Post Terbaharu :

Saturday, August 29, 2015

Misi Membeli Laptop (Bahagian 2)

Bismillahirrahmanirrahim,
Post ini merupakan sambungan dari post sebelum ini Misi Membeli Laptop. Sepatutnya dah lama saya update, tapi saya tinggalkan post ini sebagai draft dulu dek masa tu sibuk buat persiapan raya masa tu.

Alhamdulillah, misi untuk membeli laptop berjaya. Sebelum beli tu, saya minta restu  dan sokongan daripada semua ahli keluarga. Ye lah, first time nak beli benda mahal. Orang kata berkat sikit kalau dapat restu mak ayah. Kalau tak, tak pasal-pasal jadi macam kes dulu saya ditipu masa beli gajet tanpa pengetahuan diorang.

Mana dapat duit?
Duit tu saya cari dan kumpul sendiri. Ada duit lebih sikit masa semester haritu, saya simpan. Kemudian, saya kerja part time sebagai pembantu gerai di bazaar, buat design dan jual mainan dan gajet kamera. Alhamdulillah, duit cukup dalam masa kurang dari sebulan. 

Laptop second hand ni saya beli melalui group Facebook. Masa tu ada budak offer nak jual laptop. Tengok harga kena. Yang penting spec dia. Kemudian kami COD di NU Sentral. Bab beli barang elektronik ni, saya tak galakkan beli secara Pos, COD lebih baik sebab sekarang banyak kes penipuan. 

Sebelum tu ada seorang brother ni yang katanya ejen jual laptop di Low Yat. Ikut plan nak jumpa dia di Low Yat, dan masa tu tengah ada krisis teruk di sana. Syukur, saya tak ke sana. Tak pasal-pasal nanti join gangster merusuh di sana. Mungkin berkat dapat restu mak ayah.

Alhamdulillah, misi untuk membeli laptop dipermudahkan dalam masa kurang dari sebulan. Sebelum hari raya dah dapat laptop. Kononnya boleh buat kerja FYP cepat, tapi....dari haritu asyik layan gaming. Apa-apapun, saya puas. Sebab tak bebankan mak ayah untuk beli kehendak diri. Laptop lama saya dah bagi adik. Hidup kita dengan orang lain berbeza, mungkin mereka boleh minta apa sahaja dengan parents. Masa ini saya nampak, kita dah mula kena belajar 'berdikari'. 

Suatu masa nanti, plan nak buat Rig Gaming PC pulak la ye.
Atas rating spec laptop. Bawah rating spec laptop lama.





Wednesday, August 26, 2015

Tips ICT&Komputer

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini baru saya terfikir nak jadikan blog Lily Insani ini sebahagian dari perkongsian ilmu tentang tips-tips ICT dan pengkomputeran. Ini sejajar dengan status saya sebagai pelajar IT. Tapi perkongsian ini lebih pada apa yang saya alami sahaja. Selainnya boleh dicari di laman web lain. Apa gunanya ada ilmu kalau tidak dikongsikan kan? InshaAllah akan menyusul nanti.

Tuesday, August 25, 2015

Semester Itu...

Semester itu...
Sudah berlalu...
Berlalu dimamah masa...

Tapi
Masih lagi terngiang-ngiang di lubuk kepalaku...
Kenapa?
Entah aku tak tahu kenapa.

Bagiku, ia semester 'bahagia'ku.
Semester yang aku paling sayang.

Aku terlalu bahagia dengan pembuka tahun 2015.
Cantik...
Masuk semester dengan perasaan yang bahagia.
Walaupun ada sahaja badai, 

Aaarhhh... aku tak peduli.
Adanya orang dan benda  sekeliling yang membuatku bahagia.

Masih lagi memoria yang jadi benchmark sesuatu masa itu.
Aku terkenangkan,

Lagu...
Assalamualaikum, Senyum, Dasyat, Kembalikan Semula dan Titanium.

Keluarga.
Gaming mouse pemberian mak.
Game The Walking Dead,
Game Command and Conquer Generals.
Kasut Power.
Kelas Cyber Law.
Kelas Animation.
FYP 1.
Masak-masak dalam bilik.
Gelanggang Badminton.
Silat Cekak, Ujian SRP & Wajadiri.
Zaman GST.
PSP.
Usrah Babylon.
Dating Nasi Kerabu.
Amik Lesen memandu.
Festival di Mahallah.
Macam-macam lagi!

