Bismillahirrahmanirrahim,
Ana/ Saya/ Kite/ Aku
Semua perkataan di atas mempunyai makna yang sama. Bagi saya, penggunaan perkataan tersebut berbeza mengikut kesesuaian situasi yang kita alami.
Ana
Perkataan ini selalunya digunakan oleh para muslimin & muslimah terutamanya dalam penulisan blog, ruangan komen ataupun perbualan bersama sahabat-sahabat. Istilah ini datangnya daripada perkataan Arab. Sahabat saya sendiri kata kalau guna perkataan ini nampak lebih sopan dan 'alim' gitu. Yang selalu kita dengar 'Ana-Ente' & 'Ana-Enti' (Saya-Awak).
Masa blog saya ditubuhkan sekitar tahun 2009 yang lalu, saya menggunakan istilah 'Ana' dalam blog ini. Masa tu rasa macam baik sangat :-P . Tapi saya fikir, lebih molek saya menggunakan istilah 'saya' supaya lebih dekat dengan pembaca. Kalau menggunakan 'Ana', nanti ada yang cop saya 'Ustazah' yang segan untuk didekati. Jadi, saya renew semula blog ini.
Saya
Orang kata guna istilah ini pula macam 'skema' & nerd. Saya tak peduli pun apa orang nak kata. Yang penting apa yang yang kita nak sampaikan tu sampai kepada pembaca. Terma ini menunjukkan kita ni hormat kepada orang lain.
Kite (Kita)
Bagi saya la kan, 'kite' ni selalunya digunakan oleh orang yang 'baik' atau 'manja'. Masa zaman sekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 2, saya membahaskan diri saya sebagai 'kite' semasa berbual dengan kawan-kawan. Bukan nak kata saya ini seorang yang baik. Iyelah kan, zaman kecik-kecik kan zaman innoncent. Selepas tingkatan 2, saya membahaskan diri menggunakan nama hinggalah sekarang.
Nama
"Hajar, Hajar tengah buat apa tu?
Boleh tak Lily nak tolong sekali..."
Saya lebih selesa membahaskan diri menggunakan nama. Saya fikir menggunakan nama ni menjadikan kita lebih mesra dengan seseorang. Namun, istilah ini bukanlah semua situasi sesuai untuk digunakan. Nanti orang kata macam 'gedik' pulak. Ianya lebih sesuai digunakan sesama keluarga dan sahabat rapat.
Aku
Seriously, saya tidak pernah membahaskan diri saya sebagai 'aku' walaupun dengan kawan2. Tak tahu lah kenapa. Saya hanya menggunakan istilah ini hanya antara saya dengan Tuhan sahaja. Kalau waktu berdoa tu, istilah ini secara automatiknya menjadikan saya rasa diri ini hina sangat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya, terpulang pada diri kita nak bahaskan diri macamana tetapi perlulah ikut kesesuaian keadaan. Tak kanlah dengan orang tua kita nak guna 'Aku-Kau' ? Yang penting prinsip 'Hablu Mi annas' (Berbaik Sesama Manusia) itu diamalkan dalam kehidupan seharian. Nak tahu jiwa kita ni macamana? Lihatlah cara kita perkatakan. Sesungguhnya,
" Bahasa itu lambang jiwa kita "
0 Perkongsian:
Post a Comment