Post Terbaharu :

Showing posts with label kahwin ketika belajar. Show all posts
Showing posts with label kahwin ketika belajar. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Bila Roomate Sendiri Berkahwin...

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...hari ini genaplah sebulan sahabatku dan juga merangkap bekas roomate CFS IIUM, Ruzanna(Ruru) dan pasangannya Najib, yang merupakan sahabat dari UIA mengemudi bahtera rumahtangga <3. Sweet~~~
Shifa-Ruru-Lily-Mira
Kenangan di Pusat Sains Negara iaitu semasa kami menjadi committee untuk program Ta'aruf Week.
Masa ni Ruru masih lagi bujang Saya pun masa tu tengah 'gendut'.

Sampai hari ini, saya masih tak tersangka, dia sudahpun bergelar Isteri. Yela kan, dulu masa dalam bilik, kami masih lagi dengan perangai 'kebudak-kebudakan', gedik-gedik manja. Masa itu, tanggungjawab sebagai anak dan pelajar sahaja. Tiba-tiba hari ini, semuanya sudah berubah. 

Apa yang mengagumkan saya, mereka tak menjaja 'kisah cinta' mereka di khalayak seperti kebanyakan pasangan muda sekarang. Cukuplah hebahkan kepada umum dengan lafaz sakinah mereka. Sampai saya sendiri pun tak tahu menahu tentang hal mereka. Benarlah, jodoh itu 'rahsia' Allah. Buat apa nak bercinta-cinta sangat sebelum nikah kan?

Kahwin muda bukanlah menjadi suatu perkara yang asing dalam hidupku memandangkan keluarga, kawan-kawan sekolah ramai yang dah berkahwin di usia yang muda. Tinggal di UIA lagilah menjadi 'adat' berkahwin muda.Bila roomate sendiri yang kahwin, lagilah terasa 'aura'nya. Mungkinkah diriku juga bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini? Mungkin tidak...calon pun takde. Ilmu pun tak seberapa. Banyak benda yang perlu terisi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Masa majlis berlangsung, saya dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar mereka. Nah...manalah saya berbakat sangat ambil gambar perkahwinan ni. Inilah pengalaman pertama saya mengambil gambar orang bernikah. So far, memang agak sukarlah untuk jadi jurugambar perkahwinan ni. Banyak nak guna masa dan ruang. Mungkin faktor itulah ramai jurugambar luar mengenakan bayaran yang tinggi, paling-paling pun RM2k-4k.

Walau apapun, terima kasih kepada Ruru sudi beri peluang dan 'melantik' Lily sebagai jurugambar semasa majlis berlansung haritu. Minta maaf kalau gambar tu tak seperti diinginkan. Sebab Ly tak reti sangat ambil gambar ni.Huhu. 









Semoga Ruru dan Najib bahagia bersama dunia akhirat 
dan dapat sama-sama kejar syurga Allah.

Wednesday, March 13, 2013

Permata Yang Dicari

Bismillahirrahmanirrahim,


" Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu..."


Sejak masuk UIA Gombak ni, kiri kanan tengok ramai student yang dah berkahwin. Kadang-kadang tu rasa jeles pun ada. Tapi apa kan daya, diriku belum lagi termampu. Jangan memikirkan sesuatu diluar kuasa kita. InshaAllah suatu hari nanti pasti akan kurniakan jodoh yang terbaik buat diriku. Mungkin masa 'single' inilah Allah suruh kita cukupkan ilmu dan segala keperluan dalaman dan luaran diri dulu....