Post Terbaharu :

Showing posts with label Mahallah Asiah. Show all posts
Showing posts with label Mahallah Asiah. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

Bilik & Mahallah Sem Ini

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, untuk semester kali ini saya dapat bilik di tingkat 1. Sudah 2 tahun duduk di tingkat 4, iaitu paling atas sekali. Saya masih lagi duduk di Mahallah Asiah sejak tahun pertama. Kebanyakan penghuni di sini terdiri daripada kuliyyah ICT, Engineering, Human Science, dan Architecture.

Di UIA, mahallah (kolej keidaman/asrama) cuma ada 4 tingkat. Cuma Mahallah Sheikh Humaid, sebuah mahallah baharu yang ada 5-6 tingkat. 

Ruang belajar dan tidur.

Bilikku yang kemas.

Meja belajar & stick board.

Keluar je bilik, terus jumpa mesin basuh, sinki, tandas dan water cooler.


Ruang tamu. Bahagian luar agak bersepah sedikit.
Untuk pengetahuan, semakin 'tua' kita di UIA ini, semakin kurang tingkat bilik. Bilik di tingkat atas dikhususkan kepada adik-adik junior. Kalau ada kosong di tingkat bawah-bawah, bolehlah junior-junior masuk. Sistem bilik Mahallah di UIA ini, kita guna sistem booking. Ala-ala booking tiket flight. Boleh pilih bilik dan compartment yang kita mahu. Tapi biasalah, nak booking ni memang kena cepat sebelum disambar orang lain.

Yuran bagi Mahallah ialah RM420 + RM12.50 (kos elektrik) bagi setiap semester. Mahallah Asiah ni boleh dikategorikan Mahallah yang baharu lah juga sejak dia siap dibina pada tahun 2006.

Walaupun saya agak kecewa dengan kebanyakan admin-admin UIA ni, saya bersyukur masih ditempatkan dengan tempat tinggal yang selesa dan berkonsepkan privasi. Cuba bandingkan di universiti lain, ada yurannya mahal sangat. Berkongsi bilik yang ramai. Ada yang tak dapat kolej langsung, terpaksa tinggal di rumah sewa.  

Bersyukurlah...

Misi kita sekarang, adalah misiku kuza, manfaatkan peluang kemudahan sebaik-baiknya.










Friday, November 8, 2013

Berjoging Di Waktu Malam

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah leganya rasanya bila dah submit Assignment#2 Web Programming tadi. Seharian berhempas pulas buat coding sampailah petang itu tak sempat untuk pergi berjoging. Sekarang ini barulah saya tahu apa bezanya antara html dan php.

Bila tugasan demi tugasan dah siap, rasa macam boring bila duduk dalam bilik ini.  Tadi saya cuma makan jajan dan maggi je dek sibuk buat coding. Roomate dah tawarkan untuk belikan nasi lemak Mahallah Maryam yang sedap tu. Nasi Lemak??? Oh tidak. Tak mungkin saya nak spoil diet. 

Maka malam tu juga (tadi) saya nekad untuk keluar berjoging. Berbekalkan jam tangan kalori ini lagilah bersemangat nak berjoging. Saya tak beranilah nak berjoging satu UIA ini. Perempuan tak elok lah keluar bersendirian lagi-lagi waktu malam macam ni. Jadi saya hanya berjoging di court Mahallah Asiah ni.
So far...Alhamdulillah..seronok jugak berjoging waktu malam ni. Dapat kifarah kalori yang diambil tadi. Nasiblah kt mahallah ni ada court yang boleh buat untuk jog. Cuma tadi, keadaan dekat court ni agak gelap, banyak pokok-pokok. Saya yang rabun ni ingatkan ada mahluk-mahluk halus lah tadi.

The most sad fact is anggaran hanya lebih kurang 200cal je terbakar dalam msa 30min jog tadi.Tapi ok lah daripada tersimpan jadi lemak dalam badan.Huhuhu

Lepas ini, mungkin nak amalkan saranan aktiviti yang Rasulullah galakkan seperti memanah, berenang dan apa lagi eh...

Tuesday, September 24, 2013

Kisah Kena Saman & Hikmahnya

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, minggu ini dah masuk minggu ketiga untuk semester 3 saya berada di sini.

