Post Terbaharu :

Showing posts with label main campus uia. Show all posts
Showing posts with label main campus uia. Show all posts

Thursday, March 24, 2016

Nasi Bajet

Bismillahirrahmanirrahim,
Sekarang tengah minggu cuti midbreak. Semua pelajar pulang ke kampung melainkan pelajar antarabangsa dan pelajar praktikal yang masih stay di mahallah. 

Seriously, sunyi dan seram suasana di sini. Apatah lagi dalam masa yang singkat ini, banyak pula berlakunya kes kecurian dan kerseraman. 

Sebenarnya saya pun tak tahu nak update apa. Disebabkan bosan, saya beli Nasi Bajet. Nasi bajet ni harga dia RM3. Ada akak tu buat order untuk pelajar UIA. Nasi ni lebih kurang macam Nasi Kukus. Cuma beza dia ayam dia dimasak secara kunyit dan kuah dia dicampur dengan gulai. Sedap.

Saya terkeliru sikit beza antara Nasi BAJET dengan Nasi Bujang. Bunyinya macam ada kena mengena. Bujang == Bajet. Masa pergi Langkawi haritu, Nasi Bujang dijual dengan harga Nasi Married, RM6. 

Nasi Bajet, RM3. Sodapp

Tuesday, September 16, 2014

Bilik & Mahallah Sem Ini

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, untuk semester kali ini saya dapat bilik di tingkat 1. Sudah 2 tahun duduk di tingkat 4, iaitu paling atas sekali. Saya masih lagi duduk di Mahallah Asiah sejak tahun pertama. Kebanyakan penghuni di sini terdiri daripada kuliyyah ICT, Engineering, Human Science, dan Architecture.

Di UIA, mahallah (kolej keidaman/asrama) cuma ada 4 tingkat. Cuma Mahallah Sheikh Humaid, sebuah mahallah baharu yang ada 5-6 tingkat. 

Ruang belajar dan tidur.

Bilikku yang kemas.

Meja belajar & stick board.

Keluar je bilik, terus jumpa mesin basuh, sinki, tandas dan water cooler.


Ruang tamu. Bahagian luar agak bersepah sedikit.
Untuk pengetahuan, semakin 'tua' kita di UIA ini, semakin kurang tingkat bilik. Bilik di tingkat atas dikhususkan kepada adik-adik junior. Kalau ada kosong di tingkat bawah-bawah, bolehlah junior-junior masuk. Sistem bilik Mahallah di UIA ini, kita guna sistem booking. Ala-ala booking tiket flight. Boleh pilih bilik dan compartment yang kita mahu. Tapi biasalah, nak booking ni memang kena cepat sebelum disambar orang lain.

Yuran bagi Mahallah ialah RM420 + RM12.50 (kos elektrik) bagi setiap semester. Mahallah Asiah ni boleh dikategorikan Mahallah yang baharu lah juga sejak dia siap dibina pada tahun 2006.

Walaupun saya agak kecewa dengan kebanyakan admin-admin UIA ni, saya bersyukur masih ditempatkan dengan tempat tinggal yang selesa dan berkonsepkan privasi. Cuba bandingkan di universiti lain, ada yurannya mahal sangat. Berkongsi bilik yang ramai. Ada yang tak dapat kolej langsung, terpaksa tinggal di rumah sewa.  

Bersyukurlah...

Misi kita sekarang, adalah misiku kuza, manfaatkan peluang kemudahan sebaik-baiknya.










Wednesday, February 6, 2013

Baucer Buku RM250

Bismillahirrahmanirrahim,
Berduyun-duyun pelajar tahun pertama & kedua UIA beratur di dewan CAC untuk mengambil baucer buku isnin lepas. Saya menunggu hampir dekat 2jam. Ye lah kan, sem baru banyak nak beli buku teks. Kalau di sekolah dahulu, kita ada skim pinjaman buku teks. Tapi bila dah berada di zaman IPT, buku kena beli sendiri. Kalau harga RM15-RM30 tak jadi masalah. Tapi harga buku yang diperlukan sekitar RM70-RM150 !.

Apa yg diharapkan:

Semoga kerajaan Malaysia ikhlas dalam membantu rakyat, 
BUKAN hanya untuk memancing undi sahaja,

Semoga pelajar bersyukur &
 tahu manfaatkan peluang yg ada, 
BUKAN tahunya mengutuk sahaja....

Wednesday, January 30, 2013

Result Exam Dah Dapat!

Bismillahirrahmanirrahim,
Allah...Allah....
Terketar-ketar jari jemari saya semalam nak menaip kat keyboard ni dek menanti result final exam keluar jam 12 tengah malam tadi. Nak berganjak dari tempat duduk pun terasa kaku je. Rasa macam kita ni diperHAMBAkan oleh exam sahaja. Sikit-sikit nak takut. Sikit-sikit nak cuak. Kenapa perlu begitu?  Apa yang dah tertera dalam result tu bukannya kita boleh ubah kan. 

