Post Terbaharu :

Thursday, February 12, 2015

Belajarlah Explore Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim,

"Kak Lily, boleh tak ajarkan saya semua pasal Photoshop?"
"Kak Lily, boleh tak tolong buatkan maklumat macamni dalam Word?"
"Lily tolong burn kan CD ni. Tak retilah...."
"Lily....tolonglah.....bolehlah....."
"Lily tolong buatkan semua ni" - paling kurang ajar

Bla...bla...bla...

Pagi-pagi lagi saya sudah bengang. Ada seorang junior minta tolong tunjuk ajar berkaitan IT. Tak kurang pula tu, ada seseorang SMS minta saya ajarkan dan explain pada dia tentang photoshop. Saya ni dahlah banyak kredit hour untuk sem ini, 21.5 jam. Sudah pastinya agak sibuk sedikit dan banyak kekangan masa. Sudahlah ada yang tidak beretika pula tu, main sergah sahaja. 

Nak melayan seorang sahaja sudah makan banyak masa. Kasihanlah pada diri saya, tak kan nak suruh explain satu per satu. Apa yang saya sarankan pada dia 'just Google'. Tapi saya takdelah suruh dia google macamtu sahaja, saya sediakan 'keyword' atau website yang boleh diguna pakai.

Ada pula tu, ada yang suruh saya betul kan hardware komputer. Ditohmahnya "Tak kanlah belajar IT tak reti nak format laptop & betulkan skrin ni" 

Bila saya jelaskan kebanyakan kami pelajar IT di UIA ni belajar lebih tentang sistem perisian (software), bukan lebih kepada peralatan (hardware). Kalau macam bab-bab seperti format laptop tu, kena belajar sendiri atau masuk kursus teknikal. Budak bukan kos IT pun reti bab-bab seperti ini.
Kuliyyah ICT UIAM Gombak
Inilah senario yang selalu berlaku pada kebanyakan 'non-IT' terhadap 'IT person'. Saya bukanlah mahu berbangga dengan kos IT, saya juga dibesarkan bukan semasa arena IT sedang pesat. Saya belajar dari zero secara total. Kadang-kadang berguru, kadang sendiri sahaja. Saya lebih suka explore sendiri dahulu. Jika benar-benar tidak faham, barulah saya akan rujuk pada yang lebih pakar. Usahlah semuanya mahu dimakan suap. 

Pagi tadi ada kelas IT&Islam. Saya ajukan soalan kepada pensyarah, 
"Sir, before this I heard that if we want to seek knowledge 
we need to have a book and a teacher to learn. 
Is it okay if we just explore by ourselves 
like Goggling or just refer to Youtube to learn?"

Jawapan yang dibalas oleh pensyarah mengatakan ianya boleh cuma perlu dapatkan kesahihan oleh orang yang berilmu. Jangan mengharap Ulamak Google atau Lebai Youtube sahaja. 

Terfikir juga, sombong sangat ke saya ini? Cubalah saya jadi seperti mereka, pastinya terpompang-pompang kabur tentang IT.

Orang kata kos ICT ni kos bodoh-bodoh je. Boleh belajar sendiri? Semua ada dalam Google. Bodoh ye?   Kami sudah pernah menderita. Jujur, saya juga tak pandai mana dalam bab-bab IT. Bukan lokek ilmu, tapi apa yang saya ingin tekankan, cubalah dahulu walaupun dapatnya sedikit ATAU kata mudah, 'Belajar explore sendiri'. Paling tidak buat research sedikit.

Sekurang-kurangnya begini, "Assalamulaikum kak Lily, akak tengah sibuk ke? minta maaf kacau. Nak tanya sikit, kalau saya klik ni ada efek apa-apa tak sebab saya ada baca kat bla bla..." 

Bukan,"Kak, tolong ajar semua ni" =_= 

Botak kepala akak.

0 Perkongsian:

Post a Comment