Post Terbaharu :

Monday, October 17, 2011

IPTIM Mai !

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah baru sahaja sebentar tadi saya menyediakan segala keperluan dan kelengkapan untuk program bakal menjelma iaitu IPTIM !!! Syukur sangat pada Allah yang masih beri saya kekuatan dan semangat buat diri ini walau pada mulanya saya agak berat untuk turut serta program tersebut. 


Begini lah keadaan bilik semasa mahu berkemas barang-barang.

Alhamdulillah, selesai sudah mengemas barang.

Apa itu IPTIM? IPTIM ini singkatan bagi Pesta Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia 2011. Alhamdulillah,kali ini UIA Petaling Jaya menjadi tuan rumah di mana ia menghimpunkan seluruh IPT berlabel islam untuk terlibat dalam pelbagai sukan. Program ini akan berlangsung dari 18-21 oktober (kursus induksi) manakala acara sukan berlangsung pada 22-28 oktober 2011.













#Gambar semasa SMAC 2011 - IHSAN FOTO INSANIAH CORNER 

UIA PJ pun telah menaiktaraf beberapa kawasan seperti padang,gelanggang dan selainnya
. Sebelum ini,saya requested pada pihak penganjur untuk menjdai jurugambar (official photographer), harap-harap tercapai lah hasrat saya tu. Apa-apa pun NIAT perlu sentiasa diperbetulkan dan IKHLAS mengerjakannya.

#Gambar semasa SMAC 2011 - IHSAN FOTO INSANIAH CORNER  


Mudah-mudahan segala perancangan dan perlaksanaan diredhai dan dipermudahkan Allah. 






Saturday, October 15, 2011

Apa Perlu Buat Kalau Kita Tension?

Bismillahirrahmanirrahim,


“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.” 
 al Baqarah : 152 – 153



"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan kententuan bagi tiap-tiap sesuatu" 
At-Thalaq:2-3 

Ketuk-Ketuk Hati :


PERKONGSIAN: TENSION? Ada antara kita bila tension shj mencari laptop utk MElayari internet,MEnonton movie,MEnyanyi, MAin game, MErungut, MErengek dan sebagainya....
(mmg setiap org lain2 caranya kan?)

Mengapa tidak kita MEncari Allah utk MEngadu?
~Buat diriku yang kerap tension~ ^_^

Wednesday, October 12, 2011

Sebuah Pertemuan

Bismillahirrahmanirrahim,


Allah sengaja menemukan kita... :
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH...
~LB~

Tuesday, October 11, 2011

Lonely


Feel Lonely? Maybe that is happens to me right now, but i know that Allah always be with me. 
So why should I still feel alone? Be strong..

Friday, September 30, 2011

Apa Perlu Buat Kalau Ada Orang Puji Kita?

Bismillahirrahmanirrahim,


" Awak Cantik Sangat Hari Ini"

Kembang mekar hati si gadis bersama pipi yang kemerah-merahan 
pabila orang lain memujinya.


Ketuk-ketuk Hati:
  • Jika orang memuji kita, ALHAMDULILLAH disebut bukan kerana pujian,tetapi sebagai tanda syukur pada Ilahi yang memelihara aib kita daripada dilihat oleh orang yang memuji.
  • Jika orang memuji kita,ingat-ingatlah bahawa kelebihan yang Allah bagi itu hanyalah bersifat sementara,tiada yang kekal di dunia ini.Bila-bila masa sahaja Allah berkuasa menarik balik pinjamanNya. 
“Jika Allah sudah berkata ‘KUN FAYAKUN’, jadilah! Maka jadilah ia. Maha Suci Allah, yang ditangan-Nya Segala Kekuasaan, Kepada-Nyalah semua urusan dikembalikan ” 
(Surah yassin 82:83)

Monday, September 19, 2011

Selepas Kita Tidur

Bismillahirrahmanirrahim,
Entri kali bersangkut paut dengan entri sebelumnya  (KLIK SINI),

Ketuk-Ketuk Hati: 
Kalau selama ini ada antara kita berkata : "Tidur untuk BEREHAT,tidur untuk MENDAPAT INSPIRASI,tidur untuk ITU dan INI....".Memang semua itu benar.

Tetapi apakah kita ini yakin kita masih lagi mampu bernafas pada keesokan hari padahal nafas itu hanya pinjaman Allah semata-mata? Jika Allah mahu kita pulangkan pinjaman itu,sediakah kita untuk memulangkannya? Ketuk-ketuk hati dan sama2lah kita bermuhasabah...

Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini?"


Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: "Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan aku untuk bertaubat"