Bismillahirrahmanirrahim,
Tentunya sejarah hidup anda pernah kehilangan atau keciciran duit kan?
Cuba fikirkan,jika suatu hari nanti anda kehilangan duit bernilai RM1, tentunya ada yang mengatakan,
"Ah,tak mengapa,RM1 je pun",
mungkin juga,
"Ussh,nasib baik RM1 je".
Bagaimana pulak reaksi anda jika kehilangan duit bernilai RM10 ? Tentunya tidak senang duduk bukan? Bagaikan lipas yang kudung.Mengapa anda tidak mengatakan seperti dialog di atas?
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Q.S. Ar-Rahman 55:1-13)
Ketuk-Ketuk Hati: Orang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang sedikit,tidak akan bersyukur dengan nikmat yang banyak,tetapi adakalanya kita 'sangat bersyukur' pabila menerima nikmat yang banyak hinggakan terlupa nikmat yang sedikit yang pernah Allah beri malah menuduh Allah Ar Razzaq itu 'kedekut' kerana tidak menurunkan rezeki buatnya semasa itu padahal hari-hari kita menerima nikmat pemberianNya.
0 Perkongsian:
Post a Comment