Post Terbaharu :

Wednesday, November 23, 2011

Wanita Solehah Ke?

Bismillahirrahmanirrahim,

Asyik-asyik orang bercerita kisah wanita yang tidak menutup aurat tetapi mempunyai hati yang baik, mahupun kisah yang hangat baru-baru ini iaitu kisah wanita bertudung vs wanita tidak bertudung.
"Tidak semestinya wanita yang memakai tudung dan menutup aurat itu
adalah seorang wanita solehah,
akan TETAPI wanita yang solehah itu 
PASTI akan memakai tudung dan menutup aurat".

Okay,saya nak tag sahabat blogger solehah,ikuti perkembangan info mereka ye:

Monday, November 7, 2011

Perlu Ke Lontar Mortar Board Di Hari Konvokesyen?

Bismillahirrahmanirrahim,
Pada kebiasaannya, di penghujung tahun kebanyakan IPT-IPT di Malaysia ini mengadakan istiadat konvokesyen bagi pelajar-pelajar yang tamat pengajiannya. Tersenyum riang pabila melihat sang anak menggengam segulung ijazah sambil keharuan memeluk ibu dan bapanya. 

Kemudiannya, berkumpul bersama kawan-kawan yang baru sahaja mendapat gelaran 'Graduan' dan menanggalkan mortar boardnya (topi yang dipakai semasa konvokesyen) dan akhirnya dilambung ke atas dengan serentaknya.
Persoalannya di sini, PERLUKAH MORTAR BOARD ITU DILONTARKAN? Bukankah topi itu diumpamakan sebagai ilmu dan ianya terletak di atas kepala kerana peranan dan nilai ilmu itu yang tinggi? Jadi, bukankah perbuatan melontarkan mortar board itu seakan-akan kita 'mecampak' atau lebih manisnya dikatakan sebagai 'menghina' ilmu itu sendiri?

Mungkin ada yang berpendapat, perbuatan itu cuma melambangkan keriangan atau kebebasan atau kemerdekaan setelah bertarung bagaikan berjuang di medan peperangan menuntut ilmu....aik, bukankah menuntut ilmu itu tidak mengenal titik noktah? Bak kata pepatah:

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Ada juga yang berpandangan perbuatan tersebut sudah dikatakan 'adat' ketika konvokesyen seperti mana 'adat' meniup lilin ketika majlis hari lahir.Terpulanglah bagi mereka yang menafsirnya. Teringat kata-kata ayah, 

"Bila dah konvo ini, jangan ingat kita sudah berada di kemuncak, 
keluar dari Universiti belum tentu kita dapat kerja,
 cuba lihat berapa ramai penganggur yang masih merempat, 
berusahalah dan yakinlah akan rezeki Allah"

#foto ihsan daripada Insaniah Corner
Sekalung tahniah buat kakakku,Nurul Akma yang baru sahaja menerima scroll semasa Istiadat Konvokesyen Uitm kali ke 75 di Uitm Shah Alam pada 27 Oktober yang lalu.

Ketuk-Ketuk Hati: Raikan kejayaan anda dengan sujud syukur  kepadaNya ...

Tuesday, November 1, 2011

1 November : Sanah Helwah !

Bismillahirrahmanirrahim,

Syukur diri ini masih lagi dapat bernafas pada hari yang mengingatkan saya pada awal kelahiran. Entahlah bila pula hari terakhir saya berhenti menghirup udara ini. Diri ini kenalah mengingati hari kematian bukannya hari kelahiran semata-mata yang telah lama pergi. 

Kalau kini umur kita 20 tahun, perlukah kita mengingati hari yang telah 20 tahun berlalu? Mengapa tidak merenung hari esok yang berkumungkinan 'Hari Kematian' kita?

Benar, bak buku SEJARAH Tingkatan 1 bercerita betapa pentingnya tarikh lahir itu. Huhu



Tergamit kenangan ketika emak sedang melahirkan saya ketika 1 November 1992. Tanpa berbidankan doktor atau mak bidan, akhirnya kereta toyota yang ayah beli dari perak menjadi hospital tempat kelahiranku. Perit sungguh penderitaan emak ketika itu. Sayangnya diri ini pada emak...



Ketuk-Ketuk Hati:
Kali ini, saya ingin melontarkan sedikit pendapat tentang 'adat' yang acap kalinya dilakukan oleh kita dan kawan-kawan kita. Antaranya ialah adat 'WISH BIRTHDAY'.

Tidak perlu kita sanggup menunggu tibanya TEPAT 12 MALAM untuk menghantar SMS atau post di Facebook, dan 'kononnya' ingin menjadi ORANG PERTAMA @ FIRST PERSON yang beri ucapan kepada 'bufday boy/girl'. 

Konon-kononnya, dialah satu-satunya insan yang mengingati tarikh kelahiran itu. 

Mengapa tidak kita menjadi satu-satunya insan yang benar-benar telus mendoakan kesejahteraan 'bufday person' itu agar rahmat dan maghfirah Allah sentiasa mengiringnya?

Ini baru cerita tentang WISH BIRTHDAY, belum lagi masuk fasa PRANK BIRTHDAY, BIRTHDAY SONG,BIRTHDAY GIFT dan sebagainya. Sekadar pendapat peribadi, tidak semestinya ianya 100% betul.



Buat sahabiahku juga, Nor Nazihah bt Md Yusof (Bio Sc, CFS IIUM) dan Zurina bt Abdillah (ICT,IIUM), Sanah Helwah saya ucapkan meskipun kita berkongsi tarikh berada di dunia ini, semoga kita sentiasa dapat mempertingkatkan amal untuk bekalan di akhirat kelak. Amiin...