Bismillahirrahmanirrahim,
Baru ni, saya adelah kongsi cerita dengan
kakak pasal ada beberapa orang lelaki yang pernah approach saya, yang mana
diorang ni nampak macam menunjukkan minat pada saya. Kemudian kakak tanya,
macamana penerimaan dan cara layananan pada mereka?
Saya kata, saya layan mereka seperti kawan
tapi nampak sikap dan isi yang saya kongsi tu ‘concern’. Kakak kata saya ni
bagus sikit, sebab tak mudah jatuh cinta dan tak perlu terikat dengan komitmen
walaupun dah ada lelaki datang depan mata. Dia mula lah cerita kisah-kisah
perempuan yang mudah diajak couple oleh lelaki.
“Jom couple, nak x?” (direct)
“Weh, X ajak kau couple” (orang tengah)
“Sudikah awak couple dengan saya” (skema)
“Weh, X ajak kau couple” (orang tengah)
“Sudikah awak couple dengan saya” (skema)
Kalau kita dengar istilah couple ni apa
kita rasa? Ada orang ianya sesuatu yang sweet. Kalau budak-budak agama anggap
benda ni haram. Ada orang bila ada yang ajak couple ni, dia seronok dan
tertunggu2. Bila sebut couple ni, mesti
kt kepala terbayang pasangan kekasih.
Saya mula kenal istilah couple ni masa
Tingkatan 1. Masa tu kawan-kawan sebaya sudah mula terjebak dengan couple. Saya
ingatkan couple tu kumpulan manusia, yang mana 1 Couple bersamaan 12 orang. Sucinya
pemikiran masa tu.
Rujuk semula kamus, Couple ialah pasangan.
Atuk nenek, mak ayah dan suami isteri, tunang juga ialah couple. Istilah ini di
‘well-known’ kan oleh kebanyakan orang muda. Yang mana, definisinya sudah di ‘extend’.
Ada orang kaitkan couple ni sebagai cinta. Ye betul. Tapi cinta x semestinya kena
bercouple kan?
Definisi couple dah betul, tapi yang menentukan
halal haramnya macamana kita buat couple tu. Contoh kalau ada orang lelaki datang
dan nyatakan hasrat untuk berkahwin, kemudian bertunang, ia dipanggil couple.
Takkan nak panggil musuh kan? Itu pun dikira couple ‘yang dibolehkan’ selagi
menjaga batas syariat.
Bila check statistic blog usang saya ni,
rating view tertinggi ialah ‘SMS orang bercouple’. Hari-hari ada sahaja orang cari
info tentang ‘couple’. Padahal dlm post tu xde isi apa pun. Haha
Dalam kamus hidup saya, syukur
Alhamdulillah saya tak pernah terjebak dan couple dengan sesiapa pun. Couple bukanlah syarat hidup. Bagi
saya, kalau saya bercouple dengan syarat menjaga batas (kononnya), sedikit demi
sedikit saya mula belajar melebihi batas. Contoh, berSMS benda tak perlu. Mula
memanggil dengan panggilan “Abang-Sayang”. Bercouple juga buatkan saya
melebihkan pasangan yang belum ada ikatan dari keluarga sendiri. Di sini kita
akan mula rasa guilty. Kadang kalau couple Islamik ni, diorang memang claim tak berbuat zina, tapi kena ingat pecahan zina ni ada beberapa jenis. Tak yah lah bercouple, benda ni memang nak dekat ke arah zina kan?
Tamparan paling hebat ialah masa zaman
sekolah dan asrama. Di asrama, orang tak bercouple ni kira mcm low-class. Sebab
kononnya macam takde ‘sweet experience’ & tak laku. At least masa tu diorang
anggap kena cari adik/abang angkat, kemudian approach diorang jadi couple
sendiri. What the? Bagi saya, muda-muda kalau dah terikat dengan komitmen macamni, kita dah banyak buang masa & duit. Belum tentu mereka jodoh kita.
Masa tu saya adalah mula rasa risau. Rasa
macam nak kejar-kejar cari ‘the best men’. Tapi Cuma masa tu saya kurang
pandai, lebih risaukan pelajaran dari mencari ‘fake pasangan hidup’. Jadi masa
banyak digunakan untuk benda-bnda bermanfaat. Apatah lagi masa tu saya dilantik
menjadi pengawas dan pengerusi Persatuan Agama Islam. Haruslah cegah benda-benda
x elok ni. Mujur juga kawan-kawan sekeliling saya semuanya baik-baik dan suci
pemikirannya.
Bila dah berganjak dewasa, tipu lah kita
boleh lari dari istilah couple. Tengok kebanyakan kawan-kawan ramai dah ada
calon pasangan hidup dan sedang hangat
bercouple. Apatah lagi mereka yang dah kahwin. Keinginan untuk berpasangan itu
ada, mungkin dah mula rasa perlukan seseorang as life partner. Tapi nak ada
rasa cinta tu tak semestinya couple kan?
Hope saya boleh ‘couple’ selepas nikah. Hehehe.
Hope saya boleh ‘couple’ selepas nikah. Hehehe.