Post Terbaharu :

Thursday, April 29, 2010

Tanggungjawab Sbg Penda'ie

Salam alaik',
(petikan daripada usrah berantai semasa latihan daie muda 02)

Mari kita menyingkapkan definisi sebenar mengenai da’ie. Daie bermaksud menyampaikan sesuatu seperti berkongsi ilmu.
Salah satu cara kita berdaie adalah dengan berdakwah iaitu menyeru orang lain/sahabat-sahabat menuju ke jalan Allah.

Pernah ana mendengar tazkirah pagi di corong-corong radio, ana tertarik dengan petikan ayat yang diungkapkan oleh pakar motivasi Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah yang berbunyi, “Jangan mimpilah nak masuk syurga kalau kita tak nak mengajak orang lain menyeru ke jalan Allah..”

Tergamam ana mendengarnya. Sedarlah ana bahawa tanggungjawab berdaie ini adalah satu kewajipan untuk kita mengejar nikmat syurga.
Bukanlah menjadi satu kerugian jika kita berdaie sesama kita malah ganjaran Allah di akhirat kelak sentiasa menanti. Mari kita hayati petikan ayat 1-3 dalam surah Al-Ashr (Demi Masa),
1. Demi masa,
2. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian,
3. Melainkan orang-orang yang beriman yang saling menasihati supaya menetapi kesabaran dan saling menasihati supaya menetapi kebenaran.




JANGAN LUPA!!!! Sebagai seorang pendaie, kita hendaklah mempunyai asas-asas yang cukup (ILMU+AMAL) sebelum kita menyampaikan sesuatu ilmu atau kebaikan kepada orang lain. Allah berfirman, akanku cela orang yang hanya pandai berkata-kata padahal dirinya juga tidak melaksanakannya......
Jadi janganlah kita termasuk dalam golongan tersebut. For things to change I must change first.

Selain itu, pendaie juga bertindak sebagai fasilitator yang berperanan untuk meransang orang lain melakukan perubahan dari baik menjadi lebih baik. Kita ini tiada kuasa untuk mengubah orang melainkan kita mengajak mereka melakukan kebaikan.

Apabila kita berdaie tidak semestinya kita perlu menyampaikannya secara total. Mulakannya dengan keyakinan kita kepada Allah. Hadis oleh Imam Bukhari daripada Aisyah meriwayatkan : Amal yang paling disukai Allah s.w.t adalah amal yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.


Sesudah kita berdaie kepada orang lain, janganlah mengharapkan balasan daripada mereka. Apa yang kita impikan adalah balasan daripada Allah S.W.T. Umpamanya kita menolong kerja Allah, Allah akan menolong kerja kita dengan kemudahan yang tidak disangka-sangkakan.
Bak kata bijak pandai, “jangan bimbang jika kita tidak dihargai tetapi bimbanglah jika kita tidak berharga....”


Setakat ini dahulu yang ana dapat sampaikan semula kepada sahabat-sahabat menerusi perkongsian ilmu yang mantap daripada sahabat-sahabat seperjuangan ana. Oleh itu, di sini ana suka menyeru diri ana dan rakan-rakan sekalian marilah kita bersama-sama menyampaikan kebaikan untuk kita mencari redha Ilahi.
Beringat-ingatlah kita bahawa amal merupakan perkara yang akan dipersoalkan di alam seterusnya selain solat dan ilmu.

SAMPAIKANLAH KEBENARAN WALAUPUN IA PAHIT
kulil haqq... walau khana murran

0 Perkongsian:

Post a Comment