Bismillahirrahmanirrahim,
Dah memang lumrah hidup, tiada apa yang sempurna dalam apa-apa perkara pun. Meskipun nama UIAM gah dimata manusia kerana label 'Islam' dan 'Antarabangsa' nya, namun masih lagi ada kekurangannya terutama dalam bahagian pengurusannya. Bukanlah niat saya untuk 'kondem' UIA, post ini hanyalah palitan rasa kecewa seorang pelajar...
Pada 22 Disember yang lepas, bermulalah first paper untuk final exam ni iaitu subjek Study Circle 1 yang berlangsung di dewan CAC. Saya sungguh terkilan dan sangat kecewa pengurusan exam tersebut khususnya bahagian pengendalian dan penjaga dewan peperiksaan. Antara masalahnya:
1. Masuk exam lambat
Perkara ni dah jadi normal adat peperiksaan. Mungkin ada perkara yang nak diselesaikan sebelum peperiksaan bermula. Nasib baik masa tu, pihak UIA bagi masa tambahan 5minit.
2. Rushing utk terus jawab soalan
Walaupun diberi masa tambahan, sekurang-kurangnya berilah pelajar duduk dan selesakan diri seketika. Ini tidak, terus suruh jawab soalan cepat-cepat.
3. Mengarah sesetengah international student dalam bahasa melayu
Semua sedia maklum, subjek Study Circle ni sememangnya merupakan subjek bagi international student juga. Main instructor memang sudah beri arahan dalam bahasa Inggeris, tetapi ada sebahagian penjaga exam yang berada di bahagian belakang dewan mengarahkan pelajar-pelajar dalam bahasa melayu! Sewajarnya penjaga exam peka dengan latar belakang dan penampilan pelajar untuk membezakan pelajar Malaysia dan International. Saya difahamkan, ada sesetengah penjaga exam merupakan orang awam yang berkerja secara part time.
4. Ada seorang penjaga kertas terlampau bising! Annoying!
Yang ini memang saya tak boleh terima! Ada seorang penjaga exam lelaki ini mengarahkan pelajar dengan nada yang tinggi sehingga mengganggu tumpuan lebih-lebih ketika exam tersebut saya duduk di bahagian belakang sekali.Kebanyakkan pelajar datang lewat ke dewan. Dah memang tugas penjaga exam tersebut untuk bantu pelajar tersebut mencari meja exam mereka. Tapi, takkanlah beliau tidak tahu tatatertib dan etika dalam dewan peperiksaan? Tidakkah UIA beri penjelasan sepenuhnya kepada unit-unit peperiksaan ini? Nasib baiklah saya sempat pandang wajah fasilitator saya yang redup tu, sekurang-kurangya dapat meredakan hati saya ini.
5. Semasa jawab exam, disuruh jawab soalan survey
Peperiksaan Study Circle 1 ini, saya fikir merupakan salah satu exam yang unik kerana tempoh menjawab yang diberikan adalah selama 30 minit sahaja. Dalam seseingkat masa itu, instructor mengarah pelajar untuk menjawab soalan survey mengenai perkhidmatan Unit Kaunseling UIAM dan subjek itu tersendiri. Sedangkan soalan exam pun saya masih belum sempat jawab lagi! Bukankah ini sudah menzalimi masa kami?!
6. Waktu hampir2 masa exam tamat, main instructor terlalu banyak bagi arahan dan ceramah tentang scholarship!
Saya tak pasti sangat arahan apa yang dikeluarkan oleh main instructor dek sibuk mengerah otak menjawab soalan exam ditambah lagi terdengar suara penjaga exam yang annoying. Apa yang saya sempat tangkap adalah beliau menekankan tentang penarikan biasiswa sekirannya pelajar gagal mendapat keputusan yang baik dalam exam. Masa tu masih lagi untuk menjawab exam.
7.Arahan yang tidak berapa 'kukuh'.
Arahan yang diberikan setelah kerja mengutip kertas selesai,
"Students are allowed to leave the hall if have emergency only.."
Selepas arahan itu dikeluarkan, habis pintu keluar dewan diserbu pelajar. Semua pelajar emergency ke?
~ Walaupun exam ini hanya 30minit sahaja, soalan yangg diberikan bukanlah 'kacang2' belaka. Bagi saya, masa yg sesingkat itu sangatlah bermakna. Saya mohon agar pengurusan peperiksaan diadakan lebih sistematik lagi selepas ini dan memahami kehendak&keperluan situasi semasa . Anda semua golongan professional. Saya hanya sempat beri notis ringkas kepada penjaga dewan, mohon dapat dipertimbangkan perkara ini.Apapun, UIAM telah buat yang terbaik! ~
5 Perkongsian:
mmmmm
hmmm aah saya student cfs lagi. bab pengurusan mmg agak kurang la iium ni :(
biasa la tu. setiap pentadbiran mana ada yg lancar kecuali diizinkan olehNya. jangan selalu fikir tentang pengurusan diorang. fikir pasal pengurusan kita pun sudah cukup. janji kita puas hati dengan pengurusan diri kita.
salam.. kelakar la baca kerenah masa exam sc akak..hihi..pengalaman sy plak.. ritu exam fizik lagi lah,lecturer bawak anak kecik dia dlm 1-2 thun msuk bilik exam. anak dia memekak menejerit,lari2 boleh plak dia wat shhh je kat anak dia n jeling2 kat kiteorg... budak kecik mana lah paham tegur gitu... nsib ada sister ni tegur sruh bwak ank tu kuar. boleh plak ada situasi mcm tu.. dah la exam final plak tu..hihi.. ni blog saya www.mierayusof.com :)
kalau nama ada Islam,buatlah cara professional,barulah Islam dihormati.Ini orang islam selalu buat sikap tak professional. Ini harus diubah.
Post a Comment