Bismillahirrahmanirrahim, Dua tahun lepas, saya pernah sign up account Twitter. Barulah hari ini, saya aktifkan semula akaun tersebut. Pelik....xfaham cara penggunaan Twitter ni. Apa yang saya dapat perhatikan pengguna Twitter ni seseolah macam 'syok sendiri' twett-twett aktiviti mereka. Mungkin saya belum lagi arif lg. Cuma kelemahannya, apa yang kita tweet, follower kita boleh nampak @ stalk satu-satu aktiviti kita. Teringat semula, masa pertama kali ada akaun Facebook, satu-satu akaun habis saya stalker! Bila difikirkan, apa benda lah yang saya buat ni. Banyak buang masa. Banyak sangat buat perkara xberfaedah. Kadang-kadang tu kita asyik stalker sesorang yang pernah kita suka atau 'admire'. Lagi-lagi kawan sekolah, xsempat kita nak kenal.Almaklumlah mana ada talian alam maya masa zaman sekolah dulu.
" Drpd kita asyik STALKER 'si dia yg kita minat',
apa yg dia buat harini,dia pergi mana,makan apa n bla...bla...
lebih baik kita STALKER 'si dia yg byk post2 ilmu agama', byk prkongsian yg kita dpt, sekurang2nya dapat la isi hati kita yg kosong nie...semoga ada manfaatnya "
Stalker2 jugak, jgn lupe Allah pun dh suruh malaikat stalker amal kita, hiii :-D
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, hari demi hari usia semakin menjejak dewasa. Agama dan pengalaman hidup inilah yang menjadikan kita semakin matang.
Cincin Belah Rotan-InsaniahCorner Photography
Dan baru-baru ini, hidup kita semakin sibuk dengan urusan dunia sabagai satu bekalan di akhirat kelak,maka keputusan untuk saya mengikat tali pertunangan terlaksana. Di sini saya sertakan gambar-gambar sepanjang majlis pertunangan saya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Inilah pertunangan saya. PERTUNANGAN DENGAN PERJUANGAN. Mencari ilmu untuk mempertingkat diri ini supaya mendapat bekalan yang secukupnya di akhirat kelak.Memandangkan kita ni hamba, jadi kenalah ikut tuntutan Allah S.W.T
Dulu selepas tamat SPM, saya pernah terfikir untuk memiliki sebuah keluarga di usia yang muda. Bukan kerana 'Gatal', tetapi berkeinginan untuk mendidik anak-anak dan keluarga yang soleh dan mahu memahami peritnya menjadi seorang ibu dan isteri. Tetapi,pengalaman bersama sahabat-sahabat di UIA,membekukan seketika keiginan saya tersebut. Tidak semudah disangka bernikah di usia muda ni lagi-lagi di saat kita untuk menuntut ilmu...memikirkan bagaimana dengan komitmen kita terhadap pelajaran dan keluarga nanti? Lebih-lebih kehidupan belajar Degree agak busy dan perlunya kesabaran. Bukan niat untuk menakutkan orang lain,tetapi bersediakah kita? Klik Sini
Pertama-tama kali,marilah kita suburkan lidah kita dengan ucapan selawat dan salam ke atas lagenda terhebat Islam,Rasulullah S.A.W.
"Ummati...Ummati..."
Adakah kita masih ingat kata-kata ini? Apa tu? Pasal mati ke? Tidak.Inilah satu-satunya kata-kata terakhir Rasulullah S.A.W sebelum Baginda wafat iaitu Umatku...
Betapa sayangnya Baginda kepada kita walaupun kita belum menjejak bumi lagi tika itu. Betapa risaunya Baginda akan kita pada hari ini hidup yang disogokkan dengan hiburan duniawi dan melambaikan'Goodbye& Tata' kepada akhirat.
Semellia ini, Islam semakin dibobrokkan dengan laungan 'ISLAM ITU LEMAH!' ISLAM ITU LEMAH! Siapa yang berkata sedemikian? Of course musuh-musuh Islam sejak berkurun lamanya. Paling terkini, kita dicaci dan dihina cukup keji melalui Filem Hot ,'Innoncence of Muslims' arahan Sam Bracele.
Why the title is 'Innoncence'?
