Post Terbaharu :

Thursday, December 31, 2015

Azam Tahun 2016

Bismillahirrahmanirrahim,
Agak lama tak update blog ini. Almaklumlah terlalu sibuk dengan komitmen sebagai pelajar tahun akhir. Banyak jugak perkongsian dan coretan yang nak dikongsi. Tapi kebanyakan semua jadi draft macamtu sahaja. Yang ada intipati ilmu pun selalu jadi draft. Kalau tak cukup research, tak eloklah nak share.

InshaAllah esok dah nak masuk tahun 2016. Ramai sudah mulakan pasang niat untuk berazam. Ada yang nak kuruskan badan, ada yang nak kukuhkan ekonomi, ada yang nak itu ini. Itu terpulang pada diri masing-masing. Azam ni kiranya macam kita nak set goal. 

Bagi saya, bila berazam ni, tak semestinya nak kena tunggu masuk tahun baharu. Kena start terus. Cuma tahun tu boleh jadi sebagai benchmark. Maybe ada feel skit. Azam tahun baharu ni rasa macam tak set sangat. Cukuplah nak fokus pada cita-cita dan kerjaya.

Tak dilupakan juga. Di kala kita sibuk mengejar azam tahun baharu, jangan lupa berazam untuk akhirat juga. Itulah ultimate goal kita sebenarnya. Balance dunia akhirat. Untuk azam tahun ni juga, saya sedaya upaya nak capai yang di atas ini.

Tengok angka 2016 juga, saya terfikir juga tentang umur. 24 tahun. Fuuh...rasa angka yang agak mencabar. Dah nak masuk alam kerjaya dan dewasa, Memang tak dinafikan, ada terfikir tentang jodoh. Ye lah, kebanyakan kawan-kawan ramai yang dah kahwin. Kita ni tercari-cari lagi. Cuma kena kuatkan pegangan dalam diri, "Put trust on Him, His plan is the best".

InshaAllah, Allah dah rancang yang terbaik buat kita. Jangan risau (walaupun risau).
Siapa kita 10 tahun lagi?
2016.
Tahun tak mengubah manusia.

Manusia berubah atas kehendak diri sendiri.

Monday, November 16, 2015

Allah doesn't need us

Bismillahirrahmanirrahim,

Saturday, November 14, 2015

Evolusi & Transformasi Aku

Bismillahirrahmanirrahim,
Tadi saje korek-korek gambar lama. Bila tengok gambar lama ni, mahu detik rasa rindu di zaman kanak-kanak, dan menyampah dgn kejahilan. Orang kata tengok gambar lama ni, boleh buat kita insaf. Ye lah, zaman dulu innocent je, sekarang?


Berat badan bertambah paling ketara masa zaman SPM(2009), sebab masa tu stress nak exam dan patah kaki. Dan juga masa zaman Asasi (2012) dan masa tahun ketiga degree (2014), naik 10kg dalam masa satu sem!

Saya pernah susut masa zaman PMR (2007) dan masa tahun pertama(2013) di UIA Gombak. Masa ini, saya diet kaw-kaw. Berbelas-belas kilo juga lah turun. Nanti saya kongsikan tips. 

Sekarang saya masih dalam fasa menurunkan berat badan. Cuma kali ini agak payah sikit. Dia slow turun. Sekejap kembang sekejap kempis. Doakan...

Bersahabat Dengan Doraemon

Bismillahirahmanirrahim,

Lebih kurang 15 tahun dahulu, di waktu 7.30malam. Tv siaran NTV7 dibuka. Menanti rancangan yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan kanak-kanak pada masa itu. Rancangan apa? Doraemon.

Ang...ang...ang...
Dora ea ma mun....

Dahulu, saya teringin nak ada kawan macam doraemon. Yang sentiasa akan menolong kita dikala kita kerseorangan atau dalam kesusahan. Menanti gajet-gajetnya yang canggih itu. Walaupun dia tahu, Nobita itu pemalas dan suka merosakkan barang-barangnya, tapi itulah...dia masih setia. Setiap hari, saya selalu mengidam dan berharap gajet-gajet doraemon ini menjadi kenyataan.

