwa yang saya sempat perhatikan iaitu pergaduhan di pintu gate belakang Mahallah Asiah,UIA sekitar sebulan yang lalu untuk dijadikan teladan bersama.

Suatu Ketika:
"I'LL KILL YOU!!! " itulah jeritan  yang mengejutkan saya dan roomate yang lain pada 6 Disember 2012 jam 10 pagi yang lalu. Saya pelik apa benda yang bising-bising di luar sana. Pada mulanya saya ingatkan makcik-makcik cleaner sibuk membersihkan jalan tar yang 'tiba-tiba' berlumuran dengan lumpur tanpa diketahui sebabnya.

Sebaik sahaja saya dan roomate mengintai dari tirai tingkap bilik, kelihatan dua orang lelaki sedang berbalah kerana sesuatu. Seorang berbangsa India yang merupakan pemandu teksi dan seorang lagi merupakan pelajar international. Ada yang kata sebab isu kebersihan dan duit. Memandangkan kamera sentiasa berkepit dengan saya, saya pun terus rakam kejadian tersebut. Yela, kami risau takut kejadian yang tak diingini berlaku. Pada awalnya mereka berperang mulut, kemudian saling bertumbuk-tumbuk. Kejadian ini akhirnya terlerai dengan kehadiran beberapa pelajar lelaki lain yang membantu masalah ini.

Malu rasanya pandangan orang luar terhadap UIA ini. Mana tidaknya, apa yang saya perhatikan pelajar tersebut terlalu baran manakala si pemandu tu cepat mengamuk.Apa pandangan non-muslim terhadap pelajar UIA yang berstatuskan 'Islam' ini? Hilanglah respect mereka. Mungkin situasi yang memaksa dia berkelakuan macamtu. Bukan mudah untuk kita terus berfikir rasional pada masa yang kritikal.


Akhir kata:

"Kita ada budaya utk berbudi bahasa,
Kita ada agama utk bersabar dan berakhlak mulia"

Friday, December 28, 2012

Kecewa Dengan UIA :-(

Bismillahirrahmanirrahim,
Dah memang lumrah hidup, tiada apa yang sempurna dalam apa-apa perkara pun. Meskipun nama UIAM gah dimata manusia kerana label 'Islam' dan 'Antarabangsa' nya, namun masih lagi ada kekurangannya terutama dalam bahagian pengurusannya. Bukanlah niat saya untuk 'kondem' UIA, post ini hanyalah palitan rasa kecewa seorang pelajar...

Pada 22 Disember yang lepas, bermulalah first paper untuk final exam ni iaitu subjek Study Circle 1 yang berlangsung di dewan CAC. Saya sungguh terkilan dan sangat kecewa pengurusan exam tersebut khususnya bahagian pengendalian dan penjaga dewan peperiksaan. Antara masalahnya:


1. Masuk exam lambat
Perkara ni dah jadi normal adat peperiksaan. Mungkin ada perkara yang nak diselesaikan sebelum peperiksaan bermula. Nasib baik masa tu, pihak UIA bagi masa tambahan 5minit.
 
2. Rushing utk terus jawab soalan

Walaupun diberi masa tambahan, sekurang-kurangnya berilah pelajar duduk dan selesakan diri seketika. Ini tidak, terus suruh jawab soalan cepat-cepat.

3. Mengarah sesetengah international student dalam bahasa melayu

Semua sedia maklum, subjek Study Circle ni sememangnya merupakan subjek bagi international student juga. Main instructor memang sudah beri arahan dalam bahasa Inggeris, tetapi ada sebahagian penjaga exam yang berada di bahagian belakang dewan mengarahkan pelajar-pelajar dalam bahasa melayu!  Sewajarnya penjaga exam peka dengan latar belakang dan penampilan pelajar untuk membezakan pelajar Malaysia dan International. Saya difahamkan, ada sesetengah penjaga exam merupakan orang awam yang berkerja secara part time. 