Atau dalam Bahasa Melayu, 'Umat Islam Yang Tidak Bersalah'. Padahal filem ini terlalu banyak adengan-adengan melambangkan perbuatan salah Nabi. Adakah ini sebagai 'marketing strategy' penerbit filem tersebut? Atau adakah ianya membawa maksud: Manusia itu secara fitrahnya tidak bersalah apa-apapun,tetapi setelah kehadiran Muhammad yang membawa ajarannya,menyebabkan mereka menjadi sesat?
Wallahualam...
Inilah trend terbaharu musuh Islam untuk menjatuhkan Islam. Inilah suatu gaya penghinaan yang berubah mengikut zaman. Inilah satu taktik mereka untuk mengelirukan manusia.Jika dahulu,Nabi pernah dibaling dengan batu dan najis, apa pula selepas ini? Hoho,sedangkan mereka sendiri tahu suatu hari nanti Islam akan mencapai kemenangan sekali lagi.Bak kata orang, "Risau le tew".
"Kalau aku, aku nak bunuh je si pengarahnya tu!"
"Dah tu, macamana kau nak pergi negara barat tu? Kau ada duit nak fly ke?"
"Erkkk....."
Very typical muslim! Mungkin kita mahu sahaja bunuh si penghina Nabi itu. Sedarkah kita,si kafir baru sahaja menjetik kita,tetapi kita sudah melatah! Mahu berdemo itu ini. Mahu berjihad. Mahu pertahankan kebenaran.Mahu pertahankan Nabi. Yaa...itu semua niat yang baik. Tapi, ada tak lidah kita ni rajin bersalawat ke atas Baginda? Kau ada?
Sejauh mana hak kebebesan suara ini? Sedangkan musuh-musuh Islam buat-buat tidak endah kepada kita.
Ingat sahabat-sahabat semua, Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa bersebab. Sudah tentunya Dia menurunkan hikmah buat kita. Namun,kita pada hari ini melenting melangit!
Ketuk-Ketuk Hati:
Masihkah ada cinta di hati kita buat Baginda? Adakah cinta kita hanya bermusim sahaja yang menunggu isu-isu hot keluar? Musuh-musuh Islam tidak akan berhenti mencaci kita...
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
Bismillahirrahmanirrahim, Pastinya tiba di hari lebaran,ramai antara kita suka merakam gambar kan? Baik menggunakan DSLR, kamera kompak ataupun kamera henset sahaja.
Boleh je nak amik gambar sebagai kenangan di hari yang mulia ini tapi!!!.....
Pertama kali saya tonton iklan video pendek ni terus sebak.
Tak silap video ni dah pun dipublishkan semasa awal2 Ramadan haritu. Ramai kawan2 di Facebook share2 video ni. Saya tak terasa nak tonton pun ketika tu sebabnya itu adalah iklan raya,jadi kena tonton masa hampir2 raya.Bak kata orang "Baru Feeling!!!!"
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ianya berkisarkan tentang perjalanan ke kampung antara 2 orang anak yatim iaitu Rafizi dan Ahmad.
Ada beberapa aspek yang memikat hati saya untuk mengulas serba sedikit.Dalam masa yang sama ia menjadikan saya lebih insaf :
1. Kekurangan Diri
Si Rafizi adalah insan yang cacat penglihatannya manakala si Ahmad pula kurang dari segi pertuturannya. Perhatikanlah mereka, bagaimana mereka boleh saling bergantung walaupun masing-masing punya kekurangan diri. Jika insan biasa, pastinya berkerut dahi memahami bait-bait pertuturan si Ahmad. Tetapi si Rafizi faham setiap apa yang dikehendaki Ahmad. Itulah istimewanya golongan 'istimewa' ini. Mereka ada 'sesuatu' yang kita tiada. Di sebalik kekurangan ada kelebihan. Contoh,cuba anda letakkan jari anda di bahagian titik-titik yang ada di wang kertas. Apa yang anda rasa dan apa yang anda dapat? Bagaimana si buta boleh tahu nilai RM pada note ringgit tersebut?
2. Status Keluarga
Mereka adalah anak yatim yang tinggal di rumah Anak-Anak Yatim. Mungkin di antara kita masih lagi ada kedua mak dan ayah. Petikan perbualan di rumah kebajikan tersebut" Fizi, ko balek mana esok?" Balas si Fizi,"Kami tak ada keluarga,raya di sini kot". Allah2x, sayu saya mendengar suara comel si Rafizi itu. Kita masih lagi boleh berhari raya bersama keluarga,adik beradik mahupun saudara mara sambil mendengar gemersik lagu 'Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman. Mereka tiada sesiapa.