Tapi...saya terlupa sesuatu. gajet-gajet yang kononnya dari zaman 2100an yang dimiliki doraemon itu semuanya ialah 'barang-barang reject' yang disimpan dalam poket doraemon. Jadi, nak ke kita guna barang-barang dah rosak ni?

Ending cerita doraemon ini tergantung, tapi ada orang reka, selepas Doraemon meninggalkan Nobita, Nobita lama kelamaan jadi rajin dan lebih berdikari sehingga dia menjadi orang yang berjaya.

Walaupun cerita khalayan, tapi kadang itu bagus juga. Banyak pengisian yang membuatkan kita untuk lebih berdikari dan menghargai nilai persahabatan. Kita lebih tahu sejarah hidup kita, dan kita sendiri yang perlu mengemudi.
 

     "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali 
mereka sendiri yang merubahnya " 
( Ar-ra'd:11 ). 



Tuesday, October 27, 2015

Haluan Selepas Ini?

Bismillahirrahmanirrahim,
Fikiranku agak kusut. Pening memikirkan masa depan dan hala tuju selepas ini.
Ditambah lagi dengan macam-macam assignment, projek, FYP  dan midterm exam.
Sem depan dah mula nak intern. Tempat untuk praktikal pun tak cari lagi. 

Entah. Rasa takde mood.
Mula rasa tak minat dengan kerja dalam industri.
Aku takut.
Kalau program KPLI masih wujud lagi, mungkin dah tahu apa nak dicapai.
Tapi itu pun berdasarkan rezeki nak dapat.
Tapi nak jadi cikgu zaman sekarang, baik aku lupakan.
Mungkin lepas grad, aku sambung Master.
Bukan kerana nak kejar nama atau pangkat akademik.
Tapi ini laluan dan haluan untuk aku mengejar cita-citaku menjadi pendidik/ahli akademik.
Kita hanya mampu merancang. 
Manusia merancang dengan cita.
Allah merancang dengan cinta.

Saturday, October 17, 2015

Teori Hidup bersama Keluarga Vs Pasangan

Bismillahirrahmanirrahim,
"Kau belajar mane?"

"UIA"

"Tak macam budak UIA pun"

"Dah tu, kau nak suruh aku cerita pasal kahwin 24jam memanjang?"


Haha, biasalah kalau belajar di UIA, tak sah tak cerita bab kahwin. Lagi-lagi bila umur dalam fasa 20 an, memang kahwin salah satu bab paling serius dalam khidupan.

Masa cuti inter sem 3 bulan haritu, tak terhitung ramainya kawan-kawan sesama kuliyyah dan kawan-kawan sekolah berkahwin. Sedangkan diri ini jua ternanti-nanti siapakah bakal menghiasi hidup yang mendatang. Tak kurang juga rasa ingin berpasangan(secara halal) itu hadir. 

============================================================
Ayah pernah kata, takpe kalau masih tak jumpa bakal suami atau tak kahwin lagi. Inilah masa nak luangkan masa dan berbakti pada keluarga. Bila fikir balik,  

Katakanlah, 

Purata kita hidup = 60 tahun +.
Umur nak berkahwin =  20 tahun +

Tempoh luangkan masa bersama keluarga sejak kecil = 20 tahun 
Tempoh luangkan masa bersama pasangan  = 60 - 20 = 40 tahun

Konklusinya, kita bakal luangkan masa yang banyak bersama pasangan (40 tahun +-). Sebenarnya, tempoh kita bersama keluarga adalah singkat (20 tahun). Waktu kecik-kecik pun tak terasa, sebab memori kanak-kanak adalah kecil. Bila kita dah besar, kita mula nak menghargai dan matang. Mungkin memori bersama keluarga itu cuma tinggal 10 tahun sahaja.

Jadi, usahlah sedih jika belum bertemu jodoh. Ya, kita akan sunyi. Tapi bila kita bersama keluarga, terisi jua kesunyian itu. Inilah masa kita nak berbakti pada mak ayah dan adik beradik yang lain.



Semoga bertemu jodoh dan pasangan hidup yang soleh.