Bismillahirrahmanirrahim,
Lamanya xupdate blog ni. Almaklumlah kehidupan belajar degree ni xsama seperti zaman asasi dahulu. Ada sahaja perkara yang menyibukkan diri ni. Inilah yang dinamakan perjalanan menuntut ilmu. Ok, di sini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang filem yang hangat-hangat diperkatakan iaitu 'Istanbul Aku Datang'.
Ramai yang kata menonton filem ini xbest,buang masa,bazir duit,baik download sahaja. Disebabkan ura-ura itulah yang membuatkan saya untuk menonton filem tersebut, tapi bukan di wayang ye.
Mungkin filem ini ada peringatannya buat kita:
1. Jangan jadikan kekasih hanya sebagai tempat peneman sunyi, tetapi jadikanlah dia sebagai peneman untuk mencapai syurga hakiki kelak.Sebaiknya kasih kekasih tu biarlah ada talian yang halal.
2. Hanya kerana cinta & seorang kekasih, seseorang itu sanggup berbuat apa sahaja. Ada yang sampai ke Istanbul pulak tu, sedangkan cinta Ilahi pun kita xnak kejar.
3. Sesibuk kita dengan urusan kita pun, ingat-ingatlah juga negara yang berjiran dengan kota Istanbul itu,iaitu Palestin. Semasa bumi Gaza diserang Israel baru-baru ini, saya terkesan dengan kata-kata ini,Lupakan filem Istanbul Aku Datang , sekarang fikir macam mana nak realitikan "Palestin Aku Datang".
~Apa sumbangan kita kpd saudara mara kita di sana? :'( ~
0 Perkongsian:
Post a Comment