4. Ada seorang penjaga kertas terlampau bising! Annoying! 

Yang ini memang saya tak boleh terima! Ada seorang penjaga exam lelaki ini mengarahkan pelajar dengan nada yang tinggi sehingga mengganggu tumpuan lebih-lebih ketika exam tersebut saya duduk di bahagian belakang sekali.Kebanyakkan pelajar datang lewat ke dewan. Dah memang tugas penjaga exam tersebut untuk bantu pelajar tersebut mencari meja exam mereka. Tapi, takkanlah beliau tidak tahu tatatertib dan etika dalam dewan peperiksaan? Tidakkah UIA beri penjelasan sepenuhnya kepada unit-unit peperiksaan ini? Nasib baiklah saya sempat pandang wajah fasilitator saya yang redup tu, sekurang-kurangya dapat meredakan hati saya ini.

5. Semasa jawab exam, disuruh jawab soalan survey

Peperiksaan Study Circle 1 ini, saya fikir merupakan salah satu exam yang unik kerana tempoh menjawab yang diberikan adalah selama 30 minit sahaja. Dalam seseingkat masa itu, instructor mengarah pelajar untuk menjawab soalan survey mengenai perkhidmatan Unit Kaunseling UIAM dan subjek itu tersendiri. Sedangkan soalan exam pun saya masih belum sempat jawab lagi! Bukankah ini sudah menzalimi masa kami?!


6. Waktu hampir2 masa exam tamat, main instructor terlalu banyak bagi arahan dan ceramah tentang scholarship!
Saya tak pasti sangat arahan apa yang dikeluarkan oleh main instructor dek sibuk mengerah otak menjawab soalan exam ditambah lagi terdengar suara penjaga exam yang annoying. Apa yang saya sempat tangkap adalah beliau menekankan tentang penarikan biasiswa sekirannya pelajar gagal mendapat keputusan yang baik dalam exam. Masa tu masih lagi untuk menjawab exam.

7.Arahan yang tidak berapa 'kukuh'.
Arahan yang diberikan setelah kerja mengutip kertas selesai,

"Students are allowed to leave the hall if have emergency only.."

Selepas arahan itu dikeluarkan, habis pintu keluar dewan diserbu pelajar. Semua pelajar emergency ke? 



~ Walaupun exam ini hanya 30minit sahaja, soalan yangg diberikan bukanlah 'kacang2' belaka. Bagi saya, masa yg sesingkat itu sangatlah bermakna. Saya mohon agar pengurusan peperiksaan diadakan lebih sistematik lagi selepas ini dan memahami kehendak&keperluan situasi semasa . Anda semua golongan professional. Saya hanya sempat beri notis ringkas kepada penjaga dewan, mohon dapat dipertimbangkan perkara ini.Apapun, UIAM telah buat yang terbaik! ~

Thursday, December 20, 2012

Programming Project Presentation

Bismillahirrahmanirrahim,
                                            
#Inilah hasil projek kami

Alhamdulillah baru je semalam kami buat presentation project bagi subjek Element of Programming. Tajuk projek kami ialah 'Bus Reservation System' lebih kurang macam satu sistem untuk buat sistem tempah tiket bas secara online. Malam sebelum presentation, kami bertarung lebih kurang 7 jam di bilik Undergraduate KICT. Coding yang nak dihantar,tiba2 ada error. Puas bro Aidil cari penyelesaiannya memandangkan dia yang paling genius dalam subjek ini. Manakala yang lain sibuk membuat flowchart.
#Aidil #Fathhi #Ika Choi #Lily Insani

Masa awal2 kelas dulu, madam tetapkan setiap group wajib ada lelaki dan perempuan.Ohh tidaakkkk! Saya terus xda semangat nak bercampur dengan golongan Adam ni. Kononnya nanti ikhtilat xjaga lah, buat dosa lah, xbersefahaman lah. Sebenarnya, ada manfaatnya bila idea golongan lelaki dan perempuan bergabung. Sebagai contohnya, si perempuan  'make-up' coding2 tersebut dengan meletakkan warna untuk menjadikan program lebih menarik dan mudah untuk dibaca manakala sang lelaki pula sibuk menghasilkan code2 program tersebut. 


