Post Terbaharu :

Tuesday, October 27, 2015

Haluan Selepas Ini?

Bismillahirrahmanirrahim,
Fikiranku agak kusut. Pening memikirkan masa depan dan hala tuju selepas ini.
Ditambah lagi dengan macam-macam assignment, projek, FYP  dan midterm exam.
Sem depan dah mula nak intern. Tempat untuk praktikal pun tak cari lagi. 

Entah. Rasa takde mood.
Mula rasa tak minat dengan kerja dalam industri.
Aku takut.
Kalau program KPLI masih wujud lagi, mungkin dah tahu apa nak dicapai.
Tapi itu pun berdasarkan rezeki nak dapat.
Tapi nak jadi cikgu zaman sekarang, baik aku lupakan.
Mungkin lepas grad, aku sambung Master.
Bukan kerana nak kejar nama atau pangkat akademik.
Tapi ini laluan dan haluan untuk aku mengejar cita-citaku menjadi pendidik/ahli akademik.
Kita hanya mampu merancang. 
Manusia merancang dengan cita.
Allah merancang dengan cinta.

Saturday, October 17, 2015

Teori Hidup bersama Keluarga Vs Pasangan

Bismillahirrahmanirrahim,
"Kau belajar mane?"

"UIA"

"Tak macam budak UIA pun"

"Dah tu, kau nak suruh aku cerita pasal kahwin 24jam memanjang?"


Haha, biasalah kalau belajar di UIA, tak sah tak cerita bab kahwin. Lagi-lagi bila umur dalam fasa 20 an, memang kahwin salah satu bab paling serius dalam khidupan.

Masa cuti inter sem 3 bulan haritu, tak terhitung ramainya kawan-kawan sesama kuliyyah dan kawan-kawan sekolah berkahwin. Sedangkan diri ini jua ternanti-nanti siapakah bakal menghiasi hidup yang mendatang. Tak kurang juga rasa ingin berpasangan(secara halal) itu hadir. 

============================================================
Ayah pernah kata, takpe kalau masih tak jumpa bakal suami atau tak kahwin lagi. Inilah masa nak luangkan masa dan berbakti pada keluarga. Bila fikir balik,  

Katakanlah, 

Purata kita hidup = 60 tahun +.
Umur nak berkahwin =  20 tahun +

Tempoh luangkan masa bersama keluarga sejak kecil = 20 tahun 
Tempoh luangkan masa bersama pasangan  = 60 - 20 = 40 tahun

Konklusinya, kita bakal luangkan masa yang banyak bersama pasangan (40 tahun +-). Sebenarnya, tempoh kita bersama keluarga adalah singkat (20 tahun). Waktu kecik-kecik pun tak terasa, sebab memori kanak-kanak adalah kecil. Bila kita dah besar, kita mula nak menghargai dan matang. Mungkin memori bersama keluarga itu cuma tinggal 10 tahun sahaja.

Jadi, usahlah sedih jika belum bertemu jodoh. Ya, kita akan sunyi. Tapi bila kita bersama keluarga, terisi jua kesunyian itu. Inilah masa kita nak berbakti pada mak ayah dan adik beradik yang lain.



Semoga bertemu jodoh dan pasangan hidup yang soleh.

Semua Atas IzinNya

Bismillahirrahmanirrahim,
Masa awal-awal sem haritu, ada subjek yang dah di-add tiba-tiba dia jadi auto drop. Entah tak tahu apa sebabnya. Punyalah cantik saya susun jadual. Masa prereg semua elok je. Kira ada satu subjek je saya tertinggal. Kalau tak dapat add, memang kena extnd satu sem dengan satu subjek je nanti! 

Jadi terpaksalah add subjek secara manual. Nak add manual ni kena bayar RM1. Kalau ikutkan, saya dah tak boleh nak add, sebab kelas tu dah penuh. Dah overdose. Tapi saya bagi reason yang saya ni dah final sem. Mati lah kalau tak dapat add.

Borang sudah pun hantar. Nak tahu keputusannya, kena tunggu dalam minggu tu juga. Risau juga tak dapat. 

2 hari kemudian, saya pergi check status. Alhamdulillah....dapat.

======================================================================
Apa yang saya nak bagitahu kat sini, banyak perkara yang serius atau remeh berlaku dalam hidup seharian kita. Kadang, bila kita dapat sesuatu yang remeh itu, reaksi kita macam biasa je. Kalau ada sesuatu hajat besar termakbul, kita akan bersyukur bak air mata darah. 

Kena ingat, setiap apa yang berlaku itu, semua ialah ATAS IZINNYA. Kalau Dia tak izinkan, memang kita tak akan dapat. Kalau dia izinkan, inshaAllah itu pilihan terbaik untuk kita.

Sentiasa bersyukur dalam setiap perkara yang berat mahupun yang remeh.

  




Thursday, September 3, 2015

Semuanya KeranaNya

Bismillahirrahamanirrahim,

Baru-baru ni saya ada apply sesuatu yang ada kaitan dengan cita-cita. 

