Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, khamis yang lalu menjadi hari-hari tekahir bertapa di UIA setelah bertarung selama 1 semester di sana. Bila dah pulang ke rumah, saya masih terfikir-fikir lagi, apa aktiviti yang menarik yang dapat saya manfaatkan sepanjang cuti semester ini? Yang hanya di kepala cuma nak main GAME! UIA hanya beri kami cuti selama 3 minggu sahaja berbanding IPT lain yang bercuti 4-5 minggu. Kami redha sahaja memandangkan selama ini memang UIA tak suka beri cuti lama-lama. Takut-takut kami lagha gitu.
Saya tertarik dengan status seorang sahabat di FB yang sempat di quoted,
" pernahkah korang merasakan masa cepat berlalu? contohnya seperti Cuti semester atau semester kuliah? ada kajian mengatakan kanak2 berusia 2-6 tahun merasakan masa usia mereka sangat lama tetapi masa itu semakin singkat apabila meningkat dewasa. ini dikaitkan dgn pengalaman. kanak2 usia 1-6 menimba lebih banyak pengalaman dimana mereka mula belajar berjalan, mengenal warna, mengenal rakan, mengenal bahaya, merasa pelbagai jenis makanan, mengenal huruf dan lain2".
"kita dah meningkat usia semakin kurang pengalaman ditimba, itu membuatkan kita merasakan masa cepat berlalu sebab kita tak banyak berbuat apa2 dan tiada pengalaman baru, cth seperti kerap tidur semasa cuti semester,ia membuatkan korg rasa cuti semester cepat sangat habis. jadi jgn biarkan masa kita terbuang begitu shj, jadi cuba timba pengalaman sebaik mungkin, tingkatkan aktiviti harian dan nikmati setiap detik usia korang".
"btw aku rase... cepatnya 2012 berlalu. sebab apa? fikirkan".
-Asyraf Ikhwan-
Delima pelajar sekarang mungkin lebih banyak menghabiskan masa-masanya di atas katil. Mungkin waktu cuti inilah, satu-satunya masa yang boleh membantu keluarga di rumah. Pamerkan kerajinan kita. Pamerkan kesungguhan kita. Baru lah mak ayah yakin kita boleh berumahtangga suatu hari nanti, :-P .
Jadi,kalau tak mahu di akhir cuti nanti kita kata "Ala, cuti dah habis ke? Sekejapnya..." , rancang perjalanan sebelum ke destinasi.
" Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar".
Surah Al Asr,1-3.
0 Perkongsian:
Post a Comment