Bismillahirrahmanirrahim,
901,mungkin itulah nombor paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) apabila dibebaskan dari tuduhan meliwat ke atas bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan (SBA). Sehingga kini, sebenarnya kes ini masih belum terlerai terutamanya buat SBA yang ingin menuntut bela terhadap dirinya. Mana kan tidak, maruah diri hendaklah di'suci'kan.
Banyak pihak mengatakan kes ini merupakan salah satu konspirasi untuk menjatuhkan mana-mana parti politik. Entah betul atau tidak. Masing-masing 'tolak' situ sini. Ketepikan sebentar dunia politik. Pandanglah dari sudut yang berlainan. Kes ini melibatkan DSAI yang merupakan seorang ISLAM. Begitu juga SBA yang merupakan seorang ISLAM.
Pada pendapat saya,sewajarnya kes liwat yang terdakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari ini tidak perlulah digempar-gempurkan secara meluas kerana ianya melibatkan imej ISLAM itu tersendiri.Apatah lagi ianya melibatkan maruah diri bagi kedua pihak. Atau kata mudahnya, "Malulah saya". Sudah tercalar, bagaimana mahu diganti?
Cukuplah kes ini dibawa ke mahkhamah syariah, tidak melibatkan mana-mana pihak luar campur tangan dan selesaikan sahaja dengan tenteram di situ.Yang membimbangkan,kes ini telah pun mendapat liputan meluas,baik dalam mahupun di luar negara. Risau-risau,pelbagai perspektif negatif agama lain terhadap Islam yang ditafsirkan 'BOBROK' di mata mereka.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, Nabi SAW bersabda:
“Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia
kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”.
(HR; Muslim)
0 Perkongsian:
Post a Comment