Tuesday, December 6, 2011
Monday, December 5, 2011
Post Sesuatu di FB,BLOG,TWITTER dan Sebagainya
Bismillahirrahmanirrahim,
Setiap orang ada kecenderungan terhadap bidang tertentu untuk dia post dalam blog, atau profile FB dia. Maka, kita seharusnya bersifat terbuka terhadap kepelbagaian dalam hal ini.
Jangan senang2 comment "tak perlu post benda remeh macam ni" atau "masih ada banyak benda lain yang boleh post". Jagalah perasaan orang lain seperti mana kita mahu perasaan kita dijaga! ^_____^
~Raja Ahmad Kamil~
Labels:
Tazkirah+Rohani
Wednesday, November 23, 2011
Wanita Solehah Ke?
Bismillahirrahmanirrahim,
Asyik-asyik orang bercerita kisah wanita yang tidak menutup aurat tetapi mempunyai hati yang baik, mahupun kisah yang hangat baru-baru ini iaitu kisah wanita bertudung vs wanita tidak bertudung.
"Tidak semestinya wanita yang memakai tudung dan menutup aurat itu
adalah seorang wanita solehah,
akan TETAPI wanita yang solehah itu
PASTI akan memakai tudung dan menutup aurat".
Okay,saya nak tag sahabat blogger solehah,ikuti perkembangan info mereka ye:
Labels:
Tazkirah+Rohani
Monday, November 7, 2011
Perlu Ke Lontar Mortar Board Di Hari Konvokesyen?
Bismillahirrahmanirrahim,
Pada kebiasaannya, di penghujung tahun kebanyakan IPT-IPT di Malaysia ini mengadakan istiadat konvokesyen bagi pelajar-pelajar yang tamat pengajiannya. Tersenyum riang pabila melihat sang anak menggengam segulung ijazah sambil keharuan memeluk ibu dan bapanya.
Kemudiannya, berkumpul bersama kawan-kawan yang baru sahaja mendapat gelaran 'Graduan' dan menanggalkan mortar boardnya (topi yang dipakai semasa konvokesyen) dan akhirnya dilambung ke atas dengan serentaknya.
Persoalannya di sini, PERLUKAH MORTAR BOARD ITU DILONTARKAN? Bukankah topi itu diumpamakan sebagai ilmu dan ianya terletak di atas kepala kerana peranan dan nilai ilmu itu yang tinggi? Jadi, bukankah perbuatan melontarkan mortar board itu seakan-akan kita 'mecampak' atau lebih manisnya dikatakan sebagai 'menghina' ilmu itu sendiri?
Mungkin ada yang berpendapat, perbuatan itu cuma melambangkan keriangan atau kebebasan atau kemerdekaan setelah bertarung bagaikan berjuang di medan peperangan menuntut ilmu....aik, bukankah menuntut ilmu itu tidak mengenal titik noktah? Bak kata pepatah:
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"
Ada juga yang berpandangan perbuatan tersebut sudah dikatakan 'adat' ketika konvokesyen seperti mana 'adat' meniup lilin ketika majlis hari lahir.Terpulanglah bagi mereka yang menafsirnya. Teringat kata-kata ayah,
"Bila dah konvo ini, jangan ingat kita sudah berada di kemuncak,
keluar dari Universiti belum tentu kita dapat kerja,
cuba lihat berapa ramai penganggur yang masih merempat,
berusahalah dan yakinlah akan rezeki Allah"
#foto ihsan daripada Insaniah Corner
Sekalung tahniah buat kakakku,Nurul Akma yang baru sahaja menerima scroll semasa Istiadat Konvokesyen Uitm kali ke 75 di Uitm Shah Alam pada 27 Oktober yang lalu.
Labels:
Pemerhatian
Tuesday, November 1, 2011
1 November : Sanah Helwah !
Bismillahirrahmanirrahim,
Syukur diri ini masih lagi dapat bernafas pada hari yang mengingatkan saya pada awal kelahiran. Entahlah bila pula hari terakhir saya berhenti menghirup udara ini. Diri ini kenalah mengingati hari kematian bukannya hari kelahiran semata-mata yang telah lama pergi.
Kalau kini umur kita 20 tahun, perlukah kita mengingati hari yang telah 20 tahun berlalu? Mengapa tidak merenung hari esok yang berkumungkinan 'Hari Kematian' kita?
