Bismillahirrahmanirrahim,
Sejak sem lepas, saya agak bersedih sedikit. Sebab sejak sem itu saya terpisah dengan kakak dan rakan-rakan seusrah yang lain. Terkontang-kanting hidup kalau takde usrah ni. Penting kot usrah ni. Yelah, siapa lagi nak mengingatkan diri kita bila berada di kampus ni.
Saya ada kenalan seorang senior sesama kuliyyah. Tapi akak tu dah grad dan sekarang dah kerja dah pun. Beza umur kami dalam 5-6tahun. Setakat ni, dia jelah yang banyak beri peringatan dan semangat buat saya. Malam tadi kami sempat bertemu dan berbual. Akak tu ada kongsikan sesuatu:
=========
Akak tu timbulkan satu persoalan, 'Sebenarnya, apa yang kita cari kat dunia ni?'
Macam akak tu kata, dia mencari kawan. Ada orang, dia cari ketenangan. Ada orang cari duit. Ada orang cari itu ini. Setiap orang ada tujuan hidup tersendiri. Pengakhirannya, semuanya kita akan berbalik semula pada tujuan asal kita dihidupkan jugak.
=========
Soal cinta dan kahwin?
Kalau disebut dari segi umur, akak tu dah masuk fasa sesuai untuk berkahwin. Tapi dia masih lagi membujang. Kawan-kawan dia kebanyakan sudah pun berkahwin. Pastinya kita akan 'terasa'.
Nak cari lelaki yang bagus-bagus pun, bukannya mudah sekarang ni. Kita tak naklah bercinta. Jadi macamna nak dapat jodoh kalau macamtu?
Akak tu ada tanya kawan-kawan dia(yang baik2) tentang ini. Sebenarnya, mudah je kita nak menjemput jodoh dan rezeki. Jawapannya ialah solat. Kita mohon diperluaskan rezeki. Dipercepatkan dan dipermudahkan mendapat jodoh yang baik. Dengan solat ni, inshaAllah akan permudahkan kita dipertemukan dengan orang yang baik-baik.
=========
Kat bilik saya ni, ada banyak buku-buku dan majalah ilmiah dan kerohanian. Seriously, dulu masa di CFS, hampir setiap hari saya baca majalah-majalah tu semua. Nak makan dan tidur pun saya baca.
Tapi sekarang...hmmm....
Saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di internet.
Tak sama membaca buku dan membaca di Internet. Apatah lagi kandungannya tak bertapis. Akak tu ada lah pesan, kita ni sebenarnya kena banyak membaca buku yang 'real', baru ada nampak auranya dan berkat di situ.
InshaAllah, semoga yang baik tu datangnya dari Allah...
InshaAllah, semoga yang baik tu datangnya dari Allah...
0 Perkongsian:
Post a Comment