Walauapapun, alhamdulillah....syukur kepada Allah, ada result yang disangka2kan dan ada yg xdisangka2kan, mungkin ini satu teguran drpd Allah utk kita terus maju ke hadapan... itu semua usaha yang telah ku lakukan semester yang lalu. Masih berbaki 7 semester lagi ni, saya kenalah bersedia & terus berusaha.

~Terlalu gembira atau terlalu sedih bukanlah cara utk kita meraih result exam yg kita dapat, yg penting syukur & redha tu kena berpanjangan, selamat bermujahadah sem depan :-) ~


Tuesday, January 1, 2013

Suatu Ketika: Pergaduhan Di Mahallah Asiah

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam tahun 2013, untuk segmen 'Suatu Ketika' ini, saya ingin mengajak pembaca mengimbas semula tahun 2012 yang baru sahaja pergi. Berapa banyak dosa yang telah kita lakukan. Adakah tahun ini menjadi pengakhiran semua dosa-dosa kita dengan terbukanya pintu taubat buat kita?
Di sini saya ingin mengimbas semula salah satu peristiwa yang saya sempat perhatikan iaitu pergaduhan di pintu gate belakang Mahallah Asiah,UIA sekitar sebulan yang lalu untuk dijadikan teladan bersama.

Suatu Ketika:
"I'LL KILL YOU!!! " itulah jeritan  yang mengejutkan saya dan roomate yang lain pada 6 Disember 2012 jam 10 pagi yang lalu. Saya pelik apa benda yang bising-bising di luar sana. Pada mulanya saya ingatkan makcik-makcik cleaner sibuk membersihkan jalan tar yang 'tiba-tiba' berlumuran dengan lumpur tanpa diketahui sebabnya.

Sebaik sahaja saya dan roomate mengintai dari tirai tingkap bilik, kelihatan dua orang lelaki sedang berbalah kerana sesuatu. Seorang berbangsa India yang merupakan pemandu teksi dan seorang lagi merupakan pelajar international. Ada yang kata sebab isu kebersihan dan duit. Memandangkan kamera sentiasa berkepit dengan saya, saya pun terus rakam kejadian tersebut. Yela, kami risau takut kejadian yang tak diingini berlaku. Pada awalnya mereka berperang mulut, kemudian saling bertumbuk-tumbuk. Kejadian ini akhirnya terlerai dengan kehadiran beberapa pelajar lelaki lain yang membantu masalah ini.

Malu rasanya pandangan orang luar terhadap UIA ini. Mana tidaknya, apa yang saya perhatikan pelajar tersebut terlalu baran manakala si pemandu tu cepat mengamuk.Apa pandangan non-muslim terhadap pelajar UIA yang berstatuskan 'Islam' ini? Hilanglah respect mereka. Mungkin situasi yang memaksa dia berkelakuan macamtu. Bukan mudah untuk kita terus berfikir rasional pada masa yang kritikal.


Akhir kata:

"Kita ada budaya utk berbudi bahasa,
Kita ada agama utk bersabar dan berakhlak mulia"

Thursday, December 20, 2012

Programming Project Presentation

Bismillahirrahmanirrahim,
                                            
#Inilah hasil projek kami

Alhamdulillah baru je semalam kami buat presentation project bagi subjek Element of Programming. Tajuk projek kami ialah 'Bus Reservation System' lebih kurang macam satu sistem untuk buat sistem tempah tiket bas secara online. Malam sebelum presentation, kami bertarung lebih kurang 7 jam di bilik Undergraduate KICT. Coding yang nak dihantar,tiba2 ada error. Puas bro Aidil cari penyelesaiannya memandangkan dia yang paling genius dalam subjek ini. Manakala yang lain sibuk membuat flowchart.
#Aidil #Fathhi #Ika Choi #Lily Insani

Masa awal2 kelas dulu, madam tetapkan setiap group wajib ada lelaki dan perempuan.Ohh tidaakkkk! Saya terus xda semangat nak bercampur dengan golongan Adam ni. Kononnya nanti ikhtilat xjaga lah, buat dosa lah, xbersefahaman lah. Sebenarnya, ada manfaatnya bila idea golongan lelaki dan perempuan bergabung. Sebagai contohnya, si perempuan  'make-up' coding2 tersebut dengan meletakkan warna untuk menjadikan program lebih menarik dan mudah untuk dibaca manakala sang lelaki pula sibuk menghasilkan code2 program tersebut. 


Mengenai isu gender ni, Islam tidaklah melarang untuk kita berpadu idea dan tenaga, yang penting kita pandai jaga batas-batasnya. Apa-apapun saya sangat seronok berkerjasama dengan bro Aidil yang genius, bro Fathhi yang rajin, sis Ika yang menyerikan group dan juga diriku yang menghangatkan lagi suasana. hehe

Sekalung takziah buat keluarga bro Fathhi yang kemalangan jalan raya pada 8 Disember lalu. Dia yang juga kehilangan ayah tersayang pada kejadian tersebut. Namun kami, terus membantu dia dalam penghasilan projek ini.


