Bismillahirrahmanirrahim,
Entahlah, tiba-tiba tadi saya terbuka satu blog ni. Dia screen capture seluruh mesej PM FB dia dengan seseorang lelaki yang pernah mengajaknya untuk bercinta. Hidupnya penuh rasa berdosa.
Akhirnya, ke dakapan Allah jualah tempat dia merintih. Kerana, lelaki itu cumalah beromong kosong. Tak mampu melaksanakan 'janji-janji'nya. Kononnya, dirinya hanyalah untukmu.
Ye,
Sesiapa saja boleh ucapkan 'I Love You', 'Saya Sayang Awak',
It's just a word my dear.
Yang penting adalah hati.
Kalau kau cintakan Tuhan sekali pun,
belum tentu dapat membuktikan yang kau sememangnya mencintai agamaNya.
Sebab 'I Love You' itu cuma perkataan.
Kau percaya dengan lelaki yang berkata sebegitu?
Kau cair kerana perkataan itu?
Kadang-kadang saya memang benci lelaki. Hanya kerana cinta, mengubah dirinya dan orang dicintainya 360 degree bagai nak rak! Itulah cinta bodoh.
Semoga dijauhkan.