Allah....sayu aku terkenangkan semua ini.
Bagi aku, 
Kenangan remeh ini sangat bermakna.
Pengawalannya aku rasa teramat bahagia.

Namun, 
aku diuji di pengakhiran sem itu.
Suatu ujian yang aku fikir tak mampu aku tanggung.
Nikmat itu ditarik semula.

Aku tersilap,
Suatu kesilapan yang tak disengajakan berlaku.
Aku terbuat salah pada orang lain.
Ditambah nikmat-nikmat lain pula hilang dan rosak tiba-tiba.
Semua ini bukan atas kehendakku.

Berbulan-bulan sekian lamanya aku 'menderita'.
Aku terus menerus rasa sayu.
Aku terus menerus menangis di tengah kesunyian.
Malah Aku terus menerus menangis dikala kesibukan.

Masa ini,
aku mula memandang sekeliling.
100% aku melihat semua bnda dengan perasaan yang sayu.

Aku berdoa..berdoa...berdoa...
Kenapa ujian ini kena pada aku?
Apakah aku kurang bersyukur selama ini?

Aku masih lagi tercari-cari jawapan dugaan ini...
Apakah hikmah yang ingin diberiNya?

Aku tak tahu rahsia dariNya.
Aku tak tahu bila kemarau ini akan berakhir.
Hanya Dia sahaja yang tahu...

Kenangan akan berlalu pergi.
Yang ada hari esok.
Kita bakal melakar kenangan itu...

Kenapa aku takut hilang kenangan ini?



"jangan betulkan kenangan. kenangan tu dah lepas."





Sunday, August 23, 2015

Bila Ayah Dodoikan Bayi

Bismillahirrahmanirrahim,

Sejak adanya baby sulung di rumah ini, saya jarang sekali nampak ayah pegang bayi. Biasanya yang pegang si ibunya, emak dan kami adik beradik perempuan. Ayah cuma cium pipi dan bertatih-tatih je dengan baby ni. Ayah kerja jauh, hujung minggu sahaja lah kami dapat luangkan masa bersama.

Saya menyapa ayah,
"Ayah, tak nak pegang baby ni ke?"


Balas ayah,
"Takpelah Ly, tangan ayah kotor ni..." 

Tangan ayah yang kekotoran selepas berkebun di luar.

Itu lah ayah saya. Weekdays sibuk kerja di pejabat. Weekend pula sibuk buat kerja-kerja cucuk tanam, tukang dan kerja-kerja rumah di rumah. Rajin tidak hent-henti walaupun nampak keletihannya.

Ada suatu masa itu, si baby menangis-nangis tanpa henti sekitar jam 3 pagi hingga Subuh. Ayah yang tidur bergegas cuba dodoikan dan tenangkan baby sambil bacakan selawat. Ayah amik kesempatan dukung dan dodoikan bayi. Inilah kali pertama saya nampak ayah pegang bayi. Masa ayah tengah main-main dengan baby tu, ada satu benda terpalit kat fikiran. 

"Itulah aku masa kecil dahulu" 

Ayah pun tak terlepas isi masa-masa tu untuk bertahajud, mohon hajat untuk kami sekeluarga dan si baby ini. Ayah sanggup tidur di dapur, untuk get ready susu kalau-kalau baby menangis. Jelas nampak kasih sayang dari seorang ayah. Sanggup korbankan masa buat kita. Saya menangis.  Sebab kita tak pernah nampak macamana kita waktu kecil dibesarkan.

Kita mungkin tak nampak bagaimana mak dan ayah kita membesarkan kita masa kita kecil lagi. Bila saya tengok ayah pegang baby tu, boleh rasa sayangnya ayah pada kami semua. Tak tahulah nak balas jasa mereka macamana lagi, paling tidak kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka selepas solat.

Setiap kali kita rasa malas atau nak buat dosa, bayangkan muka mak ayah. Kesian kat mereka. Tambah lagi kalau anak perempuan.

"Ada ibu bapa yang ditakdirkan masuk ke dalam neraka, 
tetapi disebabkan doa anak-anaknya yang soleh, 
lalu mereka dimasukkan ke dalam syurga"




Saturday, August 1, 2015

Tak Ajak

Bismillahirrahmanirrahim,
"TAK AJAK KITE PUN..."
Kadang-kadang tu rasa terkilan juga bila ada sesuatu yang mana family atau kawan-kawan tak ajak kita. Padahal orang lain diajaknya, kita tertinggal. Apatah lagi kalau mereka upload gambar keseronokan itu di laman sosial. Ada pihak yang akan terasa hati. Susah juga nak jaga hati manusia ni.

