Post Terbaharu :

Friday, April 29, 2011

Fikir Tak Perlu Khuatir

Salam alaik.

Ketuk-ketuk Hati:Sebenarnya jika kita KHUATIR tentang hari esok, kita akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini,
Sebaliknya jika kita BERFIKIR tentang hari esok akan memanfaatkan peluang yang ada pada hari ini.InshaAllah

Pantun 2 rangkap:
Bersiar-siar di Tasik Chini,
Manfaatkanlah masa2 yang ada hari ini.

Thursday, April 28, 2011

Disiplin Kunci Kejayaan?

Salam alaik.
Semalam secara tidak sengaja saya TERtonton diari akademi fantasia musim ke 9.
Walau hakikat saya kurang berminat dengan program seumpama tersebut,namun saya tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh pengacara program tersebut,Aznil Hj Nawawi.



"Kalau awak semua nak tahu, apa yang membuatkan saya mencipta kejayaan dan terus kukuh dalam industri seni ialah saya sentiasa BERDISIPLIN".




Menarik kan? Kata-kata yang pendek,tetapi berbekas di hati. InshaAllah sama-samalah kita menerapkan sikap berdisiplin terutamanya dalam soal masa.
Ketuk-Ketuk Hati: Disiplin Asas Kejayaan,Allah s.w.t telah menjadikan amalan solat,puasa,haji dan banyak lagi untuk melahirkan hambaNya yang sentiasa berada dimercu kejayaan.

Nilai Hari Ini

Salam alaik.

"MENGAPA KITA SUKA MENGENANG MASA-MASA YANG LALU?"

#foto daripada Insaniah Corner(saya sendiri)

Ketuk-ketuk Hati: Nilailah hari-hari anda,
*sekiranya hari ini LEBIH BAIK daripada semalam,maka anda BERUNTUNG.

*sekiranya hari ini SAMA dengan semalam, maka anda RUGI.

*sekiranya hari ini LEBIH BURUK daripada semalam,maka CELAKA lah anda.


Ketahuilah kehidupan ini penuh dengan isi tersirat daripada Maha Pencipta.
Sama-samalah kita memperbaiki hari demi hari.

~coretan ketika Latihan Da'ie Muda 01 ABIM negeri Johor~

Wednesday, April 27, 2011

Lembaran Kertas Kehidupan

Putaran roda kehidupan penuh warna2 kesamaran
Jika kau ikuti perjalanan takkan sampai tujuan
Sedari masa berpesah berhenti usia kita
Janganlah terlena hingga ke akhirnya

~Lirik Usia Antara Masa,Kumpulan Saujana~

Salam alaik,
Ketuk-Ketuk Hati: Hidup kita ini umpama membaca lembaran demi lembaran sebuah buku.
Jangan kita gerun atau apa jua perasaan ketika melihat ketebalan buku itu sehingga hilang mood. Ikutlah tatatertib mukasuratnya.

#foto daripada Insaniah Corner (saya sendiri)
Kadangkala sepanjang waktu cuti semester ini membuatkan saya meletakkan bahawa kehidupan ini membosankan....mengapa begitu?
Kerana saya tidak merancang apa tajuk,pengisian dan juga jalan cerita buku tersebut (hari demi hari).

PLAN YOUR WORK, WORK YOUR PLAN

Didiklah Sikap Kita

Salam alaik'.
Ketuk-Ketuk Hati : Sikap kita semakin lama,semakin berubah.
Namun sejauh mana ianya berubah?
Ke arah kebaikan atau keburukan?

DIDIKLAH SIKAP KITA
~23 Januari 2011,semester 2~

Tuesday, April 26, 2011

Kemusnahan Nikmat

Salam alaik,

Ketuk2 Hati: Dugaan Hari Ini- Cermin mata yang membolehkan saya melihat ciptaan Maha Mencipta kini telah pun patah walaupun ianya masih belum cukup umur setahun.
Bagaikan lipas kudung...

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri..." (An Nisa': 79)
Ketuk2x Hati: seronok baca surah an-nisa bulan ni.
Minggu ni penuh pengisian dgn surah ni-perkahwinan,munakahat,nikmat dan sebagainya.

Peperiksaan Tiada Perbezaan

Salam alaik'.
Ketuk2 Hati: Sejenak meneliti diari hidup....pasti kita sudah banyak kali menduduki peperiksaan kan? bermula dengan UPSR,PMR,SPM,STPM dan sebagainya,pastinya ada antara kita yang pernah/selalu berjaya mahupun gagal.Itu semua hanya di atas sehelai kertas.
Bagaimana dengan 'hereafter'?


#foto daripada Insaniah Corner (saya sendiri)
Kita semua akan akhirnya sama dihadapkan ke hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti. Di sana hanya iman dan amal yang bisa membezakan kita. Mungkin saja kita bisa gagal dalam segala jenis peperiksaan di dunia, asalkan jangan terkandas ketika tiba masa malaikat bertanya, 'Ma Rabbuka?'.

Hamba Yg Memalukan

Salam alaik',

Alahai manusia2,kalau jumpa si Justin Biebier boleh menangis meronta-ronta?? di atas permukaan sejadah tak reti pula nak merintih-rintih.
~Ukhti Farhana~



Ketuk2 Hati: buat malu kita je sbg hamba Allah selama ni.....sekarang dah nak jadi hamba si bibier tu pula jadinya.....manusia2x. Tak salah jika kita meminati sesuatu itu,tapi berpada-padalah.Semoga kecenderungan dan perhatian kita tidak melebihi rasa cinta kita terhadap Yang Maha Mecintai.

Seimbangkanlah...

Salam alaik',
Ketuk2 Hati : Ada manusia yang penampilan mantap,tapi dari segi berbicara,pasti terbakar hati,ada manusia penampilan menggoyahkan iman,tapi dari jika bicara sungguh beralas,seimbangkanlah ,kerana Islam itu syumul.
~Sulhi Nazir~