Ya, suatu cita-cita dan minat yang terpendam buat sekian lama.
2 hari menanti jawapan, sehinggalah tadi baru dapat respon.
Namun, jawapannya menghampakan....


Entah mahu bersedih atau terkilan.

Tak mahu menyalahkan Tuhan.
Dia lebih mengetahui yang terbaik untukku...

Apa-apa yang terjadi,  saya ingat pesanan kakak.


Ada orang, bila badai melanda dia tak salahkan sape2 pun,

Meskipun orang tu buat x elok kt dia.
Sbb dia kata, pandang semua sesuatu itu kerana Allah.
Semua ada sebab Allah buat mcmtu...


SEMUA YANG BERLAKU BERSEBAB KERANA ALLAH

Tuesday, September 1, 2015

Dari Seorang Babyphobia kepada Babylover

Bismillahirrahmanirrahim,
Biasanya, perempuan sinonim dengan baby. Ye lah perempuan ni hatinya lembut. Kalau nampak benda comel mesti diorang suka.

Lain pula dengan saya. Saya seorang yang sangat anti dengan bayi atau budak kecil sejak dulu lagi. Kalau kawan-kawan cerita pasal baby, memang saya tak akan amik port. Bukanlah sebab hati saya ni keras atau apa. Semuanya sebab satu peristiwa.

Masa umur saya sekitar Darjah 1 macamtu, adik bongsu saya baru lahir. Masa tu saya ambil kesempatan untuk pegang dan gendong bayi. Entah macamana, saya tak kuat pegang lalu terhempaskan bayi tu ke lantai. Bayi pun menangis. Saya fikir kepala bayi tu dah terburai. Panik sangat masa tu. Saya terus larikan diri dan biarkan bayi tu menangis di lantai. 

Sejak dari tu, saya terus tak suka pada baby. Satu masa tu saya fikir juga, macamana kalau suatu hari nanti saya nak ada anak sendiri?

Sehinggalah saya dapat anak buah baru-baru ini, rasa seronok juga main-main dengan baby ni. Baunya harum bak syurga. Telatahnya buat kita tertawa. Kulitnya yang mulus. Paling best, bila kita tengok dia, terbanding diri kita yang banyak dosa ni. Tapi yang susahnya jadi si ibu lah. Sudah penat mengandungkan 9 bulan, di tambah pula beban nak membesarkan anak. Setiap malam kena berjaga menyusukan baby.

Apa-apapun, syukur Alhamdulillah....perasaan fobia pada baby ni dah berkurang. Mudah  sebenarnya nak mencintai sesama mahluk ni.

Saturday, August 29, 2015

Misi Membeli Laptop (Bahagian 2)

Bismillahirrahmanirrahim,
Post ini merupakan sambungan dari post sebelum ini Misi Membeli Laptop. Sepatutnya dah lama saya update, tapi saya tinggalkan post ini sebagai draft dulu dek masa tu sibuk buat persiapan raya masa tu.

Alhamdulillah, misi untuk membeli laptop berjaya. Sebelum beli tu, saya minta restu  dan sokongan daripada semua ahli keluarga. Ye lah, first time nak beli benda mahal. Orang kata berkat sikit kalau dapat restu mak ayah. Kalau tak, tak pasal-pasal jadi macam kes dulu saya ditipu masa beli gajet tanpa pengetahuan diorang.

Mana dapat duit?
Duit tu saya cari dan kumpul sendiri. Ada duit lebih sikit masa semester haritu, saya simpan. Kemudian, saya kerja part time sebagai pembantu gerai di bazaar, buat design dan jual mainan dan gajet kamera. Alhamdulillah, duit cukup dalam masa kurang dari sebulan. 

Laptop second hand ni saya beli melalui group Facebook. Masa tu ada budak offer nak jual laptop. Tengok harga kena. Yang penting spec dia. Kemudian kami COD di NU Sentral. Bab beli barang elektronik ni, saya tak galakkan beli secara Pos, COD lebih baik sebab sekarang banyak kes penipuan. 

Sebelum tu ada seorang brother ni yang katanya ejen jual laptop di Low Yat. Ikut plan nak jumpa dia di Low Yat, dan masa tu tengah ada krisis teruk di sana. Syukur, saya tak ke sana. Tak pasal-pasal nanti join gangster merusuh di sana. Mungkin berkat dapat restu mak ayah.

Alhamdulillah, misi untuk membeli laptop dipermudahkan dalam masa kurang dari sebulan. Sebelum hari raya dah dapat laptop. Kononnya boleh buat kerja FYP cepat, tapi....dari haritu asyik layan gaming. Apa-apapun, saya puas. Sebab tak bebankan mak ayah untuk beli kehendak diri. Laptop lama saya dah bagi adik. Hidup kita dengan orang lain berbeza, mungkin mereka boleh minta apa sahaja dengan parents. Masa ini saya nampak, kita dah mula kena belajar 'berdikari'. 

Suatu masa nanti, plan nak buat Rig Gaming PC pulak la ye.
Atas rating spec laptop. Bawah rating spec laptop lama.