Mungkin takde rezeki nak bersama. Mungkin aku kena faham konsep rezeki jugak. Mungkin ada rezeki yg lebih murah lps ni.

"Berusrah, tapi ada seseorang yang tertinggal di belakang"

Usrah ke macamtu?

Monday, July 13, 2015

Nak Ikut Kata Hati Atau Perasaan?

Bismillahirrahmanirrahim,

Baru-baru ini, kecoh insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat. Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang hal ini. Entah kebenaran berpihak pada siapa. Macam-macam kronologi cerita keluar. Dalam hal ini, boleh jadi si pembeli rasa tertipu dan ingin ambil hak dia. Lantas, dengan rasa tak puas hati, dia attack semula si penjual. Boleh jadi yang sebaliknya berlaku.

Pernah suatu hari, saya terlalu marah dengan seseorang lalu menyebabkan saya bertindak di luar jangkaan. Apa yang saya buat? Tak perlulah saya ceritakan, sebab saya rasa malu bila terkenangkannya. Ya, kita mungkin mahu menegakkan kebenaran. Tapi harus diingat, matlamat tak menghalalkan cara. Semurni mana pun niat kita kalau caranya salah, ianya tak baik. Lihat sahaja insiden tersebut, kesudahannya rusuhan dan pergaduhan berlaku.

Bila rasa marah atau tak puas hati ni, ianya banyak melibatkan kita punya nafsu dan syahwat. Selama ini saya ingat nafsu dan syahwat ni cuma terhad pada kemahuan dan keinginan seksual sahaja. Rupanya ianya banyak terpalit dengan emosi dan perasaan. Kita selalu je dengar ungkapan,

“Ikut kata hati mati, ikut perasaan badan binasa”

Contoh, macam kita nak buat pilihan, kadang-kadang kita tak tahu samada nak pilih yang itu atau yang ini. Kita berada di dalam dilemma. Semestinya kita mudah dengar kata hati dan perasaan. Hati suruh pilih yang itu, manakala perasaan rasa seronok nak yang ini.  

Sebenarnya kita nak ikut kata hati atau perasaan? Setahu saya, hati inilah raja dalam diri kita. Ia sensor terhebat yang Allah cipta yang bertindak mengawal diri. Tapi kadang-kadang ikut kata hati ni pun macam tak boleh pakai jugak sebab banyak dipengaruhi oleh nafsu dan syahwat. Kalau ikut perasaan pula, macam-macam perasaan pula timbul. Tambah lagi kalau ada si syaitan yang menghairahkan susasana.

Dalam Islam, banyak suruh umatnya jaga hati. Hati ini fitrahnya bersifat sedih dan timbal balik, kita yang kena bijak kawal ia. Ada doa yang selalu kita baca iaitu mohon ketetapan hati.

Hasil perkongsian daripada seorang sahabat, sebenarnya kita boleh dengar kata hati, tetapi harus letak akal rasional dalam membuat pilihan dan tindakan. Yup, itulah yang membezakan kita dengan haiwan. Dalam mengejar keinginan kita, kita lupa yang kita ada akal untuk berfikir.

Contoh macam insiden ini, mungkin dengan berfikir, kita boleh fikir,

“Apa yang akan berlaku kalau aku buat macam itu?
Apa aku akan rugi atau bahaya?”

Contoh lain, haritu saya ada beli controller XBOX dek kerana teruja dengan design dia. Kesudahannya, ia terbiar di dalam almari macam tu sahaja. Sepertinya membazir. Jika saya fikir sebelum beli dahulu, mungkin saya akan kata,

“Apa aku akan guna atau tidak?
Apa semua game compatible dengan controller ni?
Apa duit aku cukup untuk beli keperluan yang lain?”

Berfikir sebelum bertindak. Kita akan letak rasional dalam suatu situasi, dan kita akan tahu ‘cause and effect’ jika ia berlaku. Bukan buat ‘try and error’. Kalau ikut hati dan perasaan sahaja, memang perasaan negatif banyak dominasi nanti. Kalau masih rasa buntu juga, kita boleh buat solat istikharah. InshaAllah dengan solat ini, gerak hati itu Allah yang pandu.

Wallahualam.