Semester kali ini betul-betul mencabar buat hidup ku. Manakan tidaknya, masih lagi 'newbie' atau 'freshie' di main campus UIA ni dah kena buat macam2 projek. Inilah zaman degree! Inilah zaman untuk kita berada di zon yang kritikal!Inilah zaman untuk kita belajar  mengenali hidup dan bersedia dengan cabaran di tempat kerja nanti!


"Kalau xmerasa susah hari ini/sekarang, hari esok kita xdapat menikmati kesenangannya"

Wednesday, July 4, 2012

Repeat MUET

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah... itulah ungkapan sebaiknya diucapkan selesai sahaja menduduki ujian Speaking Test MUET buat kali kedua tadi ! Ya, saya memang MUET REPEATER!
Suatu Ketika :
Pertama kali saya menduduki ujian MUET adalah pada bulan Mac yang lalu. Selepas mendapat result yang 'kurang memberansangkan', saya mula agak panik. Dengar-dengar untuk ke kuliah di main campus UIA , result MUET kena 'cantik' malah 'bersih', jika tidak nanti kena banned! . Mana tidak kalutnya, pendaftaran untuk pejalar ijazah pertama dibuka pada bulan September nanti. Lantas saya terus hubungi pihak Department of Admission&Record (ANR) berkenaan result tersebut. Staf di situ maklumkan perkara yang sama. Jika hendak ke main campus nanti result mesti kena 'cantik'. Lagi-lagi bagi sesiapa yang ambil program Medik. Result mereka kena 'tough' walaupun kuliah letakkan syarat band yang rendah. Tanpa berfikir panjang, saya terus beli nombor pin di BSN dan terus daftar online secara persendirian bagi menduduki ujian MUET sesi Julai ini.

Jika direnung semula result yang lalu, markah yang 'mencacatkan' result saya adalah bahagian LISTENING. Memang sangat teruk. Sebenarnya,semasa di dewan peperiksaan  hari tu, saya tersalah faham dengan arahan yang dinyatakan dan juga otak saya melayang dek kesejukan berjam-jam dalam dewan AMF itu. Saya pun rasa pelik, kebanyakkan sahabat-sahabat yang satu batch dapat result yang kurang menawan juga.Walaupun agak kecewa, saya pasti  semua yang berlaku ini pastinya salah satu hikmah yang Allah sampaikan.

Sebenarnya, [maaf jika sumber tidak tepat] kawan-kawan saya yang sudah berada di main campus maklumkan kepada saya, result MUET ini hanya digunakan masa nak graduate degree & waktu nak kerja nanti sahaja.  Sebabnya mereka sendiri pun belum ambil ujian MUET lagi.Aik? Kenapa staff ANR tu cakap lain pulak? Mana satu nak ikut ni? Nak ikut kawan-kawan atau orang UIA sendiri? Sedangkan berlambak lagi pelajar degree di UIA tu tak ambil MUET/result tak cantik lagi. 
Bagi saya, cukuplah kita memudahkan urusan orang lain dahulu, mana lah tahu suatu hari nanti orang lain permudahkan urusan kita. Kan?

Berbalik apa yang berlaku pada hari ini:
Bermacam-macam status Facebook sempat saya tinjau semalam, ada yang kata:

"Takutnya nak speaking test MUET esok!!!"
"Hati berdebar-debar"
"Doakan saya speaking test MUET esok ye..."
"All the best "
"Cuak lah!!"
"Dup Dap,Dup Dap"

Saya percaya majoriti calon ujian MUET termasuklah saya mengalami perkara yang sama namun tidaklah semuanya. Semasa saya dibilik kuarantin tadi, masing-masing bermuka cuak. Ada yang membelek-belek buku MUET, ada juga sedang berlatih bersendirian. Mengapa kita perlu rasa takut? Bercakap je pun! 
Saya akui, saya bukanlah penyampai yang baik lebih-lebih lagi kena bercakap dalam bahasa Inggeris. Bagi saya, ACT NATURALLY!. Bagaimana kita bercakap seharian itu, itulah speaking diri kita. Jangan hipokrit kerana ingin dapat markah yang tinggi. Bertindaklah dengan kejujuran. Bukanlah di sini saya bermaksud jika kita seorang pendiam, kita mesti jadi pendiam semasa di bilik ujian nanti. Luahkan sahaja apa kita tahu.Apa-apa pun, latihan dan rujukan perlu dibuat untuk kita mencakna lagi minda kita ni. Ok ye.  Doakan saya dan sahabat-sahabat yang lain untuk menduduki ujian bertulis pula pada 28Julai ini.All the best to all MUET candidates....