Benar, bak buku SEJARAH Tingkatan 1 bercerita betapa pentingnya tarikh lahir itu. Huhu
Ketuk-Ketuk Hati:
Tidak perlu kita sanggup menunggu tibanya TEPAT 12 MALAM untuk menghantar SMS atau post di Facebook, dan 'kononnya' ingin menjadi ORANG PERTAMA @ FIRST PERSON yang beri ucapan kepada 'bufday boy/girl'.
Konon-kononnya, dialah satu-satunya insan yang mengingati tarikh kelahiran itu.
Mengapa tidak kita menjadi satu-satunya insan yang benar-benar telus mendoakan kesejahteraan 'bufday person' itu agar rahmat dan maghfirah Allah sentiasa mengiringnya?
Ini baru cerita tentang WISH BIRTHDAY, belum lagi masuk fasa PRANK BIRTHDAY, BIRTHDAY SONG,BIRTHDAY GIFT dan sebagainya. Sekadar pendapat peribadi, tidak semestinya ianya 100% betul.
Buat sahabiahku juga, Nor Nazihah bt Md Yusof (Bio Sc, CFS IIUM) dan Zurina bt Abdillah (ICT,IIUM), Sanah Helwah saya ucapkan meskipun kita berkongsi tarikh berada di dunia ini, semoga kita sentiasa dapat mempertingkatkan amal untuk bekalan di akhirat kelak. Amiin...
Labels:
sahabat
Sunday, October 30, 2011
Insaf di Theme Park,Berjaya Times Square
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, masih rajin jari-jemari ini untuk post entri yang terbaru.
Sehari selepas tamatnya IPTIM, pada awal perancangan saya ingin ke Pudu Sentral (nama baru bagi Stesen Puduraya) bagi membeli tiket bas ke Parit Buntar untuk melawat keluarga angkat di sana.
Seorang sahabat mengajak saya ke Times Square almaklum dia dapat boucer diskaun 15% ke Theme Park,Berjaya Times Square.
Dengan hanya menaiki monorail dari stesen KL Sentral, kami terlajak ke stesen Bukit Bintang, padahal TS terletak di stesen Imbi. Kami pun berjalan kaki ke sana. Sepanjang perjalanan, kami disogokkan pelbagai barangan dari salesman dan saleswoman yang 'kononnya' minta sokongan sedangkan hakikinya mengambil kesempatan. Bermacam helah dan alasan kami berikan memandangkan kami tiada hati nak beli barangan mereka. Mana tidaknya, wajarkah keychain sebesar biskut harganya sampai RM60.00?
Wajarkah seller nak melariskan produk mereka dengan cara menyogok/memaksa orang awam!?
Setibanya kami di Theme Park tersebut,
kami menaiki "Cosmo" iaitu sejenis gondola yang berputar 360 degree!
Pada mulanya kami duduk di kerusi gondola itu dengan tenangnya. Tiba-tiba enjin dihidupkan dan gondola itu diterbalikkan dengan laju dan xsemerta-mertanya beberapa kali. Kami terkejut dan hanya nama "Allah" terpacul dari mulut ini sambil berkata "Nak Balik...Nak Balik..." dimeriahkan lagi dengan pekikan orang bersebelahan saya. Kawan saya asyik menyebut "Ya Allah, nyawa ini hendak tercabut".
Sepanjang gondola itu diterbalikkan ke hadapan,ke atas, ke belakang dan ke bawah, saya hanya memikirkan seolah-olah seperti terlibat dalam kemalangan jalan raya. Air mata berjujuran membasahi pipi ini. Seakan-akan malaikat maut datang menjemput untuk menarik nyawa saya. MasyaAllah....
Sehabis sahaja permainan tersebut ditamatkan, saya terus menangis dan dengan cepatnya terus ke tandas kerana kepala pening dan loya. Melihat kawan yang menangis, tersentap hati saya ini. Detik hati saya ingin menaiki lagi permainan yang lain memandangkan saya sudahpun membayar tiket. Saya ke permainan seterusnya iaitu "Spinning" bersendirian. Sayang seribu kali sayang, situasinya lebih kurang sama dengan permainan "Cosmo" itu. Saya bergegas ke tandas kerana loya.
Petang itu juga,kami segera pulang ke UIA. Peritnya pengalaman kami di Theme Park tersebut.
Ketuk-ketuk Hati: Hidup Ini Adalah Pinjaman,Bila-Bila Masa Sahaja 'Tuannya' Boleh Mengambil Semula PinjamanNyA. Kita Milik Allah.
Labels:
cfs iium,
Pemerhatian,
Tazkirah+Rohani