Bismillahirrahmaninirrahim,
Itu hanya madah bicara di bibir sahaja. Bagaimana dengan hati? Hati terketuk-ketuk samada mahu beli atau tidak produk penjagaan kulit muka yang katanya buatan "France" ini. Kalau dinilai dari segi keberkesanannya macam ada jaminannya. Dah beribu macam cara amoi berbangsa Cina tu menyakinkan saya tentang prouduk "France"nya itu. Bermula dengan langkah SCANNING KULIT MUKA, kemudiannya dipamerkan testimoni-testimoni daripada costumer-costumer setianya dan konsultasi daripadanya. Dengan tidak semena-menanya saya terpaksa bayar RM 3 untuk bayaran khidmat nasihat tersebut walaupun tanggapan pertama FREE CONSULTATION!
Melihat ragam kawan-kawan yang membelinya dengan harga RM200++,disogokkan lagi dengan lagu-lagu puasa berkumandang meriah diseluruh dewan Al Malik Faisal CFS IIUM tambah-tambah lagi hari tersebut hari terakhir bazaar itu diadakan(yang seakan-akan menghairahkan suasana Raya).Almaklumlah ingin kelihatan cantik dan sihat itu kan fitrah manusia. Sukar untuk kita menolaknya.
Amoi: "You kalau xbeli you sangat rugi maa,kulit you dah makin teruk.You xda keinginan nak menjaga ka?"
Lily: " Nanti-nanti dulu lah auntie,saya kena call my mum dulu.
Apapun,nanti saya call auntie ye."
Itu hanya madah bicara di bibir sahaja. Bagaimana dengan hati? Hati terketuk-ketuk samada mahu beli atau tidak produk penjagaan kulit muka yang katanya buatan "France" ini. Kalau dinilai dari segi keberkesanannya macam ada jaminannya. Dah beribu macam cara amoi berbangsa Cina tu menyakinkan saya tentang prouduk "France"nya itu. Bermula dengan langkah SCANNING KULIT MUKA, kemudiannya dipamerkan testimoni-testimoni daripada costumer-costumer setianya dan konsultasi daripadanya. Dengan tidak semena-menanya saya terpaksa bayar RM 3 untuk bayaran khidmat nasihat tersebut walaupun tanggapan pertama FREE CONSULTATION!
Melihat ragam kawan-kawan yang membelinya dengan harga RM200++,disogokkan lagi dengan lagu-lagu puasa berkumandang meriah diseluruh dewan Al Malik Faisal CFS IIUM tambah-tambah lagi hari tersebut hari terakhir bazaar itu diadakan
Beautified for men is the love of things they covet; women, children, much of gold and silver (wealth), branded beautiful horses, cattle and well-tilled land. This is the pleasure of the present world's life; but Allah has the excellent return
(Paradise with flowing rivers) with Him.
~Surah Al-Imran 3:14~
Mengapa saya perlu berfikir panjang untuk membelinya? Kerana harganya seperti membeli juadah puasa untuk 2 kali Ramadan? Atau harganya setanding dengan harga MP4 saya?
TIDAK! Saya begitu musykil dari mana sumber-sumber terkandung dalam produk tersebut. Sejauh mana kita yakin dengan produk yang katanya dari "France". (Bukan maksud saya produk ini penipu).Tetapi adakah ianya berkira soal Haram Halal?
Sia-sia sahaja saya mengikuti forum "Haram di Sebalik Halal" anjuran FSCC ketika RAFEST dahulu. Sia-sia sahaja saya membelek-belek majalah SOLUSI ISU REPRINT "Kerana Rezeki Masuk Neraka" mahupun mengintai-intai laman web JAKIM.
Saya tidak menyalahkan amoi Cina tersebut, disitulah dia mencari sumber pendapatan dan kembangkan businesnya daripada dia pergi merompak rumah orang. Betul x?
~Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in~
Cumanya, umat Islam itu sendiri harus bijak menilai soal remeh temeh yang acap kali dipinggirkan dek keinginan dan kepuasan diri.
0 Perkongsian:
Post a Comment