Post Terbaharu :

Monday, July 13, 2015

Nak Ikut Kata Hati Atau Perasaan?

Bismillahirrahmanirrahim,

Baru-baru ini, kecoh insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat. Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang hal ini. Entah kebenaran berpihak pada siapa. Macam-macam kronologi cerita keluar. Dalam hal ini, boleh jadi si pembeli rasa tertipu dan ingin ambil hak dia. Lantas, dengan rasa tak puas hati, dia attack semula si penjual. Boleh jadi yang sebaliknya berlaku.

Pernah suatu hari, saya terlalu marah dengan seseorang lalu menyebabkan saya bertindak di luar jangkaan. Apa yang saya buat? Tak perlulah saya ceritakan, sebab saya rasa malu bila terkenangkannya. Ya, kita mungkin mahu menegakkan kebenaran. Tapi harus diingat, matlamat tak menghalalkan cara. Semurni mana pun niat kita kalau caranya salah, ianya tak baik. Lihat sahaja insiden tersebut, kesudahannya rusuhan dan pergaduhan berlaku.

Bila rasa marah atau tak puas hati ni, ianya banyak melibatkan kita punya nafsu dan syahwat. Selama ini saya ingat nafsu dan syahwat ni cuma terhad pada kemahuan dan keinginan seksual sahaja. Rupanya ianya banyak terpalit dengan emosi dan perasaan. Kita selalu je dengar ungkapan,

“Ikut kata hati mati, ikut perasaan badan binasa”

Contoh, macam kita nak buat pilihan, kadang-kadang kita tak tahu samada nak pilih yang itu atau yang ini. Kita berada di dalam dilemma. Semestinya kita mudah dengar kata hati dan perasaan. Hati suruh pilih yang itu, manakala perasaan rasa seronok nak yang ini.  

Sebenarnya kita nak ikut kata hati atau perasaan? Setahu saya, hati inilah raja dalam diri kita. Ia sensor terhebat yang Allah cipta yang bertindak mengawal diri. Tapi kadang-kadang ikut kata hati ni pun macam tak boleh pakai jugak sebab banyak dipengaruhi oleh nafsu dan syahwat. Kalau ikut perasaan pula, macam-macam perasaan pula timbul. Tambah lagi kalau ada si syaitan yang menghairahkan susasana.

Dalam Islam, banyak suruh umatnya jaga hati. Hati ini fitrahnya bersifat sedih dan timbal balik, kita yang kena bijak kawal ia. Ada doa yang selalu kita baca iaitu mohon ketetapan hati.

Hasil perkongsian daripada seorang sahabat, sebenarnya kita boleh dengar kata hati, tetapi harus letak akal rasional dalam membuat pilihan dan tindakan. Yup, itulah yang membezakan kita dengan haiwan. Dalam mengejar keinginan kita, kita lupa yang kita ada akal untuk berfikir.

Contoh macam insiden ini, mungkin dengan berfikir, kita boleh fikir,

“Apa yang akan berlaku kalau aku buat macam itu?
Apa aku akan rugi atau bahaya?”

Contoh lain, haritu saya ada beli controller XBOX dek kerana teruja dengan design dia. Kesudahannya, ia terbiar di dalam almari macam tu sahaja. Sepertinya membazir. Jika saya fikir sebelum beli dahulu, mungkin saya akan kata,

“Apa aku akan guna atau tidak?
Apa semua game compatible dengan controller ni?
Apa duit aku cukup untuk beli keperluan yang lain?”

Berfikir sebelum bertindak. Kita akan letak rasional dalam suatu situasi, dan kita akan tahu ‘cause and effect’ jika ia berlaku. Bukan buat ‘try and error’. Kalau ikut hati dan perasaan sahaja, memang perasaan negatif banyak dominasi nanti. Kalau masih rasa buntu juga, kita boleh buat solat istikharah. InshaAllah dengan solat ini, gerak hati itu Allah yang pandu.

Wallahualam.

Wednesday, July 1, 2015

Jangan Bersendirian

Bismillahirrahmanirrahim,

"Kita akan jadi 'kuat' bila bersendirian"

Saya rasa macam pernah dengar ungkapan di atas. Tapi sebenarnya tak betul pun ayat tu. 

Memang kadang-kadang bersendirian ni elok juga. Contoh macam kita nak bermuhasabah diri. Kalau beramai-ramai ni nanti ada terguris hati lah, terngumpat lah. Cuma ada suatu sudut tak elok bila kita berseorangan.

Bila kita selalu bersendirian ni, buat hati kita berdolak dalih dan tiada ketetapan. Kita akan lebih dengar cakap hati dan perasaan masa tu. Tau tak kenapa ayat tu kata kita 'kuat'? Sebab masa tu syaitanlah yang jadi peneman.
Nasib baiklah kita diberi nikmat Islam dan silaturrahim. Kalau ada masalah, kita akan mengadu dengan Allah walaupun bersendirian. Kita juga boleh kongsikan masalah dengan keluarga atau kawan-kawan. 

Jadi, janganlah bersendirian...tanpa disibukkan dengan kebaikan.