Kisahnya pada awal-awal sem haritu, saya daftar Mahallah pada hari isnin memandangkan pendaftaran hari Ahad tu saya sibuk menghantar kakak di Uitm Shah Alam dan di UM. Saya tiba di Mahallah Asiah lebih kurang jam 11 pagi. Seperti biasa, nak daftar bilik (check in) kena serahkan kad matrik di kaunter pejabat dan seterusnya pergi ke bilik serahan kunci. 

Saya terkejut ada catatan dalam kertas senarai nama penghuni Mahallah. Saya pun bertanya kepada MRC Mahallah yang bertugas di situ. Kemudian dia check surat-surat saman. Saya pun mula lah panik masa itu. Terfikir-fikir apa kesalahan saya pernah buat. MRC tu pun serahkan 'surat' itu. Hmm.....sungguh menyedihkan, rupa-rupanya saya kena compound dek 'failure to register Mahallah'. 

Patah semangat di hari pertama sem ini. Entah masalah apalah yang mereka hukum ini. Padahal saya sudahpun mendaftar Mahallah sebelum-sebelum ini. Kata orang, saman-menyaman di universiti ialah 'student life'. Ya, itu normal. Tapi sebaik-baiknya saya naklah bersih dari buat kesalahan.

Kepala saya masa tu dah mula tension-tension memikirkan nasib pada hari tu. Yelah...saman RM50 kot! Hati mulalah membuak dengan api kemarahan. Rasa seperti mahu membakar satu Mahallah dan bom satu UIA. Tak mahukah pihak Mahallah bertoleransi dengan pelajar. Tahunya mahu saman menyaman. Bermulalah episod 'anti Mahallah' pada masa tu. 

Tak mengapalah, mungkin ada hikmahnya berlakunya dugaan macam ni. Saya memang cepat tension lagi lagi bila kena saman. Sebabnya sebelum ini tak pernah kena saman. Mungkin sebab baik sangat kot. Saya tak nafikan, rasa seperti 'berburuk sangka' pada Tuhan itu memang hadir. Astaghfirullah....apalah yang saya fikirkan pada masa itu. Sungguh lemahnya diri ini. 

Selepas tiga hari mencari ketenangan, saya terus isi surat rayuan. Saya jelaskan apa yang terjadi disebalik kesalahan compound kepada Principal Mahallah. Kisahnya berlaku semasa saya mohon LIDV sempena program Mahabbah In Langkawi tempoh hari. Bersungguh-sungguh saya menulis karangan dalam surat rayuan tersebut dengan penuh rasa meraih simpati. 

=====================================================
Kronologi yang berlaku:
-Setiausaha Program maklumkan bahawa dia akan buat permohonan LIDV untuk semua peserta ke semua mahallah.
-Saya pergi ke Mahallah Office untuk buat confirmation.
-Staff A sahkan permohonan LIDV saya diluluskan. Saya perlu stay di bilik lama.
-Saya bertanya apa yang perlu saya buat selepas itu. Saya juga bertanya samada kena pulang kunci bilik lama dan kena register apa-apa tak.
-Staff A kata, tak perlu. Cuma perlu pulangkan kunci hari terakhir LIDV.
-Selepas tamat berprogram, saya kembali ke MO untuk pulangkan kunci.
-Staff B yang menjaga kaunter. Staff tanya kenapa saya tak 'check in'?
-Rupanya di sini ada istilah Check In, Check Out.
-Saya maklumkan saya ikut apa yang staff A kata. Tambah pula, kami sudah ke tempat program pada hari check in. 
-Staff B kata, "Itu saya tak boleh buat apa-apa. Awak ni memang nak kena saman.".
-Saya jadi tertanya-tanya. 

=====================================================
Isi dalam surat rayuan:
-Saya maklumkan kepada Principal tentang penjelasan Staff A dan terdapat misscommunication dan missed info.
-Saya masih tahun pertama yang masih tak biasa dengan prosedur, tambah semuanya diuruskan oleh setiausaha.
-Saya maklumkan saya ini budak baik yang tak pernah kena saman selama ini.
-Saya akui duit RM50 (kompaun saman) nilainya amat besar. Saya kata saya takde duit nak beli buku yang harganya mahal ditambah lagi dengan bebanan ekonomi.
-Saya pastikan bahawa tak akan ulang perbuatan itu lagi.
-Saya pastikan jika nak buat apa-apa akan rujuk prosedur penuh selepas ini.
=====================================================

Sepanjang minggu selepas itu, saya terus tiada mood, banyakkan berdiam diri, bermuhasabah semula, mungkin ada benda 'kureng' dalam amal atau urusan kita.