Mengenai isu gender ni, Islam tidaklah melarang untuk kita berpadu idea dan tenaga, yang penting kita pandai jaga batas-batasnya. Apa-apapun saya sangat seronok berkerjasama dengan bro Aidil yang genius, bro Fathhi yang rajin, sis Ika yang menyerikan group dan juga diriku yang menghangatkan lagi suasana. hehe

Sekalung takziah buat keluarga bro Fathhi yang kemalangan jalan raya pada 8 Disember lalu. Dia yang juga kehilangan ayah tersayang pada kejadian tersebut. Namun kami, terus membantu dia dalam penghasilan projek ini.


Semester kali ini betul-betul mencabar buat hidup ku. Manakan tidaknya, masih lagi 'newbie' atau 'freshie' di main campus UIA ni dah kena buat macam2 projek. Inilah zaman degree! Inilah zaman untuk kita berada di zon yang kritikal!Inilah zaman untuk kita belajar  mengenali hidup dan bersedia dengan cabaran di tempat kerja nanti!


"Kalau xmerasa susah hari ini/sekarang, hari esok kita xdapat menikmati kesenangannya"

Friday, July 6, 2012

Suatu Ketika: SMAC 2012

Bismillahirrahmanirrahim, 
Hari ini saya terkenang kisah lama saya sewaktu di Semester 3 2011/2012 iaitu Sport and Martial Arts Carnival (SMAC), satu-satunya aktiviti yang terpahat semasa semester pengajian terakhir saya berada di bumi UIA Petaling Jaya....
Aktiviti ini merupakan salah satu acara wajib UIA yang berkenaan dengan sukan.Jika di sekolah, kita diraikan dengan 'Hari Sukan', di UIA pula SMAC menjadi penggantinya. Kali pertama saya dijemput untuk menjadi pemain INTECHSS bagi sukan badminton beregu adalah semasa RAFEST dijalankan. Pada waktu itu, saya memang agak ragu-ragu dengan diri sendiri. Layakkah saya menjadi pemain ni? Ini disebabkan saya pernah mengalami kecederaan yang serius di kaki dan saya tidak tangkas untuk berlari. Dan lagi parah lagi saya turut dilantik menjadi jurugambar rasmi SMAC buat kali kedua! Tentunya dilema melanda diri kerana seseorang pemain perlulah mempunyai stamina yang kuat dan juga fokus yang berpanjangan. Apatah lagi saya perlu melaksanakan dua tuntutan dalam satu masa.

Pada awalnya keluarga 'melarang' saya untuk menyertai pertandingan ini dek risau akan kesihatan diri. Setelah saya yakinkan mereka yang saya memang boleh buat, mereka menyokong pilihan saya. 

Sepanjang 2 bulan berlatih, sahabat-sahabat pemain Fasila,Siti,Nadia dan Fatimah banyak membantu saya. Pernah juga kami berlatih hingga jam 12 malam di gelanggang badminton Mahallah Khadijah dan pada ketika itu saya pengsan kerana terlalu letih berlatih. Tidak lupa juga sahabat-sahabat yang lain terutamanya Shifa,Nafisah,Amirah,Bibi,Muna dan Nazihah yang turut sudi menemani saya berlatih. Tentunya Shifa terkenang peristiwa lucu tentang 'kain' tu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sahabat-sahabat INTECHSS turut meminta saya meng-design bendera persatuan. Memang ketika itu saya agak kekeringan idea. Jadi, saya design bendera INTECHSS yang sangat simple. Bukannya apa,bagi saya jika 'terlalu cantik' menyukarkan kita untuk design sendiri di atas lembaran kain bendera itu, ini kerana ketika bersama line up INTECHSS  2010/2011 yang dulu, ianya menyukarkan kami untuk menyiapkan banner. Warna merah maroon membara menjadi pilihan kami.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tanggal 17Mac yang lalu, berlangsungnya acara seperti badminton dan volleyball. Giliran perlawanan saya adalah pada pukul 7 malam. Sewajarnya, acara sukan yang hampir dengan waktu solat  perlulah dibekukan sementara. Saya faham,pihak SMAC terpaksa meneruskan untuk mengelakkan penangguhan acara. 

