Bismillahirrahmanirrahim,
#Inilah hasil projek kami
Alhamdulillah baru je semalam kami buat presentation project bagi subjek Element of Programming. Tajuk projek kami ialah 'Bus Reservation System' lebih kurang macam satu sistem untuk buat sistem tempah tiket bas secara online. Malam sebelum presentation, kami bertarung lebih kurang 7 jam di bilik Undergraduate KICT. Coding yang nak dihantar,tiba2 ada error. Puas bro Aidil cari penyelesaiannya memandangkan dia yang paling genius dalam subjek ini. Manakala yang lain sibuk membuat flowchart.
#Aidil #Fathhi #Ika Choi #Lily Insani
Masa awal2 kelas dulu, madam tetapkan setiap group wajib ada lelaki dan perempuan.Ohh tidaakkkk! Saya terus xda semangat nak bercampur dengan golongan Adam ni. Kononnya nanti ikhtilat xjaga lah, buat dosa lah, xbersefahaman lah. Sebenarnya, ada manfaatnya bila idea golongan lelaki dan perempuan bergabung. Sebagai contohnya, si perempuan 'make-up' coding2 tersebut dengan meletakkan warna untuk menjadikan program lebih menarik dan mudah untuk dibaca manakala sang lelaki pula sibuk menghasilkan code2 program tersebut.
Mengenai isu gender ni, Islam tidaklah melarang untuk kita berpadu idea dan tenaga, yang penting kita pandai jaga batas-batasnya. Apa-apapun saya sangat seronok berkerjasama dengan bro Aidil yang genius, bro Fathhi yang rajin, sis Ika yang menyerikan group dan juga diriku yang menghangatkan lagi suasana. hehe
Sekalung takziah buat keluarga bro Fathhi yang kemalangan jalan raya pada 8 Disember lalu. Dia yang juga kehilangan ayah tersayang pada kejadian tersebut. Namun kami, terus membantu dia dalam penghasilan projek ini.
"Kalau xmerasa susah hari ini/sekarang, hari esok kita xdapat menikmati kesenangannya"
0 Perkongsian:
Post a Comment