Bismillahirrahmanirrahim,
Sebenarnya saya semakin xde idea nak tulis apa dalam blog ini. Banyak output keluar berbanding input dalaman diri ini. Tapi inshaAllah lah naik sem baru nanti, ada juga benda terisi.
Alhamdulillah, semalam saya try masak ayam goreng berempah. Dengar macam complicated nak rempah-rempah bagai. Rupa-rupanya xdelah serumit yang disangka. Ini pun dapat resepi daripada kawan rapat. Kalau tengok dalam internet, kebanyakan resepinya berlainan dan complicated. Eloklah perempuan belajar memasak kan.
Saya sememangnya bukanlah seorang yang gemar memasak. Makan je tahunya. Sejak masuk asrama semasa sekolah menengah dulu, lagilah masa kita terhad di rumah. Lepas SPM, cuti beberapa bulan itulah saya rajin-rajinkan diri untuk memasak. Tapi x selama mana, saya pun terus melanjutkan pelajaran di UIA PJ. Mana ada masa sangatkan nak masak-masak ni? Sekarang ini pun saya lebih suka spend masa depan laptop, main video game. Tapi semakin lama, saya fikir ianya semakin lagha.
Memandangkan umur semakin menginjak dewasa [ dewasa ke??], nak xnak kita lah rajin-rajin memasak. Ye lah...perkara ini boleh dikatakan satu kemahiran yang penting. Lagi-lagi nanti nak jadi bini&emak orang.
So far alhamdulillah, cuti semester 5 bulan ini, macam-macam resepi yang pelajari. InshaAllah, dari semasa ke semasa, banyak benda lagi saya akan belajar. Biarlah permulaan itu sedikit, asalkan istiqamah.
=============================================================
Inilah cara mudah untuk masak ayam goreng berempah:
Bahan-bahan diperlukan:
ayam
serai
halia
garam
serbuk cili
serbuk kari
daun kari
Dah itu je pun...
Cara-cara memasak:
1. Kisar serai (5/6 batang) dan halia.
2. Selepas itu, gaulkan ayam dengan serbuk kari dan serbuk cili.
3. Campurkan bahan yang dikisar dengan ayam yang sudah digaul dan campurkan sedikit garam.
4. Perapkan ayam yang digaul itu selama 30minit.
5. Goreng ayam tersebut dan campurkan daun kari.
Siap...
Mak kata rasanya macam makan nasi kandar. Alhamdulillah...yang penting kita buat keluarga kita suka :-)