3. Pandai Berdikari
Acap kali kita dengar,"Umur baru setahun jagung, dah pandai buat kerja xsenonoh!". Itu tidaklah tepat buat mereka. "Umur baru setahun jagung, dah pandai berdikari!" Mereka nekad untuk pulang ke kampung tanpa batuan sesiapa kecuali antara mereka sendiri yang saling bergantung.
4. Backup Plan
Mereka ke stesen bas untuk membeli tiket ke Segamat. Alangkah sedihnya tiket sudah pun habis. Namun, ianya tak lah memutuskan harapan mereka. Plan A tak dapat, mereka guna Plan B. Seterusnya mereka mencuba nasib di stesen keretapi dengan harapan dapat pulang ke kampung halaman. Mereka bukanlah seperti kita, yang sempurna, mampu bersekolah penuh, mampu masuk ke Universiti,mampu berkerja di kerusi empuk di pejabat yang mungkin selama ini belajar sistem organisasi untuk melaksanakan plan-plan yang dirangka. Itulah istemewanya anak-anak ini berfikir secara ON THE SPOT. Walaupun ianya perkara asas, tetapi bagi anak kecil seperti mereka, tentunya suatu perkara yang 'dewasa' kan?
5. Berani
Mereka cuba bertanya kepada pemandu teksi untuk ke stesen keretapi.Pemandu teksi maklumkan destinasi yang ingin mereka tuju itu tidaklah jauh. Tapi.....sebaik sampai sahaja di stesen keretapi itu, dia maklumkan tambangnya RM10! Tidak ke mahal nilai tersebut. Saya yang hidup di CFS IIUM Petaling Jaya sebelum ini, naik teksi dari CFS IIUM ke Mid Valley baru RM8. Memang wajar tindakan anak-anak tersebut yang tidak segan silu untuk minta diskaun.
6. Perikemanusiaan dan Tolak Ansur
Teknik imbas semula yang simple dalam video ini cukup baik. Video dimulakan babak pemandu lori cina yang marah-marah akan anak-anak yatim ini kemudian dipaparkan perjalanan anak yatim ini ke destinasi mereka. Walaupun pemandu lori tersebut marah akan perbuatan mereka, atas dasar toleransi dan keprihatinan beliau, ditolongnya nasib anak-anak tersebut. Terbaharu mungkin ada isu pertelingkahan antara kaum Melayu dan Cina (maaf, tak dapat nak dimaklumkan di sini) masih lagi berlaku. Mahukah kita mengulangi Peristiwa 13 Mei 1969 lagi? Sejarah Mungkin Berulang atau Sejarah Tak Mungkin Berulang? Bak selalu orang kata, bila dah belajar sejarah ni, kita belajar dari kesilapan yang lalu. Ye ke?
7. Rumah di Kampung
Tiba di pagi syawal, mereka sampai ke masjid. Pemandu lori kehairanan dengan anak-anak itu yang ingin ke masjid yang dikatakan 'rumah' itu. Di masjid, mereka mandi di tempat mengambil wudhuk dan berpakaian indah bersama-sama. Lihat, mereka tiada rumah....kita? Kita masih lagi duduk selesa di dalam bagunan yang bercat indah. Berlangsir cantik. Tersusun kuih-kuih raya yang terhidang dibalang meja ruang tamu. Disajikan lagi dengan rancangan raya di televisyen plasma di rumah tu.
8. Si Ibu
Bahagian terakhir video ini ialah mereka saling menggenggam tangan semasa hendak ke suatu tempat. Seperti yang kita tahu, mereka pulang ke kampung adalah untuk bertemu keluarganya. Kita sangka mereka ingin bertemu dan memegang erat tangan ibunya, rupa-rupanya yang diusap-usap tangan adalah batu nisan ibunya di tanah perkuburan. Buat yang masih ada ibu, hari ini kita masih lagi boleh bersalam dan cium tangan ibu kita. Mereka? Hanya dapat mencium batu yang kasar itu...
:'( kita lupa yang kita ini masih dicukupkan sifat dan keperluan untuk berhari raya...
orang lain bersusah payah...kita bersenang lenang....
Puasa menjadikan kita lebih insaf di atas kesusahan orang lain, Hebatnya !Allah dah rancangkan semua ini...