Antara kualiti yang ada dalam acara kali ini ialah BIAH SOLEHAH jelas menjadi teras dalam SMAC. Setiap acara yang melibatkan pemain perempuan menjadi hijab bagi penonton lelaki dimana mereka tidak dibenarkan melihat pemain wanita bermain. Tahniah bagi pihak FSCC dan Campus Buddies atas perlaksanaan ini! Saya turut pernah menjadi salah seorang ahli Campus Buddies sewaktu di tahun pertama dulu. Bukan mudah untuk menyekat dan mentarbiyyah pelajar-pelajar di sini.

Disebalik kebaikan, ianya tidak terlepas daripada hadirnya kekurangan. Cuma di sini, apa yang dapat dilihat, kebanyakan sukarelawan tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya. Biar saya ambil satu contoh,(maaf,ini berdasarkan pemerhatian saya) sukarelawan yang ditugaskan menjaga 'line' gelanggang kebanyakkannya 'khayal' dan tidak tahu menahu. Tidak tentu pasal pemain sendiri yang menggalas tugasan tersebut.Mungkin di sini mereka kurang mendapatkan taklimat yang jelas almaklumlah bukan mudah untuk memahami peraturan sukan. Jadi, saya mohon pihak FSCC dapat memperbaiki aspek ini untuk acara akan datang.

                             +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berdasarkan undian, team saya perlu berentap dengan team MEDCY! Bak kata orang, siapa kena lawan dengan MEDCY memang 'habis' !. 
Bersalam-salaman sebelum perlawanan bermula
Allahuakbar! Bolehkah kami melawan mereka yang menjadi juara badminton SMAC yang lalu. Apatah lagi saya yang masih lagi 'fresh' dalam sukan ini malah dihimpit dengan masalah kesihatan. Ini semua ILLUSSION OF THINKING! 
Team MEDCY yang hebat-hebat belaka
Taktik Pyshco
Semasa perlawanan berlangsung, saya gunakan taktik silat dan muka 'physco' untuk mengelirukan pihak lawan. Pada ketika itu, pihak lawan berkerut dahi. Tidak dinafikan team MEDCY menjadi lombong emas dalam SMAC. Kami bermain 3 set. Keputusannya 1-2.  
Fasila yang menjadi 'penyelamat' bola tangkis

Kami kalah dalam 2 set terakhir.Walaupun hanya menang di set pertama sahaja, kami dapatmenyumbangkan mata buat INTECHSS dan saya sangat bersyukur dan enjoy dengan perlawanan ini. Bayangkanlah seorang yang tidak tahu strategi,freshy malah sakit kaki boleh menempuhinya walau hanya dengan satu kemenangan.

Itu semua tidak penting, paling membuatkan saya terharu adalah semangat berpasukan. Sepanjang perlawanan, sahabat-sahabat yang memasuki acara sukan yang lain, datang di dewan AMF itu untuk memberikan sokongan kepada kami. Semua sedia maklum, pelajar ICT UIA merupakan komuniti kecil kerana pelajarnya amatlah sedikit.Walaupun kalah, mereka tetap menyahut kami dengan kata-kata semangat. Itulah intipati penting dalam SMAC yang sentiasa terpahat dalam hati saya. 

" Walaupun bunga itu tiada madu, Allah Yang Maha Pengasih masih kurniakan bunga yang cantik  untuk nikmati keindahannya" 

~INTECHSS Selamanya~