Selepas seminggu menunggu pending kelulusan surat rayuan, saya check status compound dalam Portal MyIIUM. Ditulis di situ sebagai 'WAIVED'. Waived? Apakah itu?
Check dalam Google Translate waived itu 'dipinggirkan'. Ya Allah...adakah rayuanku dipinggirkan? Hah, baguslah tu...terima bulat-bulat. Rupa-rupanya waived itu dibatalkan. Walaupun dibatalkan, tapi rekod dalam kesalahan jenayah UIA masih lagi ada dalam Portal. Rasa spoil sikit.

Alhamdulillah...syukur pada Allah yang sangat sayang pada hamba-hambaNya. Semalam saya sudahpun serahkan surat waived itu di Legal Unit. See....? Kalau kita bersabar sikit, inshaAllah Allah akan tolong punya. Allah...Allah, inikan tidak saya  cepat melenting & nak tension bagai. See?? Mahallah masih lagi beri peluang untuk kita buat rayuan. Kita kenalah terima sesuatu itu dengan penuh hikmah. 

"Dan boleh jadi kamu benci  pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu."
 ( Ayat 216 : Surah al-Baqarah )

Ya...Allah sememangnya sedang mengajarku erti sabar, redha, tawakal dan syukur tika itu... :')

Disebalik kesedihan, pasti akan ada kegembiraan.
Disebalik air mata, pasti ada senyuman meniti dibibir.
Disebalik kesusahan, pasti ada kemudahan.







Tuesday, January 1, 2013

Suatu Ketika: Pergaduhan Di Mahallah Asiah

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam tahun 2013, untuk segmen 'Suatu Ketika' ini, saya ingin mengajak pembaca mengimbas semula tahun 2012 yang baru sahaja pergi. Berapa banyak dosa yang telah kita lakukan. Adakah tahun ini menjadi pengakhiran semua dosa-dosa kita dengan terbukanya pintu taubat buat kita?
Di sini saya ingin mengimbas semula salah satu peristiwa yang saya sempat perhatikan iaitu pergaduhan di pintu gate belakang Mahallah Asiah,UIA sekitar sebulan yang lalu untuk dijadikan teladan bersama.

Suatu Ketika:
"I'LL KILL YOU!!! " itulah jeritan  yang mengejutkan saya dan roomate yang lain pada 6 Disember 2012 jam 10 pagi yang lalu. Saya pelik apa benda yang bising-bising di luar sana. Pada mulanya saya ingatkan makcik-makcik cleaner sibuk membersihkan jalan tar yang 'tiba-tiba' berlumuran dengan lumpur tanpa diketahui sebabnya.

Sebaik sahaja saya dan roomate mengintai dari tirai tingkap bilik, kelihatan dua orang lelaki sedang berbalah kerana sesuatu. Seorang berbangsa India yang merupakan pemandu teksi dan seorang lagi merupakan pelajar international. Ada yang kata sebab isu kebersihan dan duit. Memandangkan kamera sentiasa berkepit dengan saya, saya pun terus rakam kejadian tersebut. Yela, kami risau takut kejadian yang tak diingini berlaku. Pada awalnya mereka berperang mulut, kemudian saling bertumbuk-tumbuk. Kejadian ini akhirnya terlerai dengan kehadiran beberapa pelajar lelaki lain yang membantu masalah ini.

Malu rasanya pandangan orang luar terhadap UIA ini. Mana tidaknya, apa yang saya perhatikan pelajar tersebut terlalu baran manakala si pemandu tu cepat mengamuk.Apa pandangan non-muslim terhadap pelajar UIA yang berstatuskan 'Islam' ini? Hilanglah respect mereka. Mungkin situasi yang memaksa dia berkelakuan macamtu. Bukan mudah untuk kita terus berfikir rasional pada masa yang kritikal.


Akhir kata:

"Kita ada budaya utk berbudi bahasa,
Kita ada agama utk bersabar